CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tegar Mengaku Dicabul Pengurus! Statement Balas Arif Dollah

17-3-2015 06:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21631| Komen: 80

Cubaan burukkan nama saya


Kuala Lumpur: Bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah, 30, menafikan dia melakukan penderaan seksual terhadap penyanyi cilik dari Indonesia itu seperti dilaporkan media di negara itu semalam.

Arif yang juga warga Singapura ketika dihubungi mendakwa pihak keluarga Tegar turut mereka cerita bagi memburukkan namanya.

Media Indonesia semalam melaporkan Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan di Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu badan melindungi hak kanak-kanak di Indonesia berhubung perkara itu.

Dalam sidang media selepas itu, Ketua Komnas PA Arist Merdeka Sirait mendakwa berlaku serangan seksual oleh pengurusnya terhadap Tegar.

Dalam sidang media yang sama, Tegar dipetik sebagai berkata, Arif memaksa dia tidur dengan hanya memakai seluar dalam dan Arif juga akan melakukan perkara yang sama.


Tegar turut mendakwa pengurusnya itu akan menemaninya ketika dia mandi.

Difahamkan,semua kejadian itu berlaku ketika mereka berada di sini mulai awal November tahun lalu hingga Januari lalu untuk memenuhi undangan persembahan.

Mengulas dakwaan itu, Arif berkata, dia menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada ibu Tegar pada 23 Februari lalu menuduh dia meliwat Tegar.

"Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.

"Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di Singapura, malam tadi.

Arif berkata, dia terkejut apabila laporan media Indonesia semalam mengatakan berlaku penderaan seksual pula.

"Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?" katanya.

Menurut Arif, ketika mereka tiba di Kuala Lumpur pada November lalu bagi menjayakan persembahan di Istana Budaya, mereka tinggal di kondominium milik rakannya di Jalan Dutamas, di sini.

"Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.

"Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja.

"Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut," katanya.

Dalam pada itu, Arif turut menafikan dia mencuri gitar, kamera dan komputer riba milik Tegar ketika mereka tinggal di rumah itu.

"Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma 'disorok' di rumah itu.

"Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri. Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang," katanya.

Arif yang kali terakhir menguruskan Tegar pada Februari lalu mendakwa Tegar menjadi mangsa keadaan.

Dia percaya ada pihak tertentu yang memanipulasikan penyanyi itu hingga sanggup membelakangkannya.

"Saya akan melantik peguam berhubung perkara ini," katanya.




Setelah kecoh pertelingkahan faham dengan pengurusnya, Muhammad Arif Dollah yang dikenali sebagai AD, Tegar telah tampil memberi penjelasan tentang apa yang terjadi. Agak terkejut apabila Tegar mendakwa dirinya didera secara seksual oleh pengurusnya itu. Kenyataan tersebut diberikan oleh Tegar ketika membuat laporan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Antara kelakuan yang didakwa dilakukan oleh Dollah kepada Tegar ialah memaksa penyanyi itu tidur dengan hanya memakai seluar dalam, ingin menemani Tegar bersama dan beberapa lagi perkara.

Kata Tegar:-
Di hotel setiap Tegar mau tidur pakai kolor nggak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celana dalam. Kalau Tegar tidur suka deket-dekat, (maaf) nempel di dubur tegar. Setiap Tegar mau mandi dia juga nemenin

Dollah pengurus Tegar


Malah Tegar juga memaklumkan ada beberapa barangan seperti gitar laptop dan kamera turut sama hilang. Fuh!!! Dasyat juga dakwaan yang dilemparkan ini lebih-lebih lagi melibatkan budak di bawah umur. Sama-samalah kita nantikan penjelasan dari Dollah pulak. Sumber KapanLagi.

5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 12-3-2015 01:08 PM
Hmmmmm abis la dibongkarnya...
Quote sepitsiput 12-3-2015 01:09 PM
beberapa bulan sudah ada gossip psl kes pedo berlaku di istana budaya...ramai yg speku retis tu tegar, tp pemangsanya retis malaysia, malangnya... jeng3x!
Quote sepitsiput 12-3-2015 01:13 PM
reaksi meols hanyalah!



