CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12857|Reply: 53

Edisi jom kawin: Host MHI Zaim Helmi kawin 25 Dec 2015

[Copy link]
Post time 9-12-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 9-12-2015 03:14 AM

nampaknya ramai host tv3 yg akan kawin..

Berdebar nanti saat bahagia


Debaran bakal pengantin baru, Za’im Helmi Zaini, 29, yang akan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Nur Damia Mohamed Nasir, 28, pada 25 Disember ini makin kencang.
Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berasakan semakin hampir dengan tarikh bersejarah kian bimbang hatinya dan bagaikan tidak cukup waktu untuk membuat persediaan.
Baru-baru ini ketika dia dan Damia ke Butik Qudyn Kuala Lumpur untuk mencuba baju bagi digayakan pada hari pernikahan dan persandingan, Za’im masih membawa komputer ribanya bersama.
“Keluarga saya tinggal di Brunei jadi semua persiapan pernikahan dan persandingan, saya dan Damia yang rancang dan buat sendiri. Rasa macam tak cukup ‘kaki dan tangan’. Dalam mencari persetujuan, pernah juga kami berselisih pendapat, namun cepat-cepat selesaikan. Sekarang saya biarkan Damia buat keputusan kerana dia lebih arif dalam soal persiapan hari bahagia kami.
“Pun begitu dia tetap minta pendapat saya. Setakat ini hampir 80 peratus persiapan sudah siap. Saya bersyukur meskipun tidaklah popular macam artis, banyak pihak sudi menaja termasuk Qudyn yang menaja baju dan ada juga yang sudi menyediakan cenderahati untuk tetamu,” katanya.
Majlis pernikahan yang akan dilangsungkan pada 25 Disember itu akan diadakan di Hotel De Palma Ampang, jam 10 pagi. Pada malamnya pula akan diadakan majlis resepsi manakala upacara menyambut menantu di sebelah keluarga Za’im akan berlangsung di Laman Kayangan Shah Alam, pada 27 Disember, jam 8 malam.
“Kami akan menggayakan persalinan rona putih pada hari pernikahan. Majlis persandingan sebelah Damia berkonsepkan Inggeris dan di pihak saya pula bertemakan tradisional.
“Ibu Damia berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Kelantan. Ada perkara saya serahkan kepda Damia kerana dia lebih memahami adat istiadat keluarga mereka. Insya-Allah sanak saudaranya akan datang meraikan majlis kami nanti.
“Saya pula memilih untuk mengadakan majlis kenduri dan persandingan di Shah Alam kerana kebanyakan saudara-mara saya tinggal di sana. Pemilihan lokasi itu untuk memudahkan keluarga berkumpul,” katanya.
Walaupun hari berbahagia itu semakin hampir, Za’im dan Damia belum dapat bercuti dek kesibukan masing-masing. Za’im yang bakal bergelar Penerbit MHI kini rancak mengikuti per-kembangan semasa dan setiap berita yang akan dikongsi bersama penonton program itu mestilah terkini.
“Apa saja tragedi yang barlaku, kami akan terus laporkan dan sebab itu komputer riba jadi rakan karib. Saya hanya akan mula bercuti dua minggu bermula hari pernikahan. Saya dan Damia terpaksa mencuri masa untuk buat persediaan perkahwinan,” katanya.
Pasangan itu akan terbang ke Bali untuk berbulan madu pada 31 Disember dan seterusnya Zaim menyambut hari jadinya di sana.
“Kali pertama menyambut hari jadi selepas bergelar suami, saya mahu tunggu apakah kejutan daripada Damia,” katanya sambil menjeling Damia.

Berniaga produk kecantikan

Merpati dua sejoli itu giat merancang masa depan dengan mengusahakan produk kecantikan yang baru saja dilancarkan beberapa bulan lalu dan mendapat sambutan menggalakkan.
“Produk ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita malah yang sudah berkahwin boleh berkongsi memakainya. Lelaki zaman sekarang mementingkan penampilan terutama yang bekerja dalam bidang yang selalu bertemu orang ramai.
“Bagi memastikan perniagaan ini berjaya, kami perlu fokus dan kemungkinan Damia akan meninggalkan kerjaya tetapnya di sebuah syarikat swasta.
“Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini bolehlah melayari Facebook Za’im Helmi Zaini, Twitter ZAIM@ZaimHelmiZaini atau emel ke [email protected],” katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 11:14 AM | Show all posts
Muka sama...semoga berkekalan selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:18 AM | Show all posts
amboii comeinyaaa tunang diaa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimudahkan urusan. Tahniah. Slamat pengantin baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:32 AM | Show all posts
tahniah!!!!!!!!!



mior-hazlin pun nak kawin dah kan?
semalam dorang baca berita sesama
teringat benang dorang kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 11:33 AM | Show all posts

eh yeke? tak tgk berita tv3 smlm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 11:38 AM | Show all posts
d_dalia replied at 9-12-2015 11:33 AM
eh yeke? tak tgk berita tv3 smlm...

aahh...
dorang baca berita sesama semalam
hari isnin ke ahad baru ni ntah
pun sesama gak


ingatkan bakal bini zaim ni hijabster ke apa
sebab masa nak raya haritu ariani ada dtg MHI promo tudung dorang
pastu nurul shuhada cakap kat zaim 'nanti zaim bolehlah beli kan untuk tunang'..
camtu la lbh kurang shuhada tu ckp
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:14 PM | Show all posts
tahniah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 02:47 PM | Show all posts
dua-dua babyface. comel sesangat sis, rasa nak cium-cium jaaahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kewen dh ker?ingat kan hadek hadek gayah jah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 02:50 PM | Show all posts
Themilo replied at 9-12-2015 06:47 AM
dua-dua babyface. comel sesangat sis, rasa nak cium-cium jaaahhhh

nak shium yg mana 1?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi. santek dedua..kcelaruan idntiti iols,smoga bhagia hingga ke jannah..igt,jgn duk zoom cincin kaka lg..excident lg kang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 03:33 PM | Show all posts
mh17 replied at 9-12-2015 07:31 AM
amboi. santek dedua..kcelaruan idntiti iols,smoga bhagia hingga ke jannah..igt,jgn duk zoom cincin k ...

hahaha..zaim ni aku lebih kenal dia sbb iklan xcident dgn kaka tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 03:33 PM | Show all posts
360 sangat picca2 tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 03:39 PM | Show all posts

harus la Zaim yang bakal mendapat first kisses meols sis
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 03:52 PM | Show all posts
mia ni dlu lama jugak couple dgn pilot.. ke si zaim ni pilot dlu? idok la ku kenal.. tp mia ni cantik la orgnye.. lembut je cara bercakap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2015 04:00 PM | Show all posts
Themilo replied at 9-12-2015 07:39 AM
harus la Zaim yang bakal mendapat first kisses meols sis

dah agak dah..pehal lak nak shiumm pempuan lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 04:00 PM | Show all posts
bottombikini replied at 9-12-2015 07:33 AM
360 sangat picca2 tersebut..

kan? ketara sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:01 PM | Show all posts
d_dalia replied at 9-12-2015 08:00 AM
dah agak dah..pehal lak nak shiumm pempuan lak...

boleh je sis.. ciuman sekadar sisterhood gitteeww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045851 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list