CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta' - Farid Kamil

30-10-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24984| Komen: 20

 


KUANG: Pelakon Farid Kamil, 43, menyifatkan kemelut rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle hanya sekadar perselisihan faham kecil.

Farid berkata, apa yang berlaku antara mereka adalah perkara biasa yang dilalui oleh pasangan suami isteri lain.

"Alhamdulillah, saya dapat perkhabaran (keputusan bercerai) dengan baik dan saya masih sayangkan isteri dan anak-anak. Jadi, bagi saya, ini adalah isu biasa dalam rumah tangga.

"Apa yang penting sekarang ini mahu fokus pada penggambaran filem Bisikan Dosa.

"Saya akui fokus saya terganggu, tapi apa yang saya boleh jelaskan, ada berlaku perselisihan faham sedikit dan perkara ini berlaku pada bulan mengambang.

"Tapi, saya ambil perkara ini sebagai perkara positif. Biasalah, tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta dalam perkahwinan," katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Bisikan Dosa, di Kuang, malam ini.


Farid berkata, dia menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian dan bersedia memberikan komitmen pada prosedur perceraian berkenaan.

"Kali ini saya lebih bersedia. Saya anggap ini takdir Tuhan dan qada serta qadar. Masalah perkahwinan saya sama dengan perkahwinan sesiapa di Malaysia ini, tapi bezanya mereka tak ditemubual begini," katanya.

Dalam pada itu, Farid mengakui, dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.

"Kami baru bercakap di telefon dan berhubung semalam. Cuma malam saya tidur di lokasi penggambaran sebab shooting sampai pagi," katanya.

Bertanya mengenai anak-anak, Farid berkata, anak-anaknya tidak mengetahui mengenai apa yang berlaku antaranya dan Diana.

"Untuk apa mereka tahu? Anak-anak saya tak baca benda gosip semua ini," katanya.

Nama Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua, Isnin lalu.

Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran filem ketika Diana meluahkan hasrat menerusi satu hantaran dalam media sosial.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 30-10-2024 11:50 PM
Kan acik parid dah pernah kabor bininya mmg mintak serai setiap tahun.
Quote sharlenetexas 31-10-2024 12:12 AM
Kalau tak berhenti mengacip mmg susahlah.


Quote Atata 31-10-2024 12:14 AM
Hahahahaaha lawak la dia ni. Benda berlaku waktu bulan mengambang katanya
Quote dua_chzy 31-10-2024 12:37 AM
Punya la rilek heols menjawab. Tak kalut lansung kau ya.
Quote cha-cha 31-10-2024 12:59 AM
Mcm saiko pulak
Quote doubleA 31-10-2024 01:18 AM
Tau la fk handle lebih 10tahun dia sebantal dd. Sherai ke uturn ke kita makan popcorn jelah koser nak ulas hal rumahtangga retis
Quote lilacomot 31-10-2024 01:21 AM
Dh msk sgt kot ngn pangai bini nye yg slalu ugut mintak cerai kot
Quote hokeypokey 31-10-2024 06:11 AM
mmg la bini mintak cerai tiap tahun dh ko pun mcm2 hal, dgn kes kacip, kes lempang polis, kes datok kena tarik, eh mcm2 la.. sape jer tak mental dapat laki macam kau!!! yg sihat pun bleh jadik sakit, dh ko punya perangai buat dia sakit.. baik la ko cerai diana oiii, laki ko punca ko sakit
Quote makcun14 31-10-2024 08:08 AM
dua dua sakit mental. Ni Dd badan dah naik fk dah izinkan makan nasi ke macam mana ?
dulu kemain kontrol pemakanan bini
Quote mizzelly15 31-10-2024 08:14 AM
cha-cha replied at 31-10-2024 12:59 AM
Mcm saiko pulak

Kannn
Quote L.U.S.M 31-10-2024 08:21 AM
Yakin ke sorg je yang mengacip?

Yg berat badan dipump2 tu xde kaitan lgsg?

Wah wah wahh..hebatnya kamuuuu bertahan
Quote Acik2kepam 31-10-2024 09:15 AM
cha-cha replied at 31-10-2024 12:59 AM
Mcm saiko pulak

Kat page media hiburan tu rata2 netizen baik lelaki dan perempuan pun komen ckp camni. Akak tak tgk video dia berckp tu tp memasing kata gaya dia bercakap mcm menakutkan.

Quote Acik2kepam 31-10-2024 09:16 AM
hokeypokey replied at 31-10-2024 06:11 AM
mmg la bini mintak cerai tiap tahun dh ko pun mcm2 hal, dgn kes kacip, kes lempang polis, kes datok  ...

Akak sampai skrg tak paham knp dia dulu tiba2 lempang polis tu
Masa tu tgh tak betul ke apa?
Quote hokeypokey 31-10-2024 02:40 PM
Acik2kepam replied at 31-10-2024 09:16 AM
Akak sampai skrg tak paham knp dia dulu tiba2 lempang polis tu
Masa tu tgh tak betul ke apa?

mesti la tgh ting tong, mana ada orang sober tetiba nk lempang polis kan..
Quote gideoncross 3-11-2024 01:23 PM
dua_chzy replied at 31-10-2024 12:37 AM
Punya la rilek heols menjawab. Tak kalut lansung kau ya.

Org klau brdadah mmg cmtu, sntiasa high. Nnti bila x dpt dadah, mngamuk
Quote gideoncross 3-11-2024 01:24 PM
hokeypokey replied at 31-10-2024 06:11 AM
mmg la bini mintak cerai tiap tahun dh ko pun mcm2 hal, dgn kes kacip, kes lempang polis, kes datok  ...

Jauhkn diri dri org yg mkn dadah, dunia & akhirat
Quote gideoncross 3-11-2024 01:25 PM
hokeypokey replied at 31-10-2024 02:40 PM
mesti la tgh ting tong, mana ada orang sober tetiba nk lempang polis kan..

Org tngh high brdadah mmg x sedar diri, nnti bila effect dadah dh hilang & jdi normal blik, start kluar blik prangai pmarah tu
Quote KBW2 3-11-2024 01:42 PM
Ikon Suami Thorbaik Acik Keladi
Quote serimaya 3-11-2024 01:53 PM
Masih tingtong ke FK sebab selalu jumpa dia bersukan sekarang dan badan pun mengomok je..Jumpa masa main badminton pun nampak dia gemuk and happy happy je dgn kengkawan dia

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041156 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top