Kata orang kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitu pentingnya ibu bapa buat anak-anak dan begitu juga sebaliