CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11030|Reply: 41

Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom

[Copy link]
Post time 15-3-2013 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom | Anda masih ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahkan segala harta benda di kawasan tersebut kecuali binaan sebuah Masjid. Itu antara satu tanda kebesaran Allah SWT. Ia samalah juga seperti Masjid Kobe yang terletak di Jepun. Ia dipercayai masih bertahan biarpun berhadapan dengan situasi getir iaitu serangan bom atom dan gempa bumi.



kobe_mosque

Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Masjid Kobe selepas pengeboman atom oleh Amerika Syarikat.

Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.
















Kredit: http://www.akustressgiler.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 12:35 PM | Show all posts
thanks 4 sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 04:47 PM | Show all posts
Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:23 PM | Show all posts

Masjid Kobe bertahan dari bom atom di Jepun






Sejarah Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!

March 15, 2013 Masjid


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun.

Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko.

Untuk pengetahuan Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud gerbang Tuhan (Gate of God).

Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat dengan perang dunia kedua yang menyaksikan peperangan di antara Amerika dan Jepun di mana pihak Amerika telah mumutuskan untuk menjatuhkan bom atom.

Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata.

Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.

Ketika bangunan sekitarnya menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak!

Masjid ini hanya mengalami keretakan dan cerminya pecah.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji sekali lagi apabila gempa bumi paling dasyat berlaku ada 1995 tepat pada pukul 5.46 pagi Selasa.

Ia masih lagi berdiri utuh! Begitu besarnya kuasa Allah SWT.

Sehingga kini Masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:28 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:29 PM | Show all posts



Gempa bumi 1995
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2013 06:30 PM | Show all posts
Allahuakbar !!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:37 PM | Show all posts

good info..thanks tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 06:50 PM | Show all posts
Rumah Allah sentiasa terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:40 PM | Show all posts
bermacam2 kejadian yg menimpa masjid ni still kukuh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 10:12 PM | Show all posts
Masjid  ni didalam peliharaan Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 11:05 PM | Show all posts
cantiknya masjid nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 12:04 AM | Show all posts
masa keje osaka dlu, tiap2 minggu gi masjid ni temankan bebudak training g solat jumaat. aku lak lepak dlm kedai pakistan makan buffet
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 12:14 AM | Show all posts
Cantik rumah allah nie....Allahuakbar ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 02:09 AM | Show all posts
Rumah Allah akan sentiasa dilindungi dari pelbagai bencana sebagai petunjuk untuk umat manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 02:39 AM | Show all posts
Allahuakbar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2013 11:46 AM | Show all posts
Masjid yang ada allahukabar tu cam masjid kat seoul jek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 01:33 PM | Show all posts
kuasa Allah...
good info TT
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 01:57 PM | Show all posts
gambar masjid  yng ada tulis Allahuakbar tu memang kat Seoul, sebenarnya... Last edited by dashday on 16-3-2013 01:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 03:43 PM | Show all posts
memang cantik masjid ni, walaupun warnanya gitu. perempuan sembahyang kat tingkat atas. depannya ada kedai jual barangan halal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.472726 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list