View: 12875|Reply: 23
|
[Dunia]
5 tempat paling busuk di dunia, bau lagi busuk dari kentut
[Copy link]
|
|
BANYAK perkara yang perlu diambil kira jika mahu berkunjung ke sesuatu lokasi seperti kemudahan pengangkutan, tempat makan dan penginapan. Namun, ada satu lagi perkara penting perlu difikirkan iaitu bau.
Bayangkan tempatnya cantik, tetapi jika berbau busuk pastinya akan membuatkan sesetengah orang tidak mahu ke situ. Bau busuk bukan sahaja boleh ‘potong’ selera makan, malah mengundang masalah kesihatan.
Namun begitu, ada individu yang sanggup mencabar diri berkunjung ke tempat berbau busuk bagi mencipta memori melihat keindahan di sana. Sehubungan itu, pada kali ini, Cita Rasa menyenaraikan lima destinasi paling busuk di dunia.
1. Mumbai, India
DERIA bau anda akan diuji di Mumbai, India. Bandar itu bukan sahaja menghidangkan suasana sibuk, malah pengunjung akan mual dengan baunya yang sangat ‘memabukkan’.
Di pusat bandar itu, orang-orang kaya akan memenuhi bar mewah, manakala mereka yang miskin berkerumun di kawasan setinggan. Di situ terletaknya gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan.
Udaranya juga tebal dengan bau rempah India seperti kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
Bukan itu sahaja, ia dikeruhkan lagi dengan asap ekzos kenderaan, jalan raya sesak, bau hanyir air bertakung dari longkang, timbunan sayur-sayuran membusuk dan bau najis lembu.
Ia diburukkan lagi dengan bau badan warga Mumbai yang berkeringat ketika berjualan dalam cuaca panas tropika.
2. Laguna Colorada, Bolivia
LAGUN berwarna merah pekat di barat daya Altiplano di Bolivia itu mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan. Lagun berlatarbelakangkan gunung berapi berwarna coklat gelap itu sering dikunjungi oleh burung flamingo.
3. Fes, Maghribi
BANDAR Fes di Maghribi turut tersenarai sebagai tempat paling busuk di dunia. Hal ini kerana, di Fes terletaknya Chouara Tannery iaitu pusat penyamakkan kulit haiwan tertua yang dilakukan secara tradisional.
Kolam-kolam takungan yang merendam kulit-kulit haiwan itu mengeluarkan bau sangat kuat.
Antara bahan yang digunakan adalah najis burung merpati yang bertindak sebagai ammonia untuk membersihkan kulit tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah kawasan tersebut berbau sangat busuk. Namun, Fes tetap menjadi tarikan pelancong kerana keunikan memproses kulit haiwan untuk dijadikan pelbagai produk seperti beg tangan dan baju.
4. Pulau Seal, Afrika Selatan
MENJADI ‘rumah’ kepada 60,000 anjing laut, tidak menghairankan jika pulau kecil di luar pantai Teluk False iaitu berhampiran Cape Town, Afrika Selatan ini mengeluarkan bau tidak menyenangkan hidung.
Bau busuk daging, ikan dan najis 60,000 anjing laut itu sangat meloyakan. Namun, ramai pengunjung ke pulau tersebut untuk melihat kumpulan anjing laut yang comel.
5. Gunung berapi Ijen, Indonesia
PENGUNJUNG yang datang ke sini akan menghidu bau tengik di kawasan sekitar ketika kepulan wap kuning keluar dari lombong sulfur yang beroperasi di sekitar tasik gunung berapi tersebut.
Gunung berapi Ijen mempunyai tasik kawah berasid firus dengan keluasan 1 kilometer. Tasik atau danau ini merupakan lokasi perlombongan belerang.
Keadaan itu membuatkan kita berfikir sejenak bagaimana pekerja-pekerja melombong ketulan sulfur yang berbau seperti telur busuk itu.
Bukan sahaja berdepan bau busuk, asapnya juga boleh melarutkan gigi. Namun, mereka tiada pilihan dan perlu melakukan pekerjaan tersebut demi menyara kehidupan.
