CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23637|Reply: 4

Isteri tak pernah dipeluk, dicium- rupanya suami syok dekat laki orang

[Copy link]
Post time 4-3-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode


Kaunselor rumah tangga, Sarah Zainal berkongsi mesej yang diterimanya oleh seorang isteri yang bersuamikan seorang lelaki gay.

"Saya kahwin dengan H lebih setahun dan hubungan kami suami isteri adalah jarak jauh (PJJ). Pelik suami tidak pernah peluk dan cium saya. Lagi pelik hubungan intim pun kurang.

"Kadang tak menjadi sebab 'senjata' tak hidup. Setiap kali nak berbincang H selalu elak. Kalau jawab pun mesti bergaduh sebab H anggap saya nak cari pasal," demikian mesej wanita itu kepada Sarah.

Menurut wanita itu, suaminya mempunyai seorang sahabat lelaki dan dia sedar hubungan persahabatan mereka yang 'terlebih akrab' membuatkan dirinya sebagai isteri berasa kurang selesa.

"Dari awal kahwin nama kawan baik asyik keluar dari mulut H. H siap pergi jumpa kawan baik, siap berjalan hingga ke negara seberang bersama keluarga tapi dia tak pernah beritahu.

"H niat nak pergi konvo teman baiknya, dalam masa sama tak nak gaduh dengan saya, jadi dia rahsiakan dan berpura-pura pergi bekerja. Hinggalah dia 'kantoi' dengan cara yang tidak boleh diterima," katanya.

Tambah wanita itu, aktiviti songsang suaminya terbongkar selepas H berkenalan dengan seorang lelaki berstatus suami orang di aplikasi TikTok.

"Ada sembang lucah macam orang gay. H sampai minta nombor telefon lelaki tu nak hantar gambar. H hantar gambar dia dekat Thailand. Ditakdirkan pula lelaki tu pun dah kahwin dan kantoi dengan bini dia.

"Sangat-sangat tak sangka, bini lelaki tu adalah kawan saya. Akhirnya gambar kat Thailand tu sampai kat saya. Saya mungkin boleh maafkan tentang dia jumpa teman baiknya, tapi tak mungkin dapat lupa perbualannya dengan suami kawan saya," kata wanita itu lagi.

Akibat terlalu kecewa wanita itu memohon untuk berpisah dengan lelaki berkenaan.

"H tidak telefon atau datang untuk betulkan keadaan, hanya mesej minta maaf. Bila saya ulang nak undur diri, H terus sambut. Semoga Allah buang segala rasa sayang ni," katanya.

Sementara itu, Sarah berkata dia amat bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

"Awak tak salah apa pun cuma awak bertemu dengan orang yang salah. Pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku, moga melalui ujian ini, akan beri awak keberkatan dalam kehidupan.

"Moga nanti-nanti bila sudah benar sedia, Allah ganti dengan suami yang soleh, yang benar-benar menyayangi, melindungi dan mencintai," tambahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 12:31 PM | Show all posts
Kekadang pompuan ni denial, nampak sah-sah bakal laki tu bercirikan nonok, tetap jugak nak try, nak kahwin, kekonon MAMPU MENGUBAH selera, feeling2 she's the one yang last boleh ubah nonok tu... hujung2 nonok tetap nonok walaupun nampak gagah sado ye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:11 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-3-2025 12:31 PM
Kekadang pompuan ni denial, nampak sah-sah bakal laki tu bercirikan nonok, tetap jugak nak try, nak  ...

haha.. lagi pulak perempuan tu beria ajak kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 08:34 AM | Show all posts
patutlah kawan iols xnak kawen sampai ke hari ni. dia takut lelaki 2 alam mcm ni lah. salam takziah utk akak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipikal case bella nazim je ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058258 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list