CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Syamsul Akan Buat Filem Lagi

26-5-2014 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7239| Komen: 9



Syamsul kembali mengarah!

SETELAH sekian lama mendiamkan diri selepas filem KL Gangster 2 arahannya dicetak rompak, akhirnya pengarah berkaliber, Syamsul Yusof akan kembali mewarnai dunia perfileman tanah air.

Mengakui perubahan itu disebabkan perkahwinannya, Syamsul berkata isterinya, Puteri Sarah adalah orang yang banyak memberi dorongan kepadanya untuk memulihkan semangat dan meneruskan perjalanan kariernya sebagai pengarah filem.

“Isteri sayalah yang banyak bantu dan memberikan saya semangat supaya bertenang dan melupakan perkara lalu. Akhirnya, semangat saya pulih dan saya sudah bersedia mengarah filem dalam masa terdekat ini,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Berkongsi tentang perkembangan terbarunya, menurut Syamsul dia bakal mengarahkan sebuah lagi filem berunsur seram selepas Khurafat yang mencecah jualan box office.

Menurut Syamsul, filem yang berjudul Munafik ini bakal menjalani penggambaran sebelum Ramadan ini.

“Sekarang ni saya dalam proses akhir menyiapkan skrip. Saya juga masih dalam perancangan mencari pelakon sesuai untuk membintangi filem ini.

"Buat masa ini belum ada lagi yang tersenarai. Sebolehnya saya mahu cepat melakukan penggambaran, iaitu sebelum masuk bulan puasa,” jelasnya.

Sementara itu, Syamsul yang muncul dalam filem terbaharu adiknya, Syafiq menerusi Abang Long Fadil berkata, dalam filem berkenaan dia memegang watak sama seperti dalam filem KL Gangster 1 & 2.

Berharap agar penonton tidak membandingkan cara pengarahannya dua beradik, Syamsul mengakui masing-masing mempunyai sentuhan berbeza.

“Saya percaya ada yang akan membandingkan pengarahan kami adik beradik. Sebelum ini pun, orang membandingkan saya dengan ayah saya. Bagi saya, apa yang penting adalah cara pengarahan itu.

“Jujur saya katakan saya amat terkejut melihat hasil filem ini kerana ia jauh daripada apa yang saya bayangkan. Sebenarnya kami ada cara tersendiri dalam mengarahkan filem masing-masing,” katanya.


Syamsul akui bahagia

Ditebak mengenai kehidupannya kini, Syamsul berkata, sejak bergelar suami menjadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Tak tahu nak cerita macam mana nikmat bahagia yang ALLAH berikan.

“Kehidupan harian juga sedikit berbeza apabila sudah ada isteri yang menjaga makan dan pakai saya. Yang lain tu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua. Cukup saya mengakui memang melalui saat yang bahagia sekarang,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lunalisa 23-5-2014 04:03 PM
puteri sarah
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2014 04:06 PM
KL Gangster 3
Quote ex-bantal.B 23-5-2014 04:32 PM
dah habis bersedih lah dia ni. pasal kes haritu
Quote SyaAnis 23-5-2014 04:36 PM
bukan cam dah ade ke??

Quote goss79 23-5-2014 04:45 PM
i frust u kawen puteri sarah.. i xnak dah tgk movie u.. hahahahaah
Quote doubleA 23-5-2014 06:34 PM
dah ada kan benang pasal sol-sarah, sol tak jadi rajuk dah ni.

btw, gambar sol kt atas tu gambar passport ke?
Quote menjad 23-5-2014 08:02 PM
power betul puteri sarah!
Quote tomet05 25-5-2014 04:06 PM
power puteri sarah .. kiki
Quote Eljie 27-5-2014 03:13 PM
isteri dah bagi semangat katanyer..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046836 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top