Walaupun menyajikan pemandangan cantik, namun bau Laguna Colorada tidak sepadan dengan keindahannya. Bau busuk belerang dari gunung berapi berlegar di sekeliling tempat itu. Gunung itu juga berbahaya jika mahu merakam gambar dari dekat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah pi batu kawah ka apa kat indon tu.. org kata bau busuk sbb sulfur.. tapi idung iols tersumbat kot masa tu.. tak ingat bau busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Fes, Maghribi tu paling best.
Aku suka local wisdom, culture yang ada nilai2 sains dan agama....kalau leather tak samak haram pakai....so diorang combine 2 najis untuk dijadikan product yang suci dan bersih.
Bijak bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-1-2025 05:14 PM
Iols pernah pi batu kawah ka apa kat indon tu.. org kata bau busuk sbb sulfur.. tapi idung iols ters ...
Kalau hidung tersumbat hisap rokok....tar rokok boleh kurang kan hingus....nanti segar je lubang hidung bernafas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-1-2025 05:14 PM
Iols pernah pi batu kawah ka apa kat indon tu.. org kata bau busuk sbb sulfur.. tapi idung iols ters ...
Tangkuban perahu ka? Bau sulfur kuat jugak. Berasap2. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:18 PM
Kalau hidung tersumbat hisap rokok....tar rokok boleh kurang kan hingus....nanti segar je lubang h ...
Astaga.. iols tak suka rokok la.. pening kepala.. pastu sesak napas |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 13-1-2025 05:19 PM
Tangkuban perahu ka? Bau sulfur kuat jugak. Berasap2.
Ha ah.. betul la tu kott.. iols dah dok lama situ, tak prasan bau sulfur..
Hat bau sulfur kat geyser new zealand, lagi kuat.. tapi bila jalan lama2 tak prasan bau sulfur situ jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-1-2025 05:21 PM
Astaga.. iols tak suka rokok la.. pening kepala.. pastu sesak napas
Kalau hidung tersumbat kurang oksigen lagi pening kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 13-1-2025 05:30 PM
Bangga bila tahu negara Islam macam Maghribi dan Morocco adalah pengeluar leather.....selama ini ingatkan negara Spain, Italy dan Portugal je pengeluar leather ...aku ni peminat leather
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:16 PM
Fes, Maghribi tu paling best.
Aku suka local wisdom, culture yang ada nilai2 sains dan agama....kal ...
Explain skit.. tak pahem |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 13-1-2025 05:34 PM
Buritan replied at 13-1-2025 05:30 PM
Explain skit.. tak pahem
Leather kalau tak disamak harem dipakai.
Nak samak kena guna ammonia, zaman dulu diorang dapat ammonia dari najis la, air kencing, taik etc...takda sintetik2 ammonia
Rasanya teknologi dari Andalusia.
Btw orang Eropah zaman dulu cuci kain guna diorang punya Urin kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 13-1-2025 06:13 PM
syamzana replied at 13-1-2025 05:36 PM
berbau ke?? iols pergi tak perasan plak tang bau.
anak iols masa tu 4thn pun takde meraung busuk, ...
India berak cangkung kat tong sampah bila sampai di USA.
India dan China dua2 perangai berak kat public places. Dah sampai Tanah Melayu baru tahu berak gali lubang dalam semak.
Habis diberaknye Tanah Melayu sampai dlm ceruk hutan zaman Kominih |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:32 PM
Leather kalau tak disamak harem dipakai.
Nak samak kena guna ammonia, zaman dulu diorang dapat am ...
Oic good info.. tp suci ke kalo dah samak pakai taik ekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 13-1-2025 05:44 PM
Oic good info.. tp suci ke kalo dah samak pakai taik ekk..
Suci kot sebab taik boleh cuci guna air mutlak kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:23 PM
Kalau hidung tersumbat kurang oksigen lagi pening kepala.
Maka jgn la merokok |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-1-2025 06:10 PM
Maka jgn la merokok
Sis tak merokok pun problem sinus...lebih baik merokok. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-1-2025 06:11 PM
Sis tak merokok pun problem sinus...lebih baik merokok.
Astaga.. nasihat salah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-1-2025 06:18 PM
Astaga.. nasihat salah ni
Kalau Salah, rokok tak dijual, dah lama diharamkan dari dijual.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|