CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Black Buat Laporan Polis Kes Hina Anak

10-4-2015 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23060| Komen: 147

Black buat laporan polis kes hina anak


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black, akan membuat laporan polis dalam waktu terdekat terhadap seorang penuntut sebuah universiti tempatan yang menghina anak sulungnya, Khaleef Dayan, di laman Instagram miliknya.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 28, berkata tindakan itu terpaksa diambil supaya peminat tidak sewenang-wenangnya mengutuk di laman sosial artis.
Beliau berkata, perkara itu juga akan dibawa ke mahkamah selepas mendapat nasihat peguam.


"Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

"Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen," katanya ketika dihubungi BH Online, pagi ini.

Kata Black, perkara terbabit akan dibawa ke mahkamah kerana beliau dikritik masyarakat selepas membuat kenyataan berhubung perkara itu pada sebuah program hiburan, baru-baru ini.

"Saya dikritik masyarakat sehingga menyebabkan fikiran saya terganggu. Saya juga terlepas sebuah tawaran gara-gara komen yang kedengaran agak kasar itu. Jadi, saya ingin mencari individu berkenaan sampai dapat dan meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya.

Pada Mac lalu, Black yang ditemuramah program Melodi meluahkan kekecewaan apabila anaknya diberi gelaran tidak baik oleh seorang pengikut laman sosialnya sebaik saja beliau menunaikan janji menunjukkan wajah anak sulung selepas tamat tempoh berpantang isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 29.


6

Bagus

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote momomikomiki 9-4-2015 04:27 PM
chill bro....
Quote dalima 9-4-2015 04:29 PM
Sabor je la Hanifah. Pengajaran utk ummah cyber.
Quote harkktuih 9-4-2015 04:31 PM
lahai..smp nk bwk ke mahkamah..
Quote shernazz 9-4-2015 04:31 PM
Bagus
Suka suka je kutuk anak orang...
Pengajaran untuk org hina.tu..
Quote daiman 9-4-2015 04:31 PM
apa yg orang kutuk anak schawal..?
Quote sgbuloh 9-4-2015 04:35 PM
kalau orang puji2 melambung anak dia tu dia nak bawak ke mahkamah tak?
Quote estrelle 9-4-2015 04:37 PM
laa dah exposed anak dlm media sosial kena la tahan..spesen macam awal
Quote red_mist 9-4-2015 04:42 PM
Wow.. siap sampai bawa ke mahkamah
but to be fair to him.. teruknya org tu menghina rupa paras baby..
Quote biskut_milo 9-4-2015 04:58 PM
Sebagai celebrity, this is expected, awak tu famous, orang cantik macam siti pun kena kutuk mcm2... Relax je, duit makin tambah.. That's why artis2 veteran tak suka dedahkan anak2dan keluarga contoh rosyam nor...anak2 dah besar baru kenal sape anak bini... Simpan lah duit nak bagi kat loyer tu untuk future anak...

Parents mana tak sakit hati anak kena kutuk...so keep them out of the limelight

Ps. Yg suka kutuk tu, bertaubatlah...
Quote mummygreen 9-4-2015 05:01 PM
Elok je pon enak die...
Quote miyamiyo 9-4-2015 05:03 PM
Rasa ada baca somewhere orang kata anak black macam b e r u k. Haish nak sebut pun tak sanggup. Baby lagi kot.
Quote ungkusado 9-4-2015 05:04 PM
ungku rasa isteri black yang salah dalam kes ini, kenapa tidak lahirkan anak yg comel yg beoleh membuatkan insan yg mengutuk anak black tu untuk berkata bahawa anak black itu comel sangat2
Quote myakayina 9-4-2015 05:06 PM
gigih lagi nak komen kt ig retis.. tu la padahnya.. tp mmg melampau la samakan ank org tu dgn haiwan..
Quote miyamiyo 9-4-2015 05:06 PM
Ayah mana la yang tak berang bila anak yang kita sayang telah dihina oleh orang-orang yang bermulut puaka ni.., pastu anak disamakan dengan binatang..

Miss A pun tak sampai hati nak sebut perkataan yang telah dikeluarkan seorang individu kepada anak sulung Black Hanifah..

Januari lalu Black dan isteri telah menyambut kelahiran anak sulung mereka, nak dijadikan cerita ada pulak pihak yang akal pendek ni tetiba mengutuk anak Black iaitu Khaleef Dayyan..

Menerusi temubual bersama Melodi Ahad lalu, memang Black betul-betul bengang dengan individu yang mengutuk anaknya di laman sosial..

“Dia kata anak saya beruk, maksudnya dulu kau pernah jugak jadi beruk. Isteri aku cantik, anak aku sempurna. Itu anak aku, kau nak cakap apa, cakap. Tapi jangan aku jumpa kau depan-depan, aku rembat muka kau,” tegas Black penuh perasaan..

Yang pasti memang Black nak mencari individu yang menghina anaknya tu.. Miss A pun setuju sangat apa yang Black ni cakap.. Kalau jumpa depan-depan kau rembat je muka dia Black.. Dah macam bagus sangat nak menghina ciptaan Allah.. Macam-macam hal..


http://www.utaranews.com/2015/03 ... inya-disamakan.html
Quote atekome 9-4-2015 05:10 PM
Tindakan yg bdoh..ko tak tahan kna kutuk yg ko expose ank ko bt pe?? Kalo kna kutuk bt bodo je sudah or block je bis cte..
Quote syue86 9-4-2015 05:37 PM
harap diteruskan kes ni
supaya keyboard warrior bhati2 bila menulis
Quote weirdwaniey 9-4-2015 05:42 PM
Aku sokong je black ni. Suka hati je nk samakan anak org dgn binatang. Apa dia ingat, dia jz menaip je, xde sape brani amek tindakan kot
Quote housequeen 9-4-2015 05:42 PM
Elok jugak kalau disaman je sampai tinggal spenda....baru dia tau guna otak sikit next time kalau nak menulis...
Quote mamiadam 9-4-2015 05:44 PM
daiman replied at 9-4-2015 04:31 PM
apa yg orang kutuk anak schawal..?

org tu suh scyawal buat hidung anak die mancung since skrg ni hidung die kemek xslp aku..

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.083920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top