CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9273|Reply: 22

Mengapa Para Sultan Uthmaniyyah Tidak Mengerjakan Haji?

[Copy link]
Post time 10-10-2013 09:22 PM | Show all posts |Read mode
See more at: http://saifulislam.com/2013/10/m ... ak-mengerjakan-haji


Kredit foto: Turkishairline.Com Sultan-sultan Uthmaniyyah boleh berperang hingga ke Mesir dan Austria, memakai gelaran Khadam Dua Tanah Suci dan memimpin kerajaan terbesar di dunia, tetapi tiada seorang pun yang menunaikan ibadah Haji, rukun Islam bagi setiap kita. Bagaimana boleh terjadi begitu? Apakah ini boleh dianggap sebagai salah satu bukti, betapa sultan-sultan Uthmaniyyah itu tidak beramal dengan Islam? Saya agat kecewa semasa mendengar kenyataan yang dibuat oleh Rageh Omaar di dalam klip video pengenalan kepada satu program bersiri di BBC bertajuk The Ottomans: Europe’s Muslim Emperors.





Rageh Omaar mempersoalkan bahawa, sultan-sultan Uthmaniyyah bukan sahaja memposisikan diri mereka sebagai pemimpin politik, malah juga sebagai pemimpin spiritual, namun apakah mereka itu sendiri mengamalkan Islam? Soalan sebegini selalunya tidak perlu ditanya di bahagian pengenalan. Biarkan sahaja ia terjawab sendiri selepas kita bentangkan hasil kajian masing-masing. Akan tetapi, apabila ia ditanya seawal klip pengenalan, jawapan kepada soalan hitam putih ini, sangat berpengaruh.
Dalam nada yang tidak begitu kukuh, Rageh Omaar mengatakan TIDAK!
Katanya, “Sultan Uthmaniyyah tiada seorang pun yang mengerjakan Haji, kebanyakan mereka minum arak, dan terbabit dalam maksiat di Harem dan kesimpulannya, mereka tidak beramal dengan Islam dalam kehidupan peribadi masing-masing.”


OBJEKTIF
Saya bukanlah seorang yang taasub memuja Dawlah Uthmaniyyah. Saya boleh menerima hakikat bahawa ada sultan, seperti Sultan Selim II (1566 – 1574) merupakan seorang pemabuk. Malah Sultan Muhammad al-Fatih (1444 – 1446 / 1451 – 1481) yang begitu hebat, tidak terlepas daripada beberapa tindakan kontroversi beliau seperti merampas tanah-tanah waqaf di Anatolia pasca penawanan Constantinople. Semua ini adalah sebahagian daripada hitam putih sejarah Umat Islam yang mesti diadili pada positif dan negatifnya. Namun rumusan Rageh Omaar itu keterlaluan, dan agak ketinggalan zaman. Saya tidak hairan jika ia diungkap pada tahun 1970′an atau sebelumnya. Akan tetapi di zaman ini ketika mata kajian sudah begitu banyak, dan mudah diperolehi, pandangan sebegitu, apatah lagi oleh seorang Muslim, sungguh mengejutkan.
Ada banyak isu yang beliau timbulkan.
Tetapi saya ingin memberi tumpuan kepada persoalan Haji oleh sultan-sultan Uthmaniyyah.


MEMANG TIADA YANG MENGERJAKAN HAJI
Faktanya, memang tiada sultan Uthmaniyyah yang mengerjakan ibadah Haji.
Biar pun ada diungkap di dalam beberapa sumber termasuk kitab Lam’at oleh Badiuzzaman Said al-Nursi, bahawa Sultan Abdul Aziz (1861 – 1876) ada mengerjakan Haji, ia tidak disokong oleh mana-mana sumber berotoriti untuk mengesahkannya.  Demikian juga Sultan Mehmet Vahdettin atau Mehmed VI (1918 – 1922), selepas disingkir oleh Grand National Assembly pada tahun 1992, ada menziarahi Tanah Suci, tetapi tidak berkesempatan mengerjakan Haji.
Namun hakikat ini tidak boleh sewenang-wenangnya difahami bahawa mereka tidak mementingkan ibadah Haji, jauh sekali tidak beramal dengan Islam. Kesimpulan terhadap isu ini, memerlukan kepada milieu yang lengkap tentang persekitaran yang mengelilingi hakikat, tiada sultan Uthmaniyyah yang mengerjakan Haji.
Semenjak daripada awal penubuhan Dawlah Uthmaniyyah sekitar akhir abad ke-13 (1299) sehinggalah ke era pemerintahan Selim II (1566 – 1574) , para sultan Uthmaniyyah terbabit secara aktif di dalam peperangan, memimpin tentera di barisan hadapan. Maka di sinilah pentingnya untuk kita memahami perbahasan ulama di antara hukum jihad dan hukum Haji. Jihad diklasifikasikan sebagai fardhu kifayah, manakala Haji pula adalah fardhu ain, bagi yang cukup syaratnya. Akan tetapi, bagi sultan yang memimpin umat, mereka mempunyai konteks yang unik berkaitan kedua-dua hal ini.


KEINGINAN PARA SULTAN
Keinginan untuk mengerjakan Haji sentiasa ada di dalam jiwa para sultan Uthmaniyyah. Ketika Sultan Bayezid II (1481 to 1512) yang ketika itu menjadi gabenor di Amasya menyatakan hasratnya untuk mengerjakan Haji, beliau telah menerima surat  yang ditandatangani oleh Sadr-i Azam (Perdana Menteri) dan beberapa orang pemimpin utama kerajaan. Mereka mendesak beliau menerima perlantikan menaiki takhta menggantikan bapanya Sultan Mehmed II (Al-Fatih), dan menyerahkan urusan ibadah Haji kepada rakyat jelata yang tidak terpikul di bahu mereka tanggungjawab keselamatan negara. Menolak perlantikan ini dan mengutamakan ibadah Haji, adalah menggalakkan serangan musuh kepada negara. Nasihat itu diterima olehnya dan Bayezid II menaiki takhta pada tahun 1481.
Keinginan mengerjakan Haji ini paling ketara dibahaskan adalah di era pemerintahan Sultan Osman II (1618 – 1622). Beliau bersungguh-sungguh mahu mengerjakan Haji dan menyediakan perbelanjaan untuk ke Tanah Suci bersama isterinya. Namun hasrat itu telah dihalang oleh Sheikh al-Islam ketika itu, Es’ad Efendi, juga bapa mertua sultan. Fatwa dikeluarkan pada menyatakan “Haji tidak dituntut ke atas para sultan. mereka sepatutnya berada di takhta pemerintahan dan melaksanakan keadilan. Jika tidak, ia akan hanya menggalakkan timbulnya pemberontakan.”
Sheikh Aziz Mahmud Hudayi, seorang ulama terkemuka di era berkenaan turut menyetujui fatwa berkenaan dan menegaskan pentingnya Sultan Osman II mematuhinya.
Di kalangan orang ramai, malah tentera sendiri, terdapat cakap-cakap yang mempersoalkan ketidak hadiran sultan mengerjakan ibadah Haji. Di dalam The Treatise of Hajj di Suleymaniye Library, dokumen ini mencatatkan pekeliling yang dikeluarkan untuk menjelaskan hal ini dengan kenyataan “Sultan berkeputusan tidak pergi mengerjakan Haji untuk mengekalkan keamanan dunia. Adalah menjadi kesalahan bagi mereka untuk meninggalkan  Mamalik-i Mahrusah (Dawlah Uthmaniyyah) dalam keadaan wujudnya kebarangkalian muncul ancaman musuh dan pemberontakan dalaman”. [The Treatise of Hajj, Suleymaniye Library, Haji Mahmud, no. 1093, d. 2/a-b; Na'ima Tarih, vol. II, pp. 212-13]
Tempoh 3 bulan untuk urusan Haji pada zaman itu adalah suatu tempoh yang panjang. Kerana itu, sultan tidak berpeluang untuk mengerjakan Haji.
Kebenaran, adalah sebaliknya dan bukan seperti yang diungkap oleh Rageh Omaar. Para sultan Uthmaniyyah tidak mengerjakan haji kerana kepatuhan mereka kepada nasihat dan fatwa yang menjelaskan prioriti seorang pemerintah. Di sinilah pentingnya penafsiran sejarah dilakukan secara teliti, apatah oleh seorang Muslim kepada sejarah umatnya sendiri.


RUJUKAN
  • Tezcan, Baki. The Second Ottoman Empire: Political and Social Transformation in the Early Modern World. Cambridge University Press, 2010.
  • Tuchscherer, Michel. “SURAIYA FAROQUI, Pilgrims and Sultans: The Hajj under the Ottomans. London, New York, IB Tauris & Co Ltd., 1994, 244 p. 34.00.” Journal of the Economic and Social History of the Orient 39.4 (1996): 453-454.
  • Akgündüz, Ahmed, and Said Öztürk. Ottoman History: Misperceptions and Truths. IUR Press, 2011.
  • Kütükoğlu, Bekir. Katib Çelebi Fezlekeʼsinin kaynakları. Edebiyat Fakültesi Matbaası, 1974.
  • Shaw, Stanford. History of the Ottoman Empire and Modern Turkey Vol 1: Empire of the Gazis: the Rise and Decline of the Ottoman Empire 1280-1808. CAMBRIDGE UP, 1976.
Dan atas dasar nasihat-menasihati, saya telah menghantar mesej kepada Rageh Omaar, semoga ia bermanfaat untuk beliau, saya, dan kita semua, ameen.
Dear Mr Rageh,

