|
Pesakit Jiwa Menyanyikan Lagu
Seorang doktor terkejut ketika masuk ke laman belakang sebuah rumah sakit jiwa kerana ia mendengar ada seseorang sedang menyanyi. Selepas mencari puncanya, ternyata suara itu datang dari seorang pesakit rumah sakit jiwa tersebut. Anehnya, si pesakit menyanyikan lagunya sambil tidur terlentang.
Dengan kehairanan, sang doktor terus memerhatikan tingkah laku pesakit tersebut. Ia berfikir, "Nampaknya pesakit tersebut sudah sembuh."
Kemudian, pesakit tersebut meniarap dan menyanyikan lagu yang lain. kerana rasa ingin tahu, doktor menghampiri sang pesakit dan bertanya, "Hai Joko, mengapa kamu tadi menyanyi dengan tidur terlentang dan sekarang meniarap pulak?"
Dengan tenang si pesakit menjawab, "Iya Doktor, tadi side A, sekarang side B."
|
|