CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19449|Reply: 9

‘Saya nampak ayah tenggelam timbul sebelum hilang dalam sungai’ - Anak terkilan tak dapat selamatkan ayahnya lemas

[Copy link]
Post time 2-12-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode





JITRA – Seorang pemuda terkilan apabila tidak dapat menyelamatkan bapanya yang lemas di hadapan mata sendiri dalam kejadian di sungai tebatan banjir Kampung Paya Parit Lateh, di sini semalam.


Kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu disaksikan pemuda terbabit, Muhammad Khairul Ikhwan Ismail, 20, serta ibu, Siti Nor Sanisah Ishak, 46, dan dua adik, Muhammad Khairul Irfan, 15, dan Siti Nur Asyyifa, 8.


Menurut Muhammad Khairul Ikhwan yang bekerja sebagai tukang besi, kejadian berlaku ketika dia dan bapanya, Ismail Hashim, 49, memukat ikan di kawasan tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah di Kampung Paya Chegar.


“Kami tiba di lokasi hampir pukul 7 malam dan ayah turun ke sungai selepas maghrib. Biasanya, ayah terlebih dahulu menyeberangi jambatan di kawasan berhampiran untuk merentangkan pukat tetapi semalam, dia mengambil keputusan untuk mengikat tali nilon di pinggang dan berenang ke seberang.


“Ayah memang pandai berenang tetapi entah mengapa dia tiba-tiba berpatah balik apabila hampir sampai di seberang. Saya cuba menarik tali yang diikat di pinggangnya tetapi tali itu terasa ringan kerana ayah telah merungkaikannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.


Katanya, bapanya kemudian dilihat tenggelam agak lama, sebelum timbul dan tenggelam semula.


“Situasi itu berlaku tiga kali sebelum ayah hilang daripada pandangan. Dalam keadaan panik, saya dan ahli keluarga lain hanya mampu menjerit dan menangis dengan saya sendiri tidak berani untuk terjun ke sungai kerana tidak tahu berenang.


“Saya sebenarnya sempat menjerit kepada ayah supaya terus naik ke tebing di seberang tetapi entah mengapa dia tetap cuba berpatah balik ke sini. Ayah memang pandai berenang tetapi mungkin ‘masanya’ telah sampai,” ujarnya.


Jelasnya, dia tetap menggagahkan diri dan terjun ke dalam sungai dengan mengikat tali sama di pinggang sambil dipegang datuk saudara, Romli Bakar, 61, yang datang untuk melihat kami memukat.


“Cubaan itu gagal kerana arus deras dan kami terpaksa mendapatkan bantuan bomba,” katanya.


Sementara itu Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya berdepan cabaran untuk melakukan pencarian berikutan arus deras dan air keruh di lokasi tersebut.


“Setakat ini, jarak pencarian dianggarkan sejauh kira-kira 10 kilometer dari jarak lokasi mangsa dilaporkan jatuh oleh anak mangsa,” katanya.


Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pengawal keselamatan dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai di Jitra pada malam tadi.




SUMBER: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian berlaku 7.15pm.
Kalau ikutkan sekarang ni, waktu gini dah mula gelap. Berani ye arwah turun ke sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lebih dari separuh jarak arwah cuba patah balik.
Sebabkan jam 7.15pm gitu dan suasana mula gelap, aku bersangka mungkin arwah baru perasan arus kat depan tu laju dari biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah kpd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya. nyesal aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:30 AM | Show all posts
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian org yg gigih cari rezeki. Bewok2 sedap je terbongkang kat rumah wife cari rezeki, wife kemas rumah, pk pasal anak, & bewok2 ni biasanya umur panjang yach
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dik ni kuat semangat, redha dan dipermudahkan urusan selalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah..7.15 br nk gelap..
i perasan kalau kul 7 hari masih terang..masuk je 7.15..7.20 dia mcm sekali imbas je jd gelap..i perasan sbb wktu wktu gitu i masih kt ofis dk renung langit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 01:55 PM | Show all posts
Bunuh diri ke? Kenapa buka tali di pinggang.

Kesian betul kat adik ni…menyayat hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074256 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list