View: 9113|Reply: 2
|
[Tempatan]
'Janganlah sebar benda bohong'
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Kota Bharu: Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyalahguna duit peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek tebatan banjir.
Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kenyataan bahawa projek tebatan banjir yang Kerajaan Pusat bagi kepada kerajaan negeri dan dikatakan kerajaan negeri menyalahguna dengan mengambil peruntukan itu untuk diberi kepada ahli Parlimen yang menyebabkan tebatan banjir tidak siap adalah fitnah serta bohong.
Katanya, tebatan banjir bukan projek kerajaan negeri dan dari segi tawaran kepada kontraktor juga dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
"Pembayaran juga dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak melalui kerajaan negeri. Janganlah kita sebar benda bohong.
"Orang ini (yang bagi kenyataan) jawatan besar, jadi macam mana boleh berlaku macam ni. Mengaji (belajar) tengok (peringkat) doktor falsafah (PhD).
"Biasa PhD bercakap berdasarkan fakta kerana orang PhD buat kajian dan fakta bukan setakat salah ini memang fitnah. Tidak boleh," katanya menerusi ucapan yang dimuat naik di laman Facebooknya, malam tadi.
Terdahulu tular satu podcast yang disyaki seorang kakitangan yang kerja di pejabat Perdana Menteri kononnya menerangkan khabar angin bahawa Perdana Menteri marah sebab duit tebatan banjir masuk kepada akaun kerajaan negeri dan diagihkan kepada ahli Parlimen pembangkang yang tidak mendapat peruntukan.
Mohd Nassuruddin mengingatkan bahawa apa yang ditulis dan bercakap semua dicatat oleh malaikat.
"Nasib kita duk atas batang tengkuk kita dan kita ucap semua dicatat oleh malaikat," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 10-3-2025 01:35 AM
Tak payah la sebut malaikat, setan apa...malaikat catit apa bagai
Orang tahu kot.
Bila kau sebut lagi orang makin perasan kau penonggang agama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|