May this message find you in good health and spirit. Thank you for the new series: The Ottomans: Europe’s Muslim Emperors.  I am in Malaysia, do not currently have a full access to the series. But watching the preview from youtube , allow me to express my disagreement with your statement (minute 2:10 onward).  I myself, not blindly admire the Ottoman which is currently my field of study (16th century). I can accept the fact that Sultan like Selim II was a drunkard. But to generalise them by saying that all the Sultans were not practicing Muslims, never been to Hajj, and most of them were drinking alcohol, and indulged in the lustful Harem activities, I hope you can reexamine the statement and do proper justice to the truth. I avoid myself from romanticizing the history and at the same time appreciate the importance of our historians to engage with a wider audience. We had Simon Schama, Robert A Rosenstone and many more presenter of history in popular culture like you, but one basic thing is, the truth shall never be compromised.  Thank you and wish you all the best.

Your brother,

Hasrizal
HASRIZAL @ www.saifulislam
43000 BSP




Last edited by abgsedapmalam on 10-10-2013 09:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 10:47 PM | Show all posts
sultan Uthmaniah sibuk melayan hamba seks 'halal' kat harem
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:27 AM | Show all posts
Sebab tu kerajaan mereka jatuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:27 AM | Show all posts
Boleh caya ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:01 PM | Show all posts
Salah. Kerajaan Uthmaniyyah jatuh akibat kesan domino perang dunia pertama. Kerana kalah dalam perang berkenaan, wilayah2 Khilafah Dawlah Uthmaniyyah telah dibahagi2kan oleh kuasa imperialis Barat.

Tapi mendengarkan fatwa2 yang dikeluarkan oleh para ulama zaman khilafah Uthmaniyyah, maka dapat disimpulkan bukan mudah seorang khalifah bagi wilayah seluas Khilafah Uthmaniyyah yang dikelilingi musuh2nya untuk mengerjakan haji.

Pengorbanan seorang Amirul Mukminin yang rindukan mengerjakan ibadat haji, tetapi perlu mengutamakan kepentingan ummah Islam dari keperluan peribadinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:57 PM | Show all posts
Zaman dulu berbeza dgn zaman skang...pemimpin dulu berkorban tuk keselamatan bangsa dan agama....pemimpin skang ada duit ada masa tp ramai x terpk nk pegi sana...hidup bertongkat langit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2013 10:08 AM | Show all posts
sriwanis: Zaman dulu berbeza dgn zaman skang...pemimpin dulu berkorban tuk keselamatan bangsa dan agama....pemimpin skang ada duit ada masa tp ramai x terpk nk  ...


ramai je yg dah pergi, cuma tak dihebohkan berlebihan. ada juga yg diberitakan tetapi tidak didengari. kenapa tak dipandang yang pernah pergi, dan dipandang yg tak pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:26 AM | Show all posts
penakluk constantinople, sultan muhammad al-fatih (mehmet II)..
di puji oleh Rasulullah dalam hadisnya..

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

semua pengkaji sejarah Islam tahu apa disiplin sultan dan tentera nya..
kalo solat pernah tertinggal, or kalau tak bangun solat malam..
jangan harap dapat masuk jadi tentera Mehmet II..

bagi aku, statement Rageh Omaar ni bersifat jahat..
tak menghairankan.. sebab atas motif tertentu..
sudah sedia maklom di sana sini ada individu tertentu..
yang kerjanya memburukkan sistem politik Islam..
iaitu sistem KHILAFAH..

mana2 empayar mesti akan jatuh juga..
itu sunatullah.. hukum alam..
tak di nafikan ada khalifah uthmaniyah yang pemabok dan kaki betina..

