CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5501|Reply: 24

Tiga orang askar Amerika Kena Sniper Dalam Masa Tak Sampai Seminit.

[Copy link]
Post time 14-5-2014 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Salaam.

Sedikit info yg ada..titik merah saja di edit.

Dipercayai kerja si Juba; sila Google.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 01:15 AM | Show all posts
Astaga...i hate war
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:06 AM | Show all posts
ishhhh...sng je nk bunuh2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:07 AM | Show all posts
damn good..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:35 AM | Show all posts
Macam main PC games
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 12:08 PM | Show all posts
macam main game la plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2014 12:19 PM | Show all posts
cekap betul dia sniper. org ketiga walau jarak dekat tapi sempat dia head shot masa berjalan. keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 02:19 PM | Show all posts
Dari cara jatuh, sniper kat belakang da....dan tak semestinya sniper sendirian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 03:21 PM | Show all posts
alphawolf posted on 15-5-2014 02:19 PM
Dari cara jatuh, sniper kat belakang da....dan tak semestinya sniper sendirian

Betul tu, sniper 'menenang' mangsa dr belakang..Sebab tu askar tu tersembam ke depan. Masa first army kena tembak, second army tu berlindung di balik tiang..then ubah dia mara kehadapan sebab dia pun tak sure dr mana trajektori bullet tu (gamaknya la) sebelum tersembam kedepan. Kalau cara jatuhan mcm tu, tentu bullet hit pd center line (kepala, leher dan kebawah).

Actually, untuk makluman semua..bg askar atau anggota badan beruniform yg belajar ilmu sniper ni, untuk zon aimed (targeting) pada badan manusia ni..ada 2 section iaitu center line dan favor line.

Center line adalah satu garisan maya dibadan yg bermula dr dahi (kepala), leher, ulu hati dan kebawah..line tu dipanggil center line.

Favor line pula adalah satu garisan maya dibadan yg terletak diantara leher dan bahu..so ada dua favor line iaitu left favor line dan right favor line.

Center line adalah main target dan favor line adalah secondary target sekiranya center line tak jelas (dilindungi oleh hostage). Selain itu, jarak antara center line dan favor line adalah indikasi kepada titik pd scope tenangan sekiranya first shoot miss atau tersasar. Tapi ini semua depend pd berapa jarak antara shooter dgn target, kalau jauh sangat..faktor center line dan favor line tak memainkan peranan sgt.

Berbalik pd situasi askar tu, sekiranya bullet hit pada area favor line, jatuhan mangsa adalah secara berpusing due to impact peluru tu sendiri. Kalau kalibner peluru yg dipakai adalah bersaiz besar, contohnya senapang anti material..lagi kuat impaknya.  Boleh nampak yg second askar tu berlindung di sebalik tiang, then move ke hadapan..agaknya dia blur la tu..dr mana trajektori peluru itu, sebelum hit.

Askar ketiga dh berjaya seberang jalan..juga kena tembak. Rasanya, kalau kejadian ni dikawasan iraq, pakistan dan afganistan..mesti senapang dr model Druganov sniper rifle (peberet sniper rifle kt negara negara tu), kalau tak silap effective range dlm 880 yard. Senapang ni jenis semi auto gas operate, so cepat utk reload peluru dan shoot untuk secondary target dan seterusnya.

Yang menakutkan bab sniper ni, biasanya klu musuh kena tembak, bullet akan hit dulu sebelum bunyi tembakan didengari.

bahasa mudah, once you hear the sound..you already dead.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 03:31 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-5-2014 03:21 PM
Betul tu, sniper 'menenang' mangsa dr belakang..Sebab tu askar tu tersembam ke depan. Masa first a ...

baru tau...


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:02 PM | Show all posts
shuk_one posted on 15-5-2014 03:31 PM
baru tau...

Rasanya sniper yg tembak askar tu mesti operating alone, bukan on pair seperti yg diamalkan oleh askar terlatih iaitu shooter dan spotter. Shooter adalah yg menembak, dgn maklumat yg diberikan oleh spotter. Spotter akan mengira menentukan target, sudut dan jarak tembakan, memastikan kesan tembakan (sekiranya tersasar) dengan menggunakan binocular yg berkuasa tinggi (let say teropong berkuasa 20-90x60) atau teropong jenis single eye (monocular).

Spotter akan pakai binocular mcm 20x90, 12x60 dll..depend pd lokasi yg mereka deploy. Sebagai contoh, 20x90 tu bermaksud '20x' tu bermaksud satu objek yg dilihat didalam binocular tu dibesarkan kepada 20 kali ganda objek asal..kalau 12x, bermaksud objek asal tu dibesarkan kepada 12kali ganda. angka akhir, iaitu x90, atau x60 bermaksud saiz diameter lense terakhir binocular tu..meaning, kalau seorang sniper dan spotternya diarah utk menyelia dan hold satu kawasan yg besar dan jauh, binocular yg lebih besar kuasa magnifikasinya diperlukan sebab nak zoom lebih dekat..kalau kt area bandar dan zon terbina..binocular yg lebih kecil magnifikasinya boleh digunapakai sesuai dgn jarak yg lebih dekat.

