T shirt putih anda nampak kusam dan kepam? Cuci guna sabun pencuci biasa pun sampai bila-bila takkan membantu.
Nak tahu rahsia memutihkan baju putih anda? Gunakanlah cuka! Ia bukan sahaja membersihkan malah melembutkan kain.
Malah pakar juga sangat kagum dengan kehebatan cuka yang sangat menyeluruh ini. Anda juga boleh membersihkan bahagian dalam mesin basuh dengan sedikit cuka dimasukkan ke dalam cucian. Lakukan sebulan sekali, cukup.
Untuk memutihkan baju anda, tambahkan setengah cawan cuka dan serbuk pencuci ke dalam mesin basuh. Cuci seperti biasa. Baju atau stoking anda yang kedam dan melusuh akan nampak putih bersinar semula!