CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2518|Reply: 10

[Dunia] Schumacher Kini 'Lumpuh', 'Masalah Ingatan Dan Tidak Boleh Bercakap'

[Copy link]
Post time 21-11-2014 12:46 AM | Show all posts |Read mode

Michael Schumacher bersama isteri, Corinna. - Foto Reuters

PERANCIS: Seorang bekas pemandu Formula Satu (F1) mendakwa legenda sukan itu, Michael Schumacher kini 'lumpuh' dan terpaksa menggunakan kerusi roda, 'tidak berupaya bercakap dan mengalami masalah ingatan'.

Bekas pemandu F1, Philippe Streiff yang juga menggunakan kerusi roda sejak nahas di Brazil pada 1989 ketika ujian pra musim berkata, Schumacher tidak berupaya untuk bercakap dan mengalami masalah ingatan.

Streiff, yang juga kawan baik Schumacher berkata: "Dia semakin baik tetapi semuanya agak relatif. Ia amat sukar. Dia tidak boleh bercakap. Sama seperti saya, dia guna kerusi roda, lumpuh. Dia mengalami masalah ingatan dan tidak boleh bercakap."

Streiff, 59, melawat Schumacher ketika pemandu Jerman itu dirawat di Hospital Grenoble, Perancis selepas dia terbabit dalam nahas ski pada Disember sehingga mengalami kecederaan di bahagian otak.

Schumacher, 45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland pada Jun lalu dan kini dirawat di rumahnya di Lake Geneva.

Sehubungan itu, jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen Streiff adalah "pandangan peribadinya" dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.
"Streiff tidak pernah berhubung dengan kami," katanya.

Sementara itu, doktor yang merawat Schumacher pada Oktober lalu berkata, bekas juara F1 itu menunjukkan perkembangan positif tetapi memerlukan masa beberapa tahun untuk sembuh.

Doktor Perancis, Jean-Francois Payen juga memuji isteri Schumacher atas kasih sayang yang ditunjukkan sejak suaminya terbabit dalam nahas berkenaan.

Dr Payen merawat Schumacher di Hospital Grenoble selepas dia dibawa dari lokasi nahas. "Saya dapati ada sedikit perkembangan tapi kita perlu memberinya masa. Sama seperti pesakit lain, kita perlu beri masa setahun hingga tiga tahun, jadi anda perlu bersabar," katanya.

Dr Payen berkata, beliau masih merawat bekas pemandu berusia 45 tahun itu di hospital Lausanne dan di kediaman Schumacher.

- Agensi


Last edited by Mary_jane on 21-11-2014 12:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kembali sperti sedia kala..tapi agak cash besar besaran disitu oleh elohim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:19 PM | Show all posts
Kesiaaaan michael
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:28 PM | Show all posts
Dah suratan takdir dia kemalangan bukan di litar F1....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
X guna kaya raya kalau sakit...moga beliau sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya pengakhiran tragis utk sesorang yg sgt pakar dalam bidang mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 06:38 PM | Show all posts
noor2 posted on 23-11-2014 05:31 PM
X guna kaya raya kalau sakit...moga beliau sembuh...

duit buleh guna untuk berubat..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Life is so fragile...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dah suruh 'bersara' dah tu..
semoga semakin tenang menjalani kehidupan marhaen di samping isteri tersayang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 21-11-2014 12:56 AM
Semoga kembali sperti sedia kala..tapi agak cash besar besaran disitu oleh elohim.

ko ni semua benda dianggap "cash"..agak2 kalo ko ditimpa kecelakaan,mesti sbb elohim nak byr "cash" k atas ko kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:54 PM | Show all posts
Teringat tragedi yg menimpa Arton Sienna, pelumba Brazil. Diasak dari belakang oleh Schumacher sampai lost control, mati di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058826 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list