btw, great thread.. thanks TT..
Last edited by capiloton on 12-10-2013 11:42 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 03:28 PM | Show all posts
@knoowlee ada benda baik patut dihebohkan ada yg tidak..pemimpin bukan ke patut tunjuk tauladan yg baik..bukan nk menuduh mana2...sy maksudkan kita rakyat biasa bertahun2 kumpul duit nk pegi sana..sedangkan pemimpin kita...skang ni derma pun dh masuk sokabar...ini kan pulak nk pegi haji...bg sy pemimpin skang ni klu pegi haji mmg 'brani ' la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga roh2 mereka berbahagia disisi Allah.. kagum dgn peribadi sultan Muhammad al fateh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 06:25 AM | Show all posts
Adakah ini semua konspirasi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 08:33 AM | Show all posts
Bagi aku kalau dia tak pi haji pun...tu hal peribadi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:36 PM | Show all posts
Memang tak dinafikan, ada khalifah / Sultan Uthmaniyyah yang kaki betina (gundik2 harem) mahupun kaki arak. Tapi jgn main pukul rata. Sebab kalau kita kaji kejatuhan khilafah Umayyah, Abbasiyyah, kesultanan Moghul mahupun kesultanan Melaka sekalipun, perkara2 lagha ini ujian Allah kepada para amirul mukninin, kejatuhan kerajaan mereka itu adalah bala kepada mereka & rakyat jelata yang tidak ambil pusing berlaku kemaksiatan secara jelas hanya sekadar jadi pemerhati sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 03:56 PM | Show all posts
robotech posted on 11-10-2013 10:01 PM
Salah. Kerajaan Uthmaniyyah jatuh akibat kesan domino perang dunia pertama. Kerana kalah dalam peran ...

betul robotech.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Soltan boleh upah haji ... So tak jadi masalah disitu ... soltan2 uthmaniyah yg 4 terakhir ne terlalu lemah ... Sampaikan sanggup serahkan wilayah2 pada musuh ...tentera penat2 berperang mempertahankan wilayah ... Dari sebab ne la munculnya kesedaran nasionalisme yg dipimpin Mustafa kamal ... Sebab tu mustafa kamal disanjung tinggi di turkey... Bapa turkey.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 04:51 PM | Show all posts
mana kita tahu dia buat ker tak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 11:30 AM | Show all posts
kalau disebabkan kalau dia g haji boleh mendatangkan huru hara/serangan dari musuh rasanya tak jadi persoalan, itu antara beliau ng Allah Yang Maha Mengadili.
Ini yg xhuru hara pon xnk pergi, pegi pon siap org escort, pejadahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 04:08 PM | Show all posts
wallahualam.. mana la kita tau dia buat ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 06:18 PM | Show all posts
siapa yg rajin boleh beli buku Sultan' Abd Al-Hamid II (1876- 1909M / 1293- 1327H) dan kejatuhan Khilafah Islamiah: peranan gerakan nasionalis & golongan minoriti : Suatu Kajian Sejarah Dan Pemikiran, ada diterbitkan oleh pustaka salam, buku warna biru...buku yg menyayat hati

sultan abdul hamid II adalah sultan turki terakhir yg berkuasa mutlak...sultan2 yg lepas tu semua boneka je, setakat simbol...sepanjang 33 tahun dia memerintah, dia berjaya memperlahankan kejatuhan turki selama 30 tahun..hutang2 negara semua dia berjaya langsaikan sikit demi sikit, ala2 erdogan la..tapi dia practically keseorangan, musuh2 kiri kanan cari peluang nak cantas dia...sampailah satu tahap mufti turki dipergunakan untuk keluarkan fatwa bahawa sultan sudah tidak layak memerintah..dia boleh melawan, dia boleh panggil askar2 dia untuk bunuh pengkhianat2 yg berlindung atas slogan nasionalis ni...tapi akhirnya rakyat turki akan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, dia tak sanggup...dia ambik falsafah khalifah uthman bin affan, biar aku mati tak apa, jangan umat islam berbunuh-bunuhan sesama sendiri..

sultan abdul hamid II jugak pandai berpolitik..untuk mengelakkan ancaman british dia berbaik2 dengan jerman & jepun, bukan untuk berkawan sangat pun dengan jerman & jepun, tapi untuk mengelakkan wilayah2 turki diganggu british...dalam keadaan itu banyak wilayah yg terlepas kerana kesilapan2 yg diwarisi oleh khalifah2 yg sebelumnya...

bila golongan nasionalis ambik alih pemerintahan turki, mereka jadi agresif & bersekutu dengan jerman dalam perang dunia pertama...itu kesilapan terbesar yg sultan abdul hamid II sesekali takkan buat, dia dah nampak benda tu akan terjadi...tapi punyalah nasionalis ni takut dengan sultan, lepas kena pecat, sultan dibuang daerah, dibiarkan duduk dalam banglo buruk, maklumat semua disekat, suratkhabar pun dipotong2, doktor tak dibenarkan merawat bekas sultan sampailah baginda mangkat tahun 1919...seawal 1915 pun sesetengah pemuda nasionalis baru tersedar kesilapan mereka memecat sultan abdul hamid II, tapi semuanya sudah terlambat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 11:53 AM | Show all posts
Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila seorang pemimpin yang berkebolehan macam Almarhum Sultan Abdul Hamid II mangkat dalam keadaan yang sungguh dhaif macam tu.

Al-Fatihah buat Almarhum dan semua pemerintah Dinasti Uthmaniyyah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.410976 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list