View: 8260|Reply: 22
|
Pertabalan DYMM Ke - 5 (1971)
[Copy link]
|
|
Pertabalan DYMM Ke -5 (1971)
Pada 20hb Februari 1971, dengan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong ke-5. Istiadat pertabalan yang gilang gemilang itu telah dilangsungkan di Balai Rong Seri, Dewan Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, menteri-menteri, wakil-wakil asing dan diikuti oleh seluruh rakyat melalui siaran Televisyen Malaysia.
Terdahulu dari itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan penuh tawaduk, telah mengucup keris DiRaja yang berhulu dan bersarung gading di atas singgahsana kebesaran yang terletak di persada tujuh tingkat.
Keberangkatan tiba Seri-Seri Paduka ke Balai Rong Seri didahului oleh Dato Paduka Maharajalela dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam, Cogan Agama dan diikuti oleh pengiring-pengiring serta panglima yang membawa alat-alat kebesaran Diraja antaranya seperti Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu. Nobat dipalu bagi mengiringi keberangkatan DYMM itu.
Ketika baginda berangkat tiba di perkarangan Dewan Tunku Abdul Rahman, Baginda disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Raha. Baginda berangkat ke peterana menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 109 orang Askar Melayu DiRaja yang dipimpin oleh Major Abdul Latif Ahmad.
Baginda kemudian dialu-alukan oleh Menteri-Menteri kabinet dan isteri. Mengimbas kembali riwayat hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang pada ketika itu berusia 44 tahun telah diputerakan pada 28hb November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan di Maktab Mahmud. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Wadhan College Oxford, United Kingdom dalam jurusan Diploma Sosial dan Pentadbiran Awam selama 2 tahun setengah pada usia 22 tahun.
Apabila kembali ke tanah air, baginda bertugas sebagai Pegawai Daerah Alor Setar dalam tahun 1955. Pada 6hb Ogos 1949, baginda ditabalkan menjadi Raja Muda Kedah. Kemudian baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada 14hb Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb Februari 1959. Seterusnya baginda dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong ke-5 pada 21 hb September 1970.

Dato' Setiausaha Sulit DYMM sedang meletakkan Quran sebagai simbol kesucian agama Islam di atas meja di hadapan singgahsana

Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengucup keris DiRaja berulu dan bersarung gading di atas singgahsana kebesaran yang terletak di persada tujuh tingkat

