KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.
“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.
“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.
ahaaii.. menyesal pulak terima lamaran org yang beriya-iya sangat tu sampai sanggup call my mum minta izin n pujuk (bcuz she was reluctant at first). well, naluri hati seorang ibu tak pernah salah kan? :p so lain kali,dengar!
errrmmmm... semua bersalah... dari apek, jejari dompok, teteck ngan shida..
yg shida plak bukan dulu ko pun beria2 nk tunjuk gambar tu.. siap berpakat ngan dompok..
yg dompok tu kata dah move on.. ko ingat ko buat benda2 memalukan ni ko dpt apek balik??
yg teteck pun satu.. kau dah tau masa tu apek dah bertunang tetap nk caraz bagai!! yg apek ni cukup2 la jaga akhlak tu!! x sesudah nk membirah sama... jgn ingat ko da jadik hero selamatkan gawang bola orgramai akan sentiasa memaafkan perbuatan ko!!
die nangih kot~~ da nk bekawin katenye, tibe2 kua gamba cenggitu, malu la keluarga. tp nk wat cam ne, sndr kne igt la apsal mst tgkp gamba cmtu pon. even, dorg d fitnah bab tdo besame tu. tp gambanye ttp xsenonot. pelok2 bahu ngn pki baju cm tu..