Untuk kes geng penembak tepat di iraq, pakistan, afganistan, libya yg operate dikawasan urban (berbanggunan) biasanya bergerak seorang dan tidak bersifat stay still (duduk setempat ditempat yg lama), dan akan constantly bergerak mencari target i.e askar on patrol, askar yg berkubu dan sebagainya. Biasanya jarak tembakan didalam kawasan urban area tidak melebihi 500 meter kerana banyak binaan, so single shooter dgn teropong yg sedia ada dh memadai utk menenang, menembak.

Terdapat banyak fungsi sniper ni iaitu active hunting, pasive hunting, holding dan supervise.

Active hunting ni, penugasan sniper yg bersifat aktif, constant move dr one spot to one spot utk menembak musuh, biasanya tidak ada ketetapan musuh i.e pegawai atasan dll..

Pasive hunting plak bersifat seorang sniper memburu secara pasive, mencari sasaran tertentu seperti pegawai atasan pihak musuh..

Holding plak satu penugasan seorang sniper atau satu group sniper utk menutup satu kawasan, contohnya satu team ketumbukan sedang mara ke satu kawasan, dan group sniper ni akan setkan satu zone dipanggil holding area yg akan menjadi killing zone, so bila musuh masuk kawasan tu, ditembak. Biasanya, dgn taktik ini, hanya dgn seorang sniper sahaja boleh melambatkan kemaraan pihak lawan, seterusnya memberi ruang kepada pihak sahabat utk bersiap sedia menghadapi kemaraan musuh.

Supervise task plak, satu penugasan dimana sniper tu akan berada dilokasi strategik dan memantau friendly unit yg sedang buat combat patrol seperti mengeledah..sekiranya ada ancaman yg tidak disedari, pihak sniper/spotter akan communicate dgn pihak yg perform combat patrol utk bersedia, atau membantu eliminate pihak lawan yg menganggu gugat pihak yg perform combat patrol tu..

Lebih kurang mcm tu la..

So, klu dlm video tu, boleh jadi sniper tu sedang active hunting..membunuh sesiapa sahaja musuh yg dia nampak, mungkin juga sedang holding area dimana nak menghalang askar tu masuk ke certain bangunan (yg mungkin tempat simpanan amunisasi seperti peluru dll)..





Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:13 PM | Show all posts
Klu tengok dr video tu, saya assume sniper berada disebelah belakang askar tu, yakni di area kanan kita yg pandang video tu.. (atau belakang kiri askar tu) peluru tu tu mesti melalui zon yg ada pokok (kalau tak silap).

Perhatikan kedudukan askar pertama tu yg tersembam depan dan kekanan sedikit, begitu juga yg kedua dan ketiga. Yg ketiga tu perhatikan ada kesan habuk/debu berterbangan disebelah kiri kita (kanan askar) apabila  dia jatuh(kena hit)..menunjukkan bahawa bullet tu menembusi tubuh badan askar tu dan menghentam objek dihadapan.

kalau satu situasi askar yg perform combat patrol, dan diserang, amat penting utk kita secara spontan menganalisa trajektori tembakan supaya kita boleh tahu kt mana lokasi sesuai utk berlindung dan menyerang balas (sekiranya kita pun bawak sniper rifle)..

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:13 PM | Show all posts
wuyo0o0o0..dasat
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 06:11 PM | Show all posts
aku dh tgk video..ramai dh dia bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
STONER posted on 15-5-2014 05:08 PM
haji one ni cam orang lama je..

Ish tak la stoner..org awam je.

Ada la skit ilmu sebab banyak membaca. .hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 04:01 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-5-2014 04:13 PM
Klu tengok dr video tu, saya assume sniper berada disebelah belakang askar tu, yakni di area kanan k ...

Dasat haji punya penerangan..
Sniper pencen eih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
haji_one posted on 15-5-2014 03:21 PM
Betul tu, sniper 'menenang' mangsa dr belakang..Sebab tu askar tu tersembam ke depan. Masa first a ...

Thorrbaik ah. Tengkiu kongsi ilmu kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..betul la..saya ni org awam..senapang pn tk pernah pegang

Ok la..sebab ada yg minat bab sniper ni..mehhh kita detailkan lg situasi dlm video 3 askar kena tembak tu. Dr video tu, klu prediction saya ni betul, sniper tu aimed tepat kt center line, upper utk headshoot dua askar yg first n second kena shot tu. Sebab sniper tu mesti tahu bahawa askar tu dlm static move yakni bergerak skit atau hampir tk bergerak. Sementara yg askar ketiga tu tentu sniper tu aimed kt left favor line body askar tu utk membolehkan bullet hit kt centre line. Kenapa? Sebab askar ketiga tu sedang berlari, atau kita panggil constant move.

