CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Perbicaraan Kes Saman Penulis Novel 'Aku Bohsia' 19 Oktober

10-2-2015 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9624| Komen: 11

Perbicaraan Kes Saman Penulis Novel 'Aku Bohsia' 19 Oktober



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman seorang penulis novel terhadap pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka berhubung dakwaan plagiat akan berlangsung lima hari mulai 19 Oktober.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Elias Idris, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Md Yusof, 31, bapanya, Md Yusof Md Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam' yang diterbitkan pada 2009.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias, yang diwakili peguam M. Kumar, mendakwa beliau menulis novel itu pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta merupakan pemilik hak cipta terpelihara karya itu.

Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel 'Aku Bohsia' dengan filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam'.

Elias juga mendakwa pihaknya telah menulis surat kepada kesemua defendan untuk memaklumkan bahawa hak cipta terpelihara beliau telah dilanggar dan menuntut ganti rugi, namun ia tidak diendahkan.

Berikutan itu, beliau memfailkan saman dan menuntut satu deklarasi bahawa kesemua defendan telah melanggar hak cipta terpelihara plaintif sebagai penulis asal, memohon injunksi untuk melarang defendan menyiarkan semula filem itu dan satu perintah ganti rugi serta faedah.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan pihak defendan pada 5 Januari lepas, kesemua mereka menafikan persamaan yang didakwa oleh Elias serta menyatakan bahawa tidak pernah membaca, memiliki atau mendengar mengenai novel tersebut sebelum dan selepas selesai penggambaran filem.



Mereka turut mendakwa bahawa pertama kali memiliki novel itu pada 1 Disember tahun lalu dan daripada pembacaan dan pemahaman, terdapat perbezaan yang ketara daripada tema, plot dan lain-lain.

Dalam tuntutan balas defendan terhadap plaintif, ketiga-tiga defendan mendakwa bahawa plaintif telah menulis kata-kata fitnah di laman blog miliknya pada 16 November tahun lepas.

Defendan mendakwa perkataan fitnah itu ditulis untuk memalu dan menjatuhkan nama serta reputasi defendan dalam industri filem.

Berikutan itu, defendan menuntut satu injunksi menghalang plaintif atau pekerjanya memberi apa-apa kenyataan lisan atau bertulis kepada media yang merujuk kepada apa-apa peniruan atau persamaan antara novel dan filem terbabit.

Defendan turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, faedah dan kos.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 7-2-2015 01:14 PM
no komen.. macam saje mencapub je nih
Quote encikWawad 7-2-2015 03:37 PM
Novel yang takde pekdah..sama juga ngan movienya - sama2 ke gaung -
Quote NAT_11 7-2-2015 04:43 PM
Ayooooyoooo.......kes ni tak senanglah nak buktikan, betol-betol
ada berlaku ciplak walaupun ada persamaan dari segi plot.
Pendakwa kena buktikan, defenden pernah akses novel tu.
Buang Karen je ni.
Yang untung loyer.
Quote izat123 7-2-2015 04:46 PM
Konfem kalah makcik ni, konfem ingat senang ke nak dakwa even banyak persamaan pun
Quote rogayahtop 7-2-2015 04:58 PM
Kalau tak hormat kejer org dek non, sapa nak hormat keje kiter.
Quote sepitsiput 7-2-2015 06:10 PM
Edited by sepitsiput at 7-2-2015 06:11 PM

meols cuba neutral dlm kes ni. tp kronologi kes ni je meols dah dpt agak ada byk benda yg fishy.

utk mengatakan novelis tu cari publisiti or sengaja nk sabotaj syamsul yusof adalah tidak adil. konsepnya, filem Bohsia tu pun meols baru tgk last year..walhal dh lama kluar panggung... dan jangan expect semua org layan filem. so logik kalau penulis novel tu baru sedar yg plot dan jalan cerita filem tu sama sebijik dengan novel Aku Bohsia tu.

hakcipta dan harta intelek org kita xleh nak nafi... kalau dah sampai kes dibuka, maknanya ada kemungkinan skop production x bg kredit kpd penulis novel.

kita jgn lekehkan sgt penulis novel...diorg kaya raya buat novel... mokcik2 berangan mmg suka baca...n its timeless... lagi 100 thn pun boleh diulang cetak...

berbalik kpd kes ni... atas sbb tu lah wujudnya istilah ADAPTASI... so kalau benar syamsul yusof adaptasi novel ni, sepatutnya hubungilah publisher dan declare. nk org hormat kerja kita, kita kene hormat kerja org...harta intelek org. kalau x declare...maknanya dah konfem2 chuols plagiat. mcm buat assignment jugak... perlulah letak rujukan... so jgn buat filem ikut suka saja.

sekiranya syamsul mmg x tahu menahu ttg novel aku bohsia tu, maknanya dia kene buktikan dia sendiri dpt ilham tulis skrip tu..biarpun jln cerita sejibik sejiban. malangnya, bebaru ni dia cuba nk settle luar court. apakah? kalau betul x slh, fight la.

lesson to all filmakers out there...hormatlah harta intelek org. dulu2 erma fatima manjang plagiat novel org pastu claim sendiri buat. byk kli juga masuk court sampai ada drama dia x leh tayang.
Quote matahari7001 7-2-2015 06:14 PM
movie ke novel ke, bagi iols tak memberi makne dan manfaat pun.. so watever
Quote slipar_jepon 8-2-2015 12:44 PM
tula pengarah2 skg ni. dah kering idea nk buat movie/drama. pastu jln cite sama je..bosan
Quote komkom_2 8-2-2015 07:58 PM
aku pnh kjr ngan elias idris ni...die ok bini die yg azab...
Quote cikgojesss 8-2-2015 10:47 PM
setel luar court je lah.. silap2 acik elias ni yang jatuh semekin nanti
Quote doubleA 8-2-2015 11:16 PM
sepitsiput replied at 7-2-2015 06:10 PM
meols cuba neutral dlm kes ni. tp kronologi kes ni je meols dah dpt agak ada byk benda yg fishy.

...

I like komen kakasepit. Pernah dengar jugak dorang nak setel luar mahkamah tapi pihak penulis novel taknak.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.108850 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top