CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Awie Dapat Perintah Halang Media Lapor Kes Luar Mahkamah

16-1-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 60532| Komen: 445

Awie Dapat Perintah Halang Media Lapor Kes Luar Mahkamah


AMPANG: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin mengeluarkan perintah bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media membincangkan atau menyebarkan gambar mengenai kes ke atas penyanyi Awie yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam bela Awie iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran yang memberi alasan  perbincangan yang tidak berasaskan fakta mengenai kes itu mampu merosakkan reputasi anak guamnya.

Ayuni Izzaty bagaimanapun tidak menghalang pihak media daripada melaporkan kes berkenaan yang dibicarakan di dalam mahkamah agar tidak berlaku percanggahan fakta.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Mahkamah menangguhkan kes berkenaan pada 23 September depan.

Dalam pada itu, Hazman ketika ditemui diperkarangan mahkamah berkata, walaupun Awie seorang selebriti namun itu tidak bererti pihak luar boleh membuat telahan dan andaian terhadap kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," jelasnya.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Mahkamah menangguhkan kes berkenaan pada 23 September depan.


Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 11-8-2014 01:30 PM
no problem, saya tidak akan melaporkan apa-apa atau menulis sebarang berita tentang perkara ini didalam akhbar sebab saya bukan seorang wartawan.
Quote cikenet 11-8-2014 01:30 PM
semalam tgk ulangan Meletop raya...awie, erra and zz...
mcm sesuweiii jer bercouple...baju pn dh sedondon...merah u....
Quote hungryhenry 11-8-2014 01:32 PM
mygothsoul tu kira terhalang dari bercerita la gitu?
Quote alesandra 11-8-2014 01:36 PM
too late ..gamba telah pun tersebar
Quote soraya 11-8-2014 08:29 PM
cikenet posted on 11-8-2014 01:30 PM
semalam tgk ulangan Meletop raya...awie, erra and zz...
mcm sesuweiii jer bercouple...baju pn dh se ...

dari dulu lagi aku selalu rasa awie & erra mmg best couple...kehkehkeh...mudahan ada jodoh???...kehkehkeh
Quote kakikuDibibirmu 11-8-2014 08:30 PM
habislah korang   
Quote malaywood.NET 11-8-2014 08:59 PM
awie loser.
Quote kakikuDibibirmu 11-8-2014 09:41 PM
dia memang loser pun dalam gambar tu dia dah kurus, memang The Biggest Loser Asia Edition


kira okay lagi dari ikat tali perut macam chef zam tu
Quote JoyahJay 11-8-2014 10:09 PM
Bincang forum boleh ke tak?
Quote aviators 11-8-2014 10:22 PM
Smart move...
Quote tomet05 11-8-2014 10:59 PM
semoga ada jalan penyelesaian nya
Quote cha-cha 11-8-2014 11:09 PM
Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

Gambar2 dari mygothsoul pasal rozana camne pulak? Tak menganggu proses mahkamah dan menjatuhkan reputasi rozana ke?
Quote bambimo 11-8-2014 11:13 PM
Alamak the real story will be hidden lah erk...
Quote noraidil_06 11-8-2014 11:19 PM
So in my opinion forum pun x leh bincang. Berhati2 ye
Quote munchkin 20-11-2014 03:04 PM
eloklah dibuat gitu. ada setengah tu dok cerita hal rumahtangga sampai bertahun tahun habis semua diselongkar utk tontonan umum.
Quote rozza 20-11-2014 03:55 PM
gud job abam awie..
Quote mixed 6-1-2015 05:10 PM
@maxim update pliss


Saksi Sahkan Surat Nikah Penyanyi Awie Adalah Dokumen Palsu
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 2:12 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.

Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.






Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie,  Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Quote hemoh2 6-1-2015 05:40 PM
omo...omo.....

Lihat semua komen(445)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.171832 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top