CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ummi Nazeera tolak tawaran berlakon dengan Aliff Aziz

7-5-2024 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6841| Komen: 52

Description: Pelakon Ummi Nazeera menolak tawaran bekerja dengan penyanyi Aliff Aziz biarpun pernah digandingkan dalam drama Dia Dari Syurga.


Pelakon Ummi Nazeera menolak tawaran bekerja dengan penyanyi Aliff Aziz biarpun pernah digandingkan dalam drama Dia Dari Syurga.

Kata Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, dia memilih berbuat demikian demi menjaga perasaan orang sekeliling.

“Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya.

“Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga.

“Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Majlis Rumah Terbuka FiziWoo semalam.

Ditanya sekiranya pelakon drama Nur Kasih itu pernah menghubungi Aliff, dia menafikan perkara tersebut tetapi sering berkomunikasi semasa dalam penggambaran.



“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.

“Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Ummi hanya mendoakan terbaik buat Aliff selepas terjebak dengan kontroversi hangat yang melibatkan ramai pihak.

“Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya.

“Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib.

“Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang,” jelasnya.

Sebelum ini, Ummi pernah berpasangan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga yang disiarkan di RTM pada Mac lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 7-5-2024 11:57 PM
Wartawan ni nak menjebak pulak..nak suruh ramai2 komen..
Quote kerani_je 8-5-2024 12:05 AM
Jgn tolak offer berlakon dgn alep je..Tolak je semua offer dgn hero lain pun..Bohsan la lakonan ko air mata aje..watak sedih,  watak minah kmpung,  watak isteri kena pukul, watak mak mertua benci,  dicurangi..Laki duktur ko pun mencapub aje dekat medsos..acah2 lawak tapi idok pun..
Quote divalaura 8-5-2024 12:24 AM
awak bukan taste dia no worries
Quote Hoshhi 8-5-2024 12:25 AM
Edited by Hoshhi at 8-5-2024 12:28 AM
kerani_je: Jgn tolak offer berlakon dgn a ...


Haah laki dia annoying btol...lama2 makin over...smua bnda nk mencapub, nk komen...
Quote jalfa 8-5-2024 12:28 AM
Taste dia semua kecik kecik comel putih seksi....jgn risau setakat ni x de lagi dia try bini orang...ke ader??haha
Quote Hoshhi 8-5-2024 12:29 AM
Alip x target bini org... pstu awk bkn taste dia
Quote lightheaded67 8-5-2024 07:43 AM
Edited by lightheaded67 at 8-5-2024 07:56 AM

euw. ai tak rasa she bukan taste aa. sbb she kaya. aa tu yg bukan taste she. minah2 skendel sbelum ni letops sgt meh? asalkan sggup bela tanggung dia je. laki dia walopon spisis capub, ai rasa takdelah dusty. tp ok lah jwpn she tu. tgk lah baru blakon sama2 skali, terus kena drag, reput nk tanya pndpat she. pdhal kena mngena dia pon tak. baik takyah blakon skali
so lama lagi lah nk habis kesah jantan itu
(oh ai paham, sbb skendel dgn sophie tu ek trus org cop aa taste tggi, takde maknenye, si sophie tu ha yg kena audit, jantan laki org shady dusty pun she layan.aku heran betul, masing2 pakai henpon mahal, melekat lagi kt tgn, takat nk gugel ke utiub ke perihal si aa tu, bsepah ade)
Quote imransulaiman 8-5-2024 07:45 AM
Dia tolak sebab dia takut dia sendiri terembes.
Malas pula aku bila dia cakap alip minta tolong berkaitan lakonan sebab dia menang Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu.

Anugerah dari mana tu???
Quote winky1 8-5-2024 07:51 AM
None68 replied at 7-5-2024 11:57 PM
Wartawan ni nak menjebak pulak..nak suruh ramai2 komen..

Tu lah ...jgn sampai si Izar melompat dgn Kriss. Kawan tu punya lah jaga si umi ni.
Quote BoongaKertas 8-5-2024 07:54 AM
haah xyahlah berlakon dgn heols. kang kena boikot plak drama tu.
Quote emera 8-5-2024 07:56 AM
Aku rasa kalu berlakon sama, kena ayat jugak kot sbb dia berduit.
Quote NazRysha 8-5-2024 08:01 AM
acah sangat la minah ni
Quote lightheaded67 8-5-2024 08:06 AM
Edited by lightheaded67 at 8-5-2024 08:09 AM
imransulaiman replied at 8-5-2024 07:45 AM
Dia tolak sebab dia takut dia sendiri terembes.
Malas pula aku bila dia cakap alip minta tolong berk ...


muahaha weh sama. tp ai rasa agaknye itu kualiti yg diperlukan utk tak sangkot jantan ala aa. ferasaan ai am better and deserve better gitu

200w (2).gif
Quote imanamsyar 8-5-2024 08:11 AM
“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had"

first of all, u are not his taste,bubs..

and second, eh, ada lagi ke produksi offer mamat tu berlakon time tengah panas2 ni..berani betul?

ke minah tu cerita tawaran sebelum2 ni..tapi tu masa mamat tu blom kena tangkap lagi kan..
Quote anilanil 8-5-2024 08:18 AM
Jawap no comment je la next time. Nak jaga hati ke, jaga jantung ke itu u bole sembang dgn laki kat rumah. Yg netizen tau, alif aziz is cancelled.
Quote boudinniA 8-5-2024 08:19 AM
Kenape pulak komen2 atas ni? Sesuatu yg patut dibanggakan ke kalau perempuan tu taste jantan ni.

iols pun tak berkenan sangat tengok ummi berlakon. Dia berbakat tapi lakonan dia dah nampak mcm sama je. Last yang best pun yang drama dia kat tv3 tahun bila entah.
Quote Manusiabesa 8-5-2024 08:32 AM
Kau memang lah x tolak.. tp kau dh tny belom aa mau ke x blkon dgn kau... ye ye je kau eh.... kompiden.. acah2 x nk reject org...last2 org reject dia at first place kikkki. Muka kau bukan laku dh nk jd heroin.... xlawa tang mana lgsg.... patutnya dok dendiam kt umh jaga anak.... amek job duta kasut je la ssuai.. tudung xssuai sbb muka xlawa... muka org kg baru. Xpun senawang. Ingt aa lyn drama yg heroin mak budak? Lambet lg
Quote slyfynx 8-5-2024 08:40 AM
“Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” ujarnya lagi.


Tibeh nk up diri sendiri
Quote caprisonne 8-5-2024 08:41 AM
A wise decision

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055315 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top