Duli Yang Maha Mulia telah dipilih menjadi Yang Di Pertuan Agong yang kelima oleh Majlis Raja-Raja pada 23hb Julai 1970 dan mengangkat sumpah jawatan pada 21hb September 1970
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kira handsome la Agong ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Allah telah menentukan DYMM Tuanku kembali menaiki takhta Kerajaan Persekutuan Malaysia buat kali kedua pada bulan April 2012. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ditanya kpd Tunku Abdul Rahman Putra, adakah beliau meletak jawatan kerana tekanan akibat peristiwa 13 Mei,Tunku menjawab,bukan ,sebab utama beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah kerana tiada elok Ayahanda Saudara berkhidmat dengan Anak Saudaranya iaitu Sultan Abdul Halim yg akan dilantik sebagai Agong.Sebelum itu Sultan Abdul Halim ketika menjadi Timbalan Yang dipertuan Agong pernah mencadangkan kereta kuda sebagai kenderaan diraja ketika majlis majlis tertentu.Baginda berkenan dgn kereta kuda ketika menghadiri Majlis diraja di England.Namun Tunku Abdul Rahman menjawab,kat Malaysia tak guna kuda.Kalau nak kereta Kerbau ada.Kereta Kerbau sinonim dgn org Kedah satu ketika dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 1-1-2014 10:10 AM 
Bila ditanya kpd Tunku Abdul Rahman Putra, adakah beliau meletak jawatan kerana tekanan akibat peris ...
aku pown penah dgr..
tp aku ade bace mmg ade unsur nk turun kan tunku adb rahman..
kalo ikot seniority sultan, pas sultan terengganu, sultan kelantan..
tp sebb nk push tunku abd rahman turun, majlis raja2 lantik sultan abd halim..
tp aku tak taw la mane yg betol..
ce ko search, ade cite tue..
|
|
|
|
|
|
|
|
cowey posted on 3-1-2014 03:38 PM 
aku pown penah dgr..
tp aku ade bace mmg ade unsur nk turun kan tunku adb rahman..
dulu aku try gali cerita tu...
ada yg mengatakan TAR degil tak mau turun dari jawatan PM, so majlis raja2 pilih tuanku halim, pasal TAR cam tak selesa pulak bila anak saudara sendiri (tuanku halim) jadi ketua negara/DYMM Agong...
|
|
|
|
|
|
|
|
TAR pernah Sound Tun Mahathir,"beliau cakap kalau aku masih Perdana Menteri,ada dua orang Sultan yg takkan aku cadang untuk jadi DYMM AGONG.Seorang tak sempat jadi Agong sebab mangkat,manakala seorang lagi Berjaya menjadi Agong dimasa Pentadbiran Tun Mahathir.Tunku kata 2 org sultan tu tak berapa layak jadi Agong.Tapi berbanding dengan TAR yg ada pengaruh dlm Majlis Raja raja,Mahathir sebagai orang biasa boleh buat apa.TAR pernah memberi amaran pada raja raja melayu supaya raja raja melayu jangan hanya tinggal gelaran dan lama kelamaan hanya menjadi raja mcm raja kat daun terup. Last edited by sayapghaib on 9-1-2014 12:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 9-1-2014 11:59 AM 
TAR pernah Sound Tun Mahathir,"beliau cakap kalau aku masih Perdana Menteri,ada dua orang Sultan yg ...
Siapakah dua orang Sultan yang dimaksudkan oleh Almarhum TAR tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedua-duanya dah tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 12-1-2014 09:01 PM 
Kedua-duanya dah tak ada.
org tanya siapa, cmni lak ko jwb. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 12-1-2014 10:29 PM 
org tanya siapa, cmni lak ko jwb. haha
Maaflah saudara.Kurang elok saya menceritakan secara terperinci atas sebab sebab tertentu.Kalau saya nak cerita secara terperinci,saya dah letakkan nama Baginda berdua lebih awal kat atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 13-1-2014 08:49 AM 
Maaflah saudara.Kurang elok saya menceritakan secara terperinci atas sebab sebab tertentu.Kalau sa ...
baik x yah bgtau kalau mcm tu...
lagipun TAR pun dah x ada boleh lak ko bgtau die ada ckp mcm tu 
|
|
|
|
|
|
|
|
TAR memang dah tak ada sama seperti dua orang Sultan yg dah tak ada.Tapi kisah tersebut bukan memalukan Pihak TAR tetapi akan menyebabkan kurang senang bagi Pihak 2 org Sultan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 9-1-2014 11:59 AM
TAR pernah Sound Tun Mahathir,"beliau cakap kalau aku masih Perdana Menteri,ada dua orang Sultan yg ...
Johore ka ... Ismail n Iskandar ... Coz Perhimpunan SEMARAK dilakukan pasal mereka buat hal juga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Salah sorangnya mcm yg anda tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 21-1-2014 03:49 PM 
Salah sorangnya mcm yg anda tulis.
siapa? 
|
|
|
|
|
|
|
|

MASA MUDA hensem...

Daulat tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
sayapghaib posted on 9-1-2014 11:59 AM 
TAR pernah Sound Tun Mahathir,"beliau cakap kalau aku masih Perdana Menteri,ada dua orang Sultan yg ...
totally agreed...sultan sekarang hanya gah pada daun terup shaja...
xde kepentingan pada msia...
kerja perabis kan duit rakyat sahaja...
ada baiknye pemimpin PM like Tunku Abd Rahman ini..
boleh bangkang sesetengah kehendak RAja yang mengarut nie.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|