Quote miabebe 12-3-2015 01:14 PM
Ohhhhhh jijik haku tgk muka mu dollah
Quote sepitsiput 12-3-2015 01:14 PM
kapanlagi.com lak tu... haruslah si arif dollah ni dicerca cukup2 oleh warga indon.

arif dollah ni singaporean khenn?? jgn nanti geng2 hendonesia cerca malingsia bagai pulek.. faktanya biar tepat!
Quote sepitsiput 12-3-2015 01:15 PM
miabebe replied at 12-3-2015 01:14 PM
Ohhhhhh jijik haku tgk muka mu dollah

dollah tu bapak heshe...nama heshe arif
Quote prettyuglybabe 12-3-2015 01:16 PM
nak tengok babak seterusnya pulak
Quote miabebe 12-3-2015 01:18 PM
sepitsiput replied at 12-3-2015 01:15 PM
dollah tu bapak heshe...nama heshe arif

Ehek...malu sy...maap pak dollah hihihi
Quote sepitsiput 12-3-2015 01:22 PM
prettyuglybabe replied at 12-3-2015 01:16 PM
nak tengok babak seterusnya pulak

Kapanlagi.com - Kabar mengejutkan datang dari penyanyi cilik, Tegar Septian. Bocah yang dikenal lewat lagu hits-nya Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini mengalami pelecehan seksual dari managernya sendiri yang bernama Muhammad Arif Dollah, yang merupakan warga negara Singapura.

Pelecehan seksual ini terjadi sekitar awal November sampai pertengahan Januari di Malaysia. Saat itu Tegar memang sedang ada show di Malaysia. Namun, setelah show selesai, bukannya pulang ke Indonesia. Arif justru menahan Tegar untuk tetap tinggal di Malaysia.


Selama di Malaysia kejadian pelecehan seksual itu terjadi. Atas kejadian tersebut Tegar bersama sang ayah dan juga labelnya mengadukan kejadian tersebut ke Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).


"Terjadi kekerasan seksual oleh personal manager inisial AD (terhadapTegar). Selain itu ada barang-barang yang hilang, gitar kesayangan (seharga) 45 juta merupakan sumber inspirasi lagu-lagu Tegar. Laptop dan kamera yang ada di apartemen (Tegar)," ujar Arist Merdeka Sirait, Ketua Komnas PA saat press conference di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, Jakarta Timur pada (11/3).





Tegar mengaku alami pelecehan seksual. ©KapanLagi.com®/Rahma


Mendapat laporan dari Tegar, Komnas PA berniat melakukan tindakan hukum terkait aksi yang dilakukan manager tersebut. Tegar sendiri namanya mencuat sebagai penyanyi cilik yang mampu bertahan dari berbagai keterbatasan dan mengawali karir dari pengamen jalanan.


"Kejadian seksual tidak boleh dibiarkan. Besok kami akan laporkan ke Mabes Polri (atas kasus) kekerasan seksual dan pencurian," tambah Arist.


Dalam kesempatan tersebut Tegar sempat menceritakan beberapa kejadian yang dialaminya di Malaysia. Tindakan yang dilakukan pelaku bisa dikategorikan sebagai aksi pedofilia karena Tegar baru berusia 13 tahun.


"Di hotel setiap Tegar mau tidur pakai kolor nggak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celana dalam. Kalau Tegar tidur suka deket-dekat, (maaf) nempel di dubur tegar. Setiap Tegar mau mandi dia juga nemenin," cerita Tegar.


(kpl/rhm/sjw)


Quote jerukkedondong 12-3-2015 01:24 PM
Kok kamu pedo ya bung arif...ngakk nyangka gue..
Quote Tok_Batin 12-3-2015 01:28 PM
Eh, artis singapora yang mengeji si pengurus pervet ni hari tu pasal apa? Mangsa gangguan seks jugak kah???
Quote cikdot 12-3-2015 01:34 PM
ya ampun..lagi buat pc ni
Quote whadda 12-3-2015 01:35 PM
muka die macam dollah cantek... taik lalat pon lebih kurang...
Quote srihannah 12-3-2015 01:54 PM
euww jijik sungguh..tak semenggahhhhhhhhh
Quote maxim 12-3-2015 02:00 PM
whadda replied at 12-3-2015 01:35 PM
muka die macam dollah cantek... taik lalat pon lebih kurang...

Anak dollah cantik kot
Quote siti_kus 12-3-2015 02:20 PM
pemangsa singapore, mangsa indonesia, berlaku di malaysia.
Quote msshy 12-3-2015 02:23 PM
kejiss..dulu bukan a dh ada ker benang pasal si pedo ni..ramai  masa tuh dok speku heols la..tp kini..jeng..jeng ..jeng...sudah nyata lagi bersuluh..
Quote kucen_miang 12-3-2015 02:24 PM
siti_kus replied at 12-3-2015 02:20 PM
pemangsa singapore, mangsa indonesia, berlaku di malaysia.

jgn sampai kedutaan msia dilempar taik indon lagi.
Quote myakayina 12-3-2015 02:26 PM
reaksi gue..iya, pedo ada dimana2 kok..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.153878 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top