|
DWI KECANTIKAN - DODOL BELANGA
Bahan aktif : hati fatimah, medang kemangi, pinang, cekur, garam, asam.
Fungsi : Makanan kesihatan untuk wanita. Menambah kasih sayang suami isteri. Merangsang nafsu (yg tiada nafsu). Menghilangkan rasa penat, letih, lesu, buang angin dan berat bangun pagi. Memejal payudara, pinggul, badan. Mengetatkan vagina. Tambah tenaga seks. Melancarkan edaran darah. Awet muda. Mengubati keputihan teruk dan menghilangkan bau hanyir darah haid.
Cinnamomum Iners Reinw(medang kemangi) - bermanafaat untuk ibu bersalin, merawat demam panas, merangsang cirit-birit (sebagai kaedah mencuci perut dan usus).
Labisia Pumila (hati fatimah) - mengatasi masalah angin dalam perut dan usus, masalah haid, sakit dalam tulang dan sakit kelamin.
Iguanura Geonomiformis Mart (pinang buring) - tonik am untuk golongan lelaki.
Salt (garam) : Natrium (Na), Klorida (CI) - Mengawal kandungan cecair dan kitaran ion dalam saluran darah. Membantu fungsi saraf dan otot.
Cara guna : Ambil secubit dibuat gentelan sebesar jari kelingking dan ditelan / dikunyah.Perlu banyakkan minum air. Pengambilan mencukupi 1 kali sehari selepas makan pagi atau malam.
Kegunaan : Wanita / Bersalin / Keguguran / Remaja/ Pengantin
Nota :
Tidak mengandungi manjakani dan kunyit yang boleh mempercepatkan menopaus.Sebelum memakan 'tampil dara' bacalah 3 kali Selawat dan 1 kali Al-Fatihah diikuti dengan pantun seloka seperti berikut.
Albah nama burungku
Hinggap kasau jari
Terbang akar gagak tak mati
Terbang gagak akar tak mati
Aku makan buah seribu rasa
Janatul naim tetap dalam syurga
Fatimah sambutan Ali
Ali masuk mulut Fatimah
Simbolik dari pantun di atas adalah bertujuan menyerikan wajah dan awet muda.Seri kerana 'make-up' akan hilang bila terkena air atau usia meningkat, tetapi seri dek amalkan petua pantun seloka ini akan menampakkan seri wajah dan awetmuda yang asli. Tidak ada pantang larang untuk mengamalkan petua ini.
Bacaan petua pantun seloka ini terpulang pada diri sendiri. Tiada paksaan dalam hal ini.
Last edited by BlueRose99 on 25-4-2013 11:45 AM
|
|