CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9657|Reply: 1

[Dunia] Tak nak kantoi, pencuri sanggup telan barang kemas lebih RM3 juta

[Copy link]
Post time 6-3-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode


TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida ditangkap selepas menyamar sebagai wakil kepada seorang pemain bola keranjang terkenal dan menelan barang kemas bernilai jutaan dolar, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Jaythan Gilder, 32, didakwa mencuri beberapa barang kemas yang ditunjukkan oleh pekerja butik Tiffany & Co selepas memberitahu mereka bahawa dia ‘mewakili’ seorang atlet profesional.

Polis berkata, suspek ditahan selepas cuba melarikan diri bersama dua pasang anting-anting bernilai AS$769,500 (RM3.4 juta) dan cincin berlian.

“Semasa soal siasat, Glider berkata barang kemas yang dicurinya tercicir ketika dia melarikan diri.

“Namun, ujian X-ray mendedahkan beberapa objek asing di dalam perut suspek. Objek itu adalah barang kemas yang dicuri,” kata polis.

Gilder didakwa atas kesalahan rompakan dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 02:53 PM | Show all posts
Lepas dia berak kan nanti suruh dia telan balik. Ulang sampai anting2 tu sangkut kat usus lepas tu bedah tanpa bius biar mampus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.632518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list