CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Diam Lebih Baik Daripada Ulas Rumah Tangga Orang” - Sweet Qismina

31-10-2024 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29098| Komen: 28

 


Pasangan selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee lebih selesa berdiam diri daripada mengulas mengenai isu rumah tangga selebriti lain yang menjadi bualan ramai.

Memetik HibGlam, Sweet berkata dia dan suami tidak mahu masuk campur urusan orang lain dan mahu fokus menjaga rumah tangga sendiri.

“Apa-apa sahaja yang berlaku dalam industri sama ada kawan baik atau tidak kami ambil pendirian enggan ulas, kongsi atau sokong mana-mana pihak. Kami lebih selesa untuk berdiam diri.

“Sebagai manusia biasa, kami juga ada aib nak kena jaga dan ada rezeki yang Allah tengah jagakan. Kalau boleh tak mahu rosakkan apa yang kami ada sekarang. Lebih baik fokus kepada rumah tangga sendiri, tak mahu kena tempias,” katanya.


Sementara itu, Adam Lee pula berkata dia juga sependapat dengan isterinya enggan masuk campur serta berpendapat setiap manusia diuji dengan dugaan berbeza.

“Saya rasa diam lebih baik. Macam kami sendiri, saya tak tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Semua itu ketentuan Allah. Kita kena banyak berdoa.

“Nak mengulas lebih-lebih pun, industri seni ini kecil sahaja. Kemudian hari akan jumpa orang yang sama. Jaga aib sendiri dan jadikan semua itu sebagai pengajaran,” katanya.

Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022. Pasangan itu baru saja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka beberapa hari lalu.

SUMBER: HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 31-10-2024 08:57 AM
Edited by anilanil at 31-10-2024 09:05 AM

Betol kata dik sweet. Retis takyah nak buat keje netizen. Kejadah nak team si polan A, si polan B. Btw retis2 yg berpuak-puak tu patut ikut langkah dak sweet ni. Even tak popular mana, dia sambung jugak study sampai degree.
IMG_20241031_090328.jpg
Quote sukacactus 31-10-2024 09:04 AM
Yg muda pulak yg pandai dlm hal ni
Yg retis2 tua, semua nak jd tukang komen, pompom girl pelbagai mcm makcik2 penyibuk takde keje
Quote cahaya_almas 31-10-2024 03:47 PM
Bgs jgk sweet ni..nmpk mcm bdk tp matang..
Quote pocongkiutss 31-10-2024 04:01 PM
Ikutkan boleh je dia bias kt patah amon sbb penah berlakon sekali kan if tak silap..baguih la neutral jah
Quote delia3003 31-10-2024 04:38 PM
Sebab dia muda lagi, kahwin pun baru setahun jagung, bagus la tak komen hal rumahtangga selebriti lain. Sweet ni nampak bagus je, banyak tolong family.
Quote pinkpunk 1-11-2024 07:39 AM
ni lagi matang dari pencapup aka pencacai
Quote marchikobonzo 1-11-2024 10:52 AM
Bagus, ramai yang muda elok ada otak boleh fikir..yang dah tua bangka tu pulak sibuk nak tag team bagai..rso boleh belajar sikit kot dari aqish & sweet ni
Quote supernaturalee 1-11-2024 11:03 AM
"i can climb him like a tree"





Quote MadameOnion 1-11-2024 12:09 PM
yg tua mcm nekta, lana hidung menyebok kuat
Quote Hoola 1-11-2024 12:16 PM
elok la yg muda2 br kwin xyh komen
sdgkn yg tua lama kwin pun karam

tp sapa yg dpt angrah suamimithali ke, kwn dh lama,amanabahahia..bole lah nk kasi petua
Quote ekselen 1-11-2024 05:45 PM
betul tu dik... jgn ikut perangai acik2 bawang + netizen terpaling tahu, terpaling suci..puihh sgt
Quote TeropongThaico 1-11-2024 06:02 PM
Bijak... Bijak...
Salute la artis mcm gini
Quote cicicumel 1-11-2024 06:13 PM
Kapel ni ada bisnes ape je selain berlakon?berlakon pon suam2 kuku lama x nmpk masuk TV.
Quote mamajawie 1-11-2024 08:15 PM
iollss sampai lupa dorang ni laki bini..yela muda belia si sweet tu cam budak skola menengah..huntung dpat laki tunjang
Quote TomyamPuteh 1-11-2024 08:24 PM
Kt rumah korang laki bini membawang jugakkan.
Quote doubleA 1-11-2024 11:43 PM
cicicumel replied at 1-11-2024 06:13 PM
Kapel ni ada bisnes ape je selain berlakon?berlakon pon suam2 kuku lama x nmpk masuk TV.

Couple ni beli rumah landed sorang sebijik, dekat2 1 taman selang beberapa rumah je. Qis duduk, rumah adam dibuat sewa utk shooting. Dekat2 sebab senang dorang manage sendiri. Nampak je sendu tapi deme pandai manage kewangan dan stay low

Iols tau sebab pernah terbaca. So ada la investment lain selain berlakon. Qis ni berlakon dari kecik
Quote pocongkiutss 1-11-2024 11:52 PM
doubleA replied at 1-11-2024 11:43 PM
Couple ni beli rumah landed sorang sebijik, dekat2 1 taman selang beberapa rumah je. Qis duduk, ru ...

Wow berwawasan juga yach..diorg beli kt puncak alam ke? Br teringt mcm pernah baca dulu

Bagusla dr duk beli kereta mewah pastu bangga simbol kejayaan..bimbo gile mcm miqin tu
Quote smudger01 2-11-2024 12:38 AM
Dorg berdua ni lg matang dr yg konon2 umur dah byk tp suka mencapub, pakej sekali dgn bahasa rempit, malu la sikit ngn yg lebih muda
Quote doubleA 2-11-2024 12:49 AM
pocongkiutss replied at 1-11-2024 11:52 PM
Wow berwawasan juga yach..diorg beli kt puncak alam ke? Br teringt mcm pernah baca dulu

Bagusla d ...

Tak tahu kt mana, tapi perumahan baru la, dan rumah baru bukan subsale. Iols taktau la iols bukan orang keyel, iols org kampung je

Qis ni memang bijak, iols ok je couple ni nak low key pun deme memang tak dapat nama dgn kontroversi. Tapi nak kata sendu tu qis ni selain berlakon, mengacara juga program2 rtm nu, sendu la dimata sesetengah porumer dah memang dia tak jenis gila glamer

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.044515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top