View: 3479|Reply: 19
|
Iron Man 3 diterbitkan di China
[Copy link]
|
|
Harapnya #3 ni best lah
Yg #1 best sesangat walao nak muntah tengok propaganda kunun Afghanistan jahat & US adalah hero dunia
Yg #2 Macam pookeeee vavi
Iron Man 3 diterbitkan di China
Font: [ BB B M S ] •Hiburan•Hip•2012-04-18 08:10•Click: 40•Disediakan oleh Berita Harian ■ ROBERT Downey Jr (kiri) sebagai Iron Man dan Chris Evas (Captain America) dalam filem The Avengers.
THE Walt Disney Company China, Marvel Studios dan DMG Entertainment kelmarin mengumumkan hasrat penerbitan bersama filem adiwira, Iron Man 3, di negara Tembok Besar itu.
Di bawah persetujuan berkenaan, DMG Entertainment akan turut melabur dalam produksi filem ketiga francais popular ini, menguruskan proses produksi bersama negara itu dan bertindak sebagai penerbit bersekutu filem berkenaan di sana. Bahagian penerbitan filem itu di China akan dilakukan menerusi DMG Entertainment, dengan penyelarasan bersama produksi dan pasukan kreatif Marvel Studios. DMG juga bertindak sebagai pengedar Iron Man 3 di negara yang mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia, bekerjasama dengan The Walt Disney Company China. Iron Man 3 muncul edisi ketiga dalam francais filem bernilai bilion dolar daripada Marvel itu, dan dibintangi pelakon asalnya seperti Robert Downey Jr (sebagai hartawan senjata, Tony Stark), Gwyneth Paltrow (Pepper Potts) dan Don Cheadle (James “Rhodey” Rhodes).
Filem terbaru dalam siri Iron Man ini diterbitkan oleh Kevin Feige, manakala Alan Fine, Stan Lee, Louis D'Esposito, Charles Newirth, Victoria Alonso, Stephen Broussard dan Dan Mintz pula menggalas jawatan penerbit eksekutif.
Berdasarkan skrip tulisan Drew Pearce, filem ini diarahkan Shane Black (Kiss Kiss Bang Bang). Filem terbabit akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Mei tahun depan.
Menurut Pengarah Urusan The Walt Disney Company China, Stanley Cheung, populariti francais Marvel itu di seluruh dunia mencipta peluang buat mereka untuk menghasilkan sebuah lagi filem penuh aksi buat peminat.
“Penerbitan bersama Iron Man 3 di China menjadi bukti betapa pentingnya khalayak sebelah sini buat Disney, serta keupayaan industri tempatan untuk menghasilkan judul blockbuster,” katanya.
Pengurus Besar Operasi dan Kewangan Marvel Studios, Rob Steffens, pula berkata, mereka cukup teruja untuk bekerjasama dengan DMG, dalam membawa wira besi itu ke pasaran negara China dengan cara penuh bergaya.
“Kami yakin cerita Marvel akan terus dinikmati oleh penonton China, dan dengan menyuntik cita rasa tempatan serta bekerja bersama rakan kongsi baru, ia tentu sekali akan menambah keinginan orang ramai untuk menyaksikan filem ini,” ujarnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMG, Dan Mintz pula, kolaborasi mereka bersama Disney dan Marvel menjadi peristiwa penting dalam landskap hiburan global berikutan inilah kerjasama bernilai berbilion dolar pertama yang diterbitkan antara Hollywood dan China.
“Francais Iron Man sudah pun membuktikan kejayaannya di seluruh dunia dan kami akan terus membawa siri ini ke peringkat lebih tinggi dengan penghasilan judul ketiganya.
“Filem ini akan terus dikembangkan jalan ceritanya, serta menampilkan bintang tersohor antarabangsa, di samping aksi menakjubkan yang akan mengagumkan peminat di mana-mana saja termasuk China, iaitu pasaran box office kedua terbesar dunia," jelasnya.
Penggambaran filem adiwira terbabit akan berlangsung Mei ini di Amerika Syarikat dan disambung di China pada penghujung musim panas nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh... lepas ni, Iron Man pandai ler berkung fu bagai erk |
|
|
|
|
|
|
|
jackie chan masuk tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh... lepas ni, Iron Man pandai ler berkung fu bagai erk
HaMiZiE Post at 19-4-2012 17:02
Itu saya tak kisah, yang saya takut ialah Iron Man akan bertutur Mandarin. |
|
|
|
|
|
|
|
it just a matter of place |
|
|
|
|
|
|
|
Itu saya tak kisah, yang saya takut ialah Iron Man akan bertutur Mandarin.
spiderman80 Post at 19-4-2012 23:31
klu Iron Man bertutur dlm mandarin, apa susah cuma tekan button '----' kt remote tu then choose language.. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi iron man mata sepet lak |
|
|
|
|
|
|
|
klu Iron Man bertutur dlm mandarin, apa susah cuma tekan button '----' kt remote tu then ch ...
emmet_23 Post at 20-4-2012 17:14
Kalau kat cinema, nak tekan button apa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
MANDARIN tuh musuh utama IRON MAN... |
|
|
|
|
|
|
|
rasisnya komen korang :@
P/S: tapi, memang best giler performance Ziana Zain dengan Lan!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ada alih suara dah... |
|
|
|
|
|
|
|
MANDARIN
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat cinema, nak tekan button apa pulak?
spiderman80 Post at 20-4-2012 23:16
he he he
same question pop out in my mind
mungkin dia nak tunggu subscribe movie ni kat Astro First kut ... |
|
|
|
|
|
|
|
iron man best wooo... aku minat gler |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat cinema, nak tekan button apa pulak?
spiderman80 Post at 20-4-2012 23:16
klu kt cinema hang tekan 'panic button' jah..hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Besok iron man & kawan2 muncul di pawagam
Jgn lupa uolssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Andy Lau To Join Cast Of Iron Man 3?
Word has it that Hong Kong superstar Andy Lau will join the cast of Iron Man 3 when the movie starts production in China later this year.
A source within the studio revealed that the film's Chinese backers, Walt Disney China and DMG Entertainment, want a big Chinese star to be included in the third instalment of Iron Man and they are keen on Andy Lau.
However, he won't be playing Iron Man's archenemy The Mandarin. The role is he up for is a Chinese scientist who helps his old friend Tony Stark with some new technology for Iron Man.
|
|
|
|
|
|
|
|
Andy Lau jadi MANDARIN...... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm iron man 1 dan 2 dah ada hint pasal mandarin ni
-bendera 10 cincin mandarin bnyak ditunjuk dlm iron man
-villain2 iron man 1 dan 2 semua pakai cincin, kemungkinan di kawal oleh mandarin |
|
|
|
|
|
|
| |
|