Ada 4 hukum dlm tenangan mangsa or aimed musuh ni yg seorang shooter mesti mahir utk aimed guna scope rifle dia iaitu;

1. Static shoot static target. Yg ni bermaksud kita berada kt tempat yg tk bergerak mcm dlm kubu atau bangunan dan musuh juga tk bergerak. Yg ni kita boleh aimed terus pd centre line sekiranya unsur pembolehubah mcm angin dlm keadaan static. Sniper sekarang dh ada alat utk check pergerakan angin..sniper dulu dulu mana ada semua alat tu..so kita depend pd penanda alam yg sedia ada, dgn pemantauan daun dn lalang setiap 100 ela, 200 ela, 300 ela sehingga la jarak maksimum peluru tu termasuk jugak jarak  musuh tu. Klu angin kekiri, tenangan mesti kekanan sedikit..samada dlm right favor line (zon antara favor line dgn centre line)..klu angin lg kuat ke kiri, kita kena aimed luar favor line. Garisan tangan kiri dn kanan dipanggil seksyen paling luar iaitu 'hold line'. So element luar ni mmg kena pantau sebaik mungkin.

Selain itu, sebelum menembak mangsa, sniper dn spotter mesti analisa jarak dn penanda kt area mereka melakukan spotting. Contohnya klu mereka spotting kt taman yg musuh akan lalu, rekod analisa mcm kereta wira 300ela, tiang lampu 450ela..pasu oren 600 ela, semua maklumat taktikal ni penting utk adjust scope nnti. Selain tu..lalang..daun kt jarak berkala kena tengok selalu..so that lokasi tenangan dlm scope akan tepat.

2. Static shoot on moving target. Ni mcm askar ketiga yg kena tembak tu, sniper tu akan aimed kekiri skit tenangannya dimana dia dh jangka point of hit yg mana trajektori peluru tu akan cross atau pintas mangsa. Secara mudah, utk tembak mangsa yg bergerak adalah utk menenang dihadapan pergerakan musuh tu so that peluru tu akan intercept pergerakan musuh.

3. Moving platform shoot on static target. Yg ni mcm kita dlm heli..bot laju atau kereta dan musuh plak tk bergerak. Klu mcm ni, aimed point dlm scope bukan dihadapan musuh, tp kita kena aimed sedikit kebelakang musuh..hukum tenangan ni berlawanan skit dr hukum kedua sbb dlm kita nk aimed dn shoot..ada satu faktor yg kita panggil 'lag' yakni masa hilang..so bila kita aimed belakang skit, during kita baru lepaskan tembakan..kita dh terkehadapan dn trajektori peluru adalah sama dgn centre line. Klu kita aimed center line..masa kita tembak (dlm keadaan kita dlm kenderaan bergerak)..sebab faktor 'lag' tu..kita terkehadapan kerana kita dlm kenderaan yg bergerak..as a result tembakan akan tersasar.

4. Moving platform shoot on moving target. Yg ni mcm dlm aksi kejar mengejar musuh dlm bot laju sementara kita atas helikopter. Yg ni panjang cerita..so nnti nnti la saya huraikan.

Drpd clip 3 askar tu kena tembak, dua askar pertama ditembak dgn prinsip pertama yakni direct aimed dn yg ketiga dgn prinsip kedua.

Peluru secara purata bergerak dgn 2kali ganda kelajuan bunyi..so klu dlm 500-700ela, faktor kekiri dn kekanan sewaktu tenangan dlm scope hanya sedikit sahaja. Tp sebab prinsip sniper adalah shoot to kill..so zone hentaman peluru tu sgt penting.

Klu kita tembak dgn barret .50caliber utk jarak 1.5 batu..tempoh 4 saat diperlukan utk bullet hit target dgn kiraan bangg(bunyi senapang)..bunyi senapang tu kiraan satu..terus kita kira dua..tiga..pangggg..kiraan empat tu peluru dh hit target. So itulah gambaran kelajuan peluru .50cal utk jarak 1.5 batu..

Lebih kurang mcm tu la..abg abg sniper boleh la tambah atau perbetulkan klu penerangan saya ni silap atau terkurang terlebih..

Cukup dululah..dh banyak sangat saya merapu ni..hihihi
Last edited by haji_one on 17-5-2014 11:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:42 PM | Show all posts
haji_one posted on 17-5-2014 11:26 PM
Hahaha..betul la..saya ni org awam..senapang pn tk pernah pegang

Ok la..sebab ada yg minat bab  ...

Detail gila
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
derra posted on 17-5-2014 11:42 PM
Detail gila

Banyak membaca dn tengok youtube je...hehehe..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.517197 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list