CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ajak Shiro berskandal dalam Wechat?

18-7-2014 02:48 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 18262| Komen: 67


Ajak Shiro Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Untuk Perdaya Wanita
KUALA LUMPUR, 17 JUL 2014: Pelawak dari kumpulan Shiro, Ajak meminta supaya mana-mana pihak tidak terpedaya atau percaya dengan individu dari akaun WeChat yang menggunakan namanya iaitu Ajak Shiro kerana ianya palsu dan dia akui tidak mempunyai sebarang akaun dari aplikasi tersebut.

Ajak berkata dia kesal apabila baru sahaja menyedari ada individu yang cuba menyamar dirinya untuk memperdaya orang lain terutama wanita.
"Saya akui saya memang sudah lama tidak mempunyai akaun WeChat. Memang saya pernah ada tapi ketika mula-mula menyertai Raja Lawak dahulu sahaja.
"Saya kesal kerana ini bukan pertama kali saya dapat tahu orang menyamar saya di akaun tersebut.

"Saya harap sesiapa yang berkomunikasi dengannya dalam akaun tersebut lebih baik hentikan dan jangan percaya apa pun yang ditulisnya kerana ianya bukan saya,"katanya ketika ditemui ketika majlis Iftar dan Hari Ulangtahun ke-3 Indopek di Tasik Ampang Hilir semalam.
Ajak menerusi akaun Instagram miliknya turut mendedahkan salah laku individu tersebut yang seolah-olah sedang berinteraksi dan memperdaya wanita.
Berikut merupakan snapshot yang diambil dan didedahkan di Instagram:
Ajak yang kini merupakan hos I-boom berharap individu tersebut dapat menghentikan salah laku tersebut sebelum sebarang tindakan lain diambil.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 17-7-2014 10:18 PM
komen la



Quote senahsanasini 18-7-2014 12:02 AM
Ok sy komen...

Bajet hot lettewwww....
Quote ex-bantal.B 18-7-2014 12:17 AM
ngerinya muka dia dlm gambar tu.
Quote ex-bantal.B 18-7-2014 12:22 AM
mcm bajet hot jer cita dia ni. kalau aku nak menyamar baik aku ambil yg betol betol hot bkn mcm muka kau lah.
Quote ex-bantal.B 18-7-2014 12:28 AM
ntah ntah ko sendiri yg buat akaun tu pastu bajet nak publisiti kata ada org buat akaun fake mcm tu.. ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri lihat budak budak yg layan up buat akaun mcm tu nak kata ko hensem sangat sampai org curi gambar dia..
Quote ex-bantal.B 18-7-2014 12:33 AM
sialan lah org propa mcm ni.. mcm gila.. selalu jumpa org layan up mcm ni.. update status "aku ciut" "aku hensem sebab tu perempuan banyak minat aku"
selepas 5 minit mcm tu update kata fb kena hack.. pdahal diri sendiri yg tulis..
Quote ex-bantal.B 18-7-2014 12:35 AM
kau hengat kau KACAK., takda cermin di rumah kah.. nak aku tolong belikan kah..
Quote catwoman91 18-7-2014 02:22 AM
diorang ni pasangan indon ke?
Quote maxim 18-7-2014 05:36 AM
senahsanasini posted on 18-7-2014 12:02 AM
Ok sy komen...

Bajet hot lettewwww....

Thx sudi komen
Quote maxim 18-7-2014 05:37 AM
ex-bantal.B posted on 18-7-2014 12:28 AM
ntah ntah ko sendiri yg buat akaun tu pastu bajet nak publisiti kata ada org buat akaun fake mcm tu. ...

Thx bantal sudi komen
Quote drivethru 18-7-2014 05:45 AM
#ajak better then sharol
#ajak perasan glamour
#ajak x best mengacara galaksi
#ajak ajak ayam
Quote senahsanasini 18-7-2014 06:19 AM
@maxim  jgn la sedih..
Rkyt msia bersedih ats kemalangan yg menimpa mh17 berbanding ajak shiro nihhh..
Quote rosmahisham 18-7-2014 06:20 AM
Binik heols lawa la..walopn ajak erm..pandai dia tackle binik dia tu...
Quote maxim 18-7-2014 06:20 AM
senahsanasini posted on 18-7-2014 06:19 AM
@maxim  jgn la sedih..
Rkyt msia bersedih ats kemalangan yg menimpa mh17 berbanding ajak shiro nihh ...

coiii mmg la
Quote senahsanasini 18-7-2014 06:27 AM
@maxim sempat sahur tak hrini?
Quote maxim 18-7-2014 06:30 AM
senahsanasini posted on 18-7-2014 06:27 AM
@maxim sempat sahur tak hrini?

ofcozezzz
Quote senahsanasini 18-7-2014 06:36 AM
@maxim , iols baru perasan uols dh tukar idola.. Ke upgrade idola ni?
Kahkahkah
Quote maxim 18-7-2014 06:37 AM
senahsanasini posted on 18-7-2014 06:36 AM
@maxim , iols baru perasan uols dh tukar idola.. Ke upgrade idola ni?
Kahkahkah

ni idola lama i k
Quote maxim 18-7-2014 06:38 AM
coii senah ko ajak aku offtopik

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042664 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top