CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12544|Reply: 10

[Politik] Najib bukan curi Milo atau roti benggali, kenapa ada pihak menggelupur?

[Copy link]
Post time 14-1-2025 06:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-1-2025 11:32 AM


Wartawan veteran A Kadir Jasin melontarkan rasa hairan terhadap pihak yang didakwanya tergesa-gesa mahu hukuman terhadap Najib Razak diringankan.

Dia menegaskan bekas perdana menteri dan presiden Umno itu bukannya didapati bersalah atas tindakan mencuri Milo atau roti benggali.

Mengulas mengenai kenyataan Jabatan Peguam Negara mengenai pengampunan diraja dan kenyataan Istana Negara semalam, A Kadiir berkata, isu pengampunan menjadi heboh kerana banduan yang terlibat ialah Najib.

“Bagi yang sudah lupa atau tidak pernah tahu, Najib ini bukanlah dibicarakan main-main oleh ‘kangaroo court’. Dia pun bukan curi Milo atau roti bengali.

“Dia dibicarakan oleh sembilan orang hakim di tiga peringkat mahkamah. Seorang hakim di mahkamah tinggi, tiga orang hakim di Mahkamah Rayuan dan lima orang hakim di Mahkamah Persekutuan. Semua kata dia bersalah.

“Saksi pun bukan seorang dua tapi berpuluh-puluh orang. Kerajaan, melalui pendakwa raya, kemukakan 57 orang saksi manakala pihak Najib kemukakan 19 orang,” katanya di Facebook.

Semalam Istana Negara mengeluarkan kenyataan meminta agar semua pihak menghormati perlembagaan negara dan undang-undang yang ditetapkan berhubung proses mendapatkan pengampunan atau kelegaan hukuman ke atas seseorang banduan.

Lindungi kewibawaan institusi negara

Kata Istana Negara, Agong ke-17, Sultan Ibrahim, bertitah agar seseorang banduan yang ingin mendapatkan pengampunan atau keringanan hukuman mesti mengemukakan sendiri permohonan tersebut.

Ia kemudian akan diputuskan oleh Agong berdasarkan kepada nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan sendiri oleh baginda.

Kenyataan itu hadir ketika beberapa pihak antaranya Umno dan PAS mahu mengadakan himpunan solidariti bersama Najib pada 6 Januari.

Mahkamah Rayuan dijadual mendengar permohonan Najib untuk menyemak ketetapan dibuat mahkamah tinggi mengenai titah tambahan dibuat Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Agong ke-16.

Umno bagaimanapun memilih untuk tidak meneruskan rancangan himpunan berkenaan, sebaliknya PAS menegaskan akan meneruskan himpunan tersebut.

A Kadir berkata, dia tidak faham mengapa ada pihak yang kelihatan tergesa-gesa dan jika boleh mahu agar Najib dibebaskan dengan segera.

Tambahnya, perbicaraan yang melibatkan Najib pun bukan sehari dua tetapi memakan masa berbulan-bulan sebelum dia didapati bersalah, dan pada masa sama ada isu lain yang perlu diutamakan.


https://www.malaysiakini.com/news/730687
Single Polls, Total 16 Users voted

Count down: 999 Days4 Hours44 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2025 06:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 12:25 PM | Show all posts
Najib nak bersedekah, nak bantu rakyat agar rakyat tidak susah sehingga ada yang mencuri Milo atau roti benggali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa zman Mahadir,jatuh hukum zmn Mail,masuk zmn Nuar denda dikurangkan ..tup2 pencacai megelupor tuduh Nuar sorok adendum.Apoo??
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 14-1-2025 03:55 PM
Dakwa zman Mahadir,jatuh hukum zmn Mail,masuk zmn Nuar denda dikurangkan ..tup2 pencacai megelupor t ...


Betul tu

Manakala jaman madani dnaa kes zahid, rosmah dan najib
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 14-1-2025 06:56 AM

Tak dak ka sapa2 nak bersolidariti dgn pasangan suami isteri ni yg menjual barang curi untuk rawatan dialisis mak depa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 05:51 PM | Show all posts
tripleid replied at 14-1-2025 03:55 PM
Dakwa zman Mahadir,jatuh hukum zmn Mail,masuk zmn Nuar denda dikurangkan ..tup2 pencacai megelupor t ...

macam mana tak dituduh menyorok.....
dah setahun, bila ditanya pasal adendum.......tiada komen, hearsay....nanti2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kadir jasin yg bg statement mmg aku percaya 200% la. Org tua ni bkn kaleng2. Dia pun Tade kepentingan apa2 dlm Kes ni. Raja2 pun selamba je dia basuh sbb dia Tau nyawa dia tuhan yg tentukan bkn manusia
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-1-2025 12:25 PM
Najib nak bersedekah, nak bantu rakyat agar rakyat tidak susah sehingga ada yang mencuri Milo atau r ...

Bugis Robin Hood of the Malays?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040896 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list