CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Doa Satu Hari Nanti Akan Dapat Hidayah Untuk Betul-Betul Bertudung” - Alya Iman

30-10-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49196| Komen: 40

 


Pelakon Alya Iman berkata dia memohon doa untuk diberikan hidayah bertudung semula apabila dia sudah bersedia.

Memetik Ohmymedia, Alya turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan buat dirinya.

“Siapa yang sentiasa doakan saya tu, terima kasih banyak-banyak. Yang tak sokong apa yang saya buat sekarang pun, takpe terima kasih juga.

“Sudah tentu, satu hari nanti saya nak juga pakai hijab semula. Setiap hari, saya berdoa satu hari nanti saya akan dapat hidayah untuk betul-betul pakai tudung bila saya dah sedia,” katanya.

Sementara itu, Alya enggan mengulas lanjut mengenai pakaiannya ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tempoh hari.


“Saya tak nak komen apa-apa isu tu. Bagi saya, kalau nak kecam, nak komen apa-apa, baik atau buruk tu hak anda. Saya tak boleh nak kawal suara orang,” katanya.

Dalam pada itu, Alya berkata dia tidak membaca komen netizen dan lebih mementingkan kesihatan mentalnya.

“Saya hanya benarkan orang tertentu komen. Platform lain, memang saya tak baca sebab saya tak boleh puaskan semua orang. Bukan saya tak kisah, saya kisah tapi saya perlu jaga kesihatan mental saya,” katanya. 

SUMBER: Ohmymedia, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikHasanah 30-10-2024 11:28 PM
Doa dalam selimut lebih afdal.
Quote I.K.A888990 30-10-2024 11:39 PM
mmg laku gila dia ni walaupun.....
dapat berlakon under produksi & pelakon2 otai lagi pergh dasyat
Quote slyfynx 30-10-2024 11:50 PM
Eh, doa la sendiri
Quote azimodin 31-10-2024 12:04 AM
Pak mertua aku cakap, lagi baik doa untuk diri sendiri dulu bila bab2 nak mengikut perintah yang basic. Sama la bila sakit, doa banyak2 untuk diri sendiri.
I sebenarnya idok le rajin sangat nak bagi ceramah ni. Geng2 tudung melayang ni benda biasa la. Cuma iouls x faham kenapa bila terbang terus nak berpakaian inspired by cikki sepet kelab malam?
Quote sharlenetexas 31-10-2024 12:10 AM
Suka hati ko la dik.


Quote awenda507 31-10-2024 01:16 AM
Hidayah tu kena cari dik bkn harap ia dtg ke awk je.
Quote per706 31-10-2024 03:37 AM
Kalu empunya badan baca la thread ni.

Kak pernah dgr ceramah kat radio.dia ckp doa la utk dpt taufik dan hidayah.

Hidayah tu kesedaran kita atas sesuatu yg kita buat tu salah and kehendak utk jadi lebih baik n balik pda Allah

Taufik tu adalah kehendak and kemahuan utk amek tindakan yg sepatutnya lepas Allah da bagi ko hidayah..

Makanya begitulaaa.semoga ko dapt taufik da hidayah.kalu hidayah,konpom2 je ko ade kesedaran perkara yg ko buat salah disisi agama.cuma kekuatan n nekad utk memperbetulkan salah silap tu.

Hurmmmm

Nasihat utk diri sndrik jugak.


Semoga bermanfaat.
Quote hokeypokey 31-10-2024 06:07 AM
tak payah la pakai tudung, ko nampak mcm mak cik nanti..
Quote noor2 31-10-2024 06:14 AM
Edited by noor2 at 31-10-2024 06:16 AM

Mudah je ko nk bertudung , bila ko lengkap solat 5 waktu dab berzikir yg paling mudah sebut Ya Allah sepanjang masa.. sebab start solat ko lengkap, ko akan malu knp ko seksi, knp ko x pakai tudung sebab x seiring dengan action ko yg melakukan solat dan zikir....

Selagi solat ko x lengkap, selagi mulut ko x berzikir, selagi tu ko x takut dan malu pada Allah..malah ko sendiri akan malu knp ko jd artis..
Quote makcun14 31-10-2024 08:05 AM
dulu bertudung pun on off sekadar jaga hati pihak tertentu hakikatnya tetap sondol laki orang.
dunia hiburan sah la lagha dan melalaikan, baiklah sheols bogel kepala dari tunggang agama kann
Quote Hoola 31-10-2024 08:18 AM
doa la
apa2 dosa neraka tnggung la sndirik
apa ssh
tu je la psanan para netijem yg dh muakjijikntgk perilaku retis2 xsada diri
Quote missyL 31-10-2024 08:46 AM
Ikut mu la
Quote Aribaariba 31-10-2024 09:35 AM
Bg retis, hidayah dtg dgn pakej suami kaya, kan? Dah kawen dgn yg kaya, br ikut suruhan suami itu klu dia kata pakai tudung. Bukan ikut suruhan Allah pun. Selagi x dpt laki kaya, selagi tu togel je. Maklum le, rupa n penampilan kaboom punca rezeki (mengikut standard kehidupan retis)
Quote noor2 31-10-2024 09:41 AM
Arwah bapak dia dulu sedar dunia artis dunia x elok ..x boleh bawak ke arah Allah pun..tu sbb bapak dia terus tinggalkan dunia artis yg lagha...

Selagi ko cinta dunia..selagi tu ko bergelumang dgn dunia hiburan..dunia artis..

Start ko letak Allah no.1 dlm hidup ko...start dari situ ko akan ikut cara hidup yang disuruh islam..dan ko akan meninggalkan cara hidup yg ko rasa x betul dlm ko nk mendekatkan diri dgn Allah..

Bukannya ko mintak org doakan ko..sb diri ko sendiri hipokrit x nak pun hidup cara yg disuruh islam..
Quote ezacbee 31-10-2024 10:06 AM
Doa sendiri lebih afdal.

Quote Rogue98 31-10-2024 10:07 AM
At least dia sedar...cuma tak kuat sbb banyak dugaan.
Quote kucim 31-10-2024 06:30 PM
Tak pernah kenal siapa dia ni.Tau pun dari cari forum
Quote TeropongThaico 31-10-2024 09:01 PM
Nnt bila dah nampak uban mula keluar sana sini di kepala insha'Allah auto akan bertudung selalunya. Tp skrg warna rambut dah byk jenis agak2 mana satu pilihan kalbu
Quote prettyuglybabe 1-11-2024 10:13 AM
tak apa la dek...
nanti seru datang, kau akan bertutup dari atas sampai bawah..
dengan kain kafan..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.040656 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top