|
LAZIMNYA, sesebuah syarikat akan membuang atau memberhentikan pekerjanya atas sebab-sebab seperti masalah disiplin, penyelewengan, gangguan seksual dan kesalahan lain yang dianggap berat.
Namun perkongsian oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila dia mendedahkan dirinya baru dipecat majikan atas alasan mengambil masa yang lama untuk menunaikan solat.
"Baru pertama kali kerja tapi kena pecat sebab 'solat lama sangat'. Bos tak kasi warning, terus pecat je," tulis seorang wanita.
Tidak berkongsi lebih lanjut mengenai syarikat tempatnya bekerja, individu berkenaan meyifatkan tindakan majikannya keterlaluan apatah lagi langsung tidak mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.
"Saya solat kurang daripada 20 minit untuk setiap waktu. Nak tanya kakak-kakak, kira lama ke saya solat? Logik ke dipecat sebab ini?
"Staf lain ada yang Islam tapi saya tak pernah nampak mereka pergi solat selain solat Jumaat," luahnya lagi.
Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Namun rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut mengambil tindakan undang-undang kerana layanan majikan yang tidak adil, terutama sekali apabila melibatkan urusan solat.
Garis panduan itu menyatakan, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat iaitu sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat, dan sekurang-kurangnya satu jam 30 minit untuk solat Jumaat.
Ia turut menyebut, pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat boleh diselaraskan oleh majikan mengikut kesesuaian waktu rehat.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|