View: 2299|Reply: 18
|
[Jenayah]
Bawa keluarga curi kedai
[Copy link]
|
|
GEMENCHEH – Seorang peniaga kedai runcit tidak menyangka lima beranak yang datang ke kedainya di pekan Gemencheh, petang kelmarin, rupa-rupanya keluarga pencuri.
Keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun serta seorang gadis belasan tahun datang ke kedainya dengan berpura-pura menjadi pelanggan.
Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, peniaga terbabit, P.Raman, 81, berada di kedai sebelum didatangi empat sekeluarga yang mahu membeli akhbar di kedainya. Manakala, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit menunggu dalam kereta.
Menurut Raman, salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu kemudian membeli sampul surat.
"Dia juga bertanya kepada saya untuk memecah sekeping wang RM50 kepada helaian RM10 kerana mahu memberi kepada tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwin.
“Saya memang tidak teringat ini bulan puasa, mana ada orang Melayu buat kenduri kahwin. Sebab tu, saya tidak terfikir ini satu helah. Mungkin mereka mahu tahu mana saya simpan duit," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memecahkan wang dengan duit disimpan dalam beg kecil yang diletakkan dalam laci kaunter.
Dalam masa sama, katanya, anak gadis keluarga terbabit mengambil inai pewarna rambut yang dijual di kedainya dan meminta kebenaran menunjukkan kepada ibunya yang tinggal dalam kereta terlebih dulu.
"Tidak lama kemudian, si anak itu datang kepada saya dan menyatakan ibunya tidak tahu menggunakan inai itu. Dia minta saya ajarkan. Lima minit saya terangkan kepada ibunya macam mana menggunakan inai berkenaan sebelum saya kembali semula ke kedai," katanya.
Raman bagaimanapun berkata, sebaik saya masuk ke kedai, kesemua ahli keluarga itu bergegas keluar dari kedai dan berlari masuk dalam kereta.
“Saya mula syak sesuatu tidak kena apabila melihat beg saya berisi duit lesap. Semua wang dalam laci meja juga hilang," katanya yang menganggarkan kehilangan wang tunai sekitar RM600.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu sama ada ia membabitkan kes sama tahun lalu.
15 Disember lalu, Sinar Harian pernah melaporkan seorang peniaga kedai runcit di Taman Indah, dekat sini turut menjadi mangsa dalam modus operandi hampir serupa.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Ng Wei Hoh, 50, mahu menunjukkan jenama beras seberat 10 kilogram yang diminta seorang lelaki kepada seorang wanita di dalam kereta jenis Perodua Kancil, sebelum kesemua mereka melarikan diri.
Sebaik memeriksa dua laci kaunter, wang dianggarkan bernilai RM1,600 dalam laci berkenaan lesap.
Difahamkan, kes menggunakan modus operandi sama pernah berlaku di Gemas dan Gemencheh, masing-masing pada Oktober dan November tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa...complete..
sekeluarga sehati sejiwa...mcam ni pun ada
kesian ank2 .. parents yg mcam ni lak..
kita ni siang malam risau, beri nasihat, berdoa smoga dpt ank yg soleh n solehah..
|
|
|
|
|
|
|
|
tauke tu sungguh baik hati~ |
|
|
|
|
|
|
|
no plat kereta pun tak bagitau |
|
|
|
|
|
|
|
amboi satu keluarga diangkut.........ada jugak mak pak mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 lah zaman sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin terdesak nak bayar hutang or perlu duit.
sanggup buat jahat 1 keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya gak ni..
dibuatnya dpt tngkap, tapi owner sorg, mau satu famili debik dia smpai lunyai.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg zaman org desperado.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 keluarga ni bakal menjadi penghuni penjara, pusat serenti dan sebagainye
ni lah contoh keluarga malay trash yg hanya pandai pancut, wat anak and x reti jaga anak
dah makin berleluasa keluarga2 perangai camni
|
|
|
|
|
|
|
|
ajar ank buat benda yg x elok
sedih nya la rakyat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
org cmni pun ade...si bapak tu sihat tp x nak bkeje.. x mampu nak sara anak2 bini guna rezeki yg halal.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada rakaman cctv rasanya boleh nampak muka salah sorg deorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
InVendeTTa posted on 12-7-2013 10:22 AM
anak2 keluarga ni bakal menjadi penghuni penjara, pusat serenti dan sebagainye
ni lah contoh kelua ...
"Minang trash" lebih tepat. Gemencheh terletak di negeri sembilan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat malu minangkabau saja.
Tapi kaum lembut (india) pemalas lagi teruk mencuri ,merompak, menagih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|