CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hafiz Jawab Dakwaan Ambil Dadah, Amal Ilmu Hitam

24-4-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27180| Komen: 191



Selepas mengecapi satu kejayaan ke satu kejayaan sejak tahun lalu hingga kini, penyanyi Hafiz Suip sememangnya cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Selain Hafiz kini dilihat semakin selesa dengan imej rambut barunya, jejaka berusia 23 tahun ini sekarang kelihatan semakin kurus. Lantaran timbul desas desus ada pihak yang mendakwa Hafiz terlibat dengan pengambilan dadah.

Berkesempatan bertemu dengan tuan empunya badan pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, 'A Golden Moment with Hafiz' di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur semalam, anak kelahiran Kuching Sarawak di minta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Hafiz memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada sebarang pengambilan dadah.


"Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau saya tahu yang dadah itu sendiri akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dahsyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu?

"Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih", tegasnya.

Tidak setakat dakwaan ambil dadah, timbul pula dakwaan kononnya segala kejayaan yang dikecapi hari ini bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Senang kata, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.

"Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri. ", kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.

Bagaimanapun kata Hafiz, dia tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah.

"Biasalah... manusia ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita", ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Hafiz turut meluahkan rasa puas hatinya kerana berjaya menghiburkan kira-kira 400 penonton pada persembahan 'A Golden Moment With Hafiz'. Ini merupakan persembahan minggu setiausaha yang pertama kali buat Hafiz.

.

Pada persembahan yang dihoskan oleh penghibur serba boleh Afdlin Shauki itu, Hafiz mendedangkannya lagu seperti 'Awan Nano', medley lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad iaitu 'Pelangi Petang', 'Perpisahan Terasing' dan 'Salam Terakhir'. serta lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend). Selain itu Hafiz turut menampilkan Adira dan mereka menyanyikan dua lagu duet, 'Ombak Rindu' dan 'Muara Hati' serta lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend).

Tambah mencuri tumpuan, Hafiz turut mempamer kebolehannya bermain piano sambil mendendangkan lagu lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend).

"Ini persembahan sempena minggu setiausaha saya yang pertama kali. Rasa bersyukur dan gembira kerana saya dapat menghibur peminat-peminat saya pada hari ini (semalam).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user2012 23-4-2014 10:40 AM
Standard pemikiran pprt, kalau laku je mulalah ilmu hitam/mistik/mastika segala :
Quote cantleyi 23-4-2014 10:41 AM
pulak dah..normal la tu

bila da berjaya sikit timbulla isu2 negatif yang bakal meruntun karier masing2,

asalkan u tak buat tak payah gelabah la hafiz
Quote mommymonster82 23-4-2014 10:44 AM
Dah xde story sangat ker?
Glamer ke? Lagu awan nano tu klu x jozan yg nyanyi masa buat lawak sampi sudah xtau lagu hafiz
Quote tara_tara 23-4-2014 10:49 AM
Bertabahlah hafis. Bila kat atas ramai je yang dengki.
Quote jaja4 23-4-2014 10:51 AM
Bile gemuk, org ckp pemalas nk excercise, bile kurus kate amik dadah plk.. hadoii!!
ntah ape2 je.
Quote -electrifying- 23-4-2014 10:52 AM
mommymonster82 posted on 23-4-2014 10:44 AM
Dah xde story sangat ker?
Glamer ke? Lagu awan nano tu klu x jozan yg nyanyi masa buat lawak sampi  ...

betui tu mommy.
Quote mommymonster82 23-4-2014 10:56 AM
-electrifying- posted on 23-4-2014 10:52 AM
betui tu mommy.

Serius me xkenal product dr dia..kenal sbb gosip je lebey tu pon sbb rambut kembg dia lain dr org lain skit..
Quote -electrifying- 23-4-2014 11:06 AM
mommymonster82 posted on 23-4-2014 10:56 AM
Serius me xkenal product dr dia..kenal sbb gosip je lebey tu pon sbb rambut kembg dia lain dr org  ...

yes,same like me mommy...saya start kenal sbb nk dgr lagu penuh yg jozan nyanyi tu, betul ke lagu dia cmtu...
dan bile tgk rncgn anugerah2 lagu dia pemenang utama, mcm shock. bg sy, booooooo...ramai lgi yg layak, espcially ade hyper act aritu, xigt anugerah apa...
Quote mommymonster82 23-4-2014 11:11 AM
-electrifying- posted on 23-4-2014 11:06 AM
yes,same like me mommy...saya start kenal sbb nk dgr lagu penuh yg jozan nyanyi tu, betul ke lagu  ...

Samerlah me pon.. Ms tu gi youtube lg cri..owh patutlah org gelak..me duk blur ms dia buat tu...juara lagu kot baru ni yg dia menang.. Hmm lgu dua xde apa yg brza pon..wow faktor xde.. X original..mcm lagu yg dah byk ada kt radio sejk dulu.. Xmcm salam music.. Hyper act..n saper lg ntah 2-3 lgu yg bila terdrngar mmg  lain n nk cr lagu siaps
Quote batman_2007 23-4-2014 11:15 AM
Kalu takde angin tak kn fokok bergoyang..
Quote mitnick 23-4-2014 11:24 AM
pantang suara sedap sikit teros kononnya ilmu hitamm
Quote slyfynx 23-4-2014 11:25 AM
3 kali de die sebut ALL OF ME
Quote kucen_miang 23-4-2014 11:28 AM
mommymonster82 posted on 23-4-2014 10:56 AM
Serius me xkenal product dr dia..kenal sbb gosip je lebey tu pon sbb rambut kembg dia lain dr org  ...

mesti umah momi takde astrok kan
Quote whadda 23-4-2014 11:47 AM
pulak dahhh... ade je orang tak puas hati atas kejayaan orang lain... agaknye orang yg bercakap tu jenis yg mengamalkan ilmu hitam jugak kot... tapi tak jalan...
Quote cmf_conan 23-4-2014 11:56 AM
jaja4 posted on 23-4-2014 10:51 AM
Bile gemuk, org ckp pemalas nk excercise, bile kurus kate amik dadah plk.. hadoii!!
ntah ape2 je.

apa pon tak boleh.. apa pon tak betul
Quote jaja4 23-4-2014 12:01 PM
cmf_conan posted on 23-4-2014 11:56 AM
apa pon tak boleh.. apa pon tak betul

2 la, fitrah manusia slalu ade hasad dengki..hodoh salah, cantik pon salah.. hihi


Quote Mojari 23-4-2014 12:02 PM
biasa la kalu dh berjaya tu ramai la x puas hati....bkn semua suka...tp iols suka je dgn hafiz ni..antara artis terbaik yg ade kat malaysia ni..suara power....
Quote toxicated 23-4-2014 12:04 PM
eh memang kurus gile dia skrg. iols jumpe kat kedai sup aritu..nampak cam kusam jah
Quote fredbok87 23-4-2014 12:07 PM
kurus sgt tk elok la hafiz...better berisi mcm dulu...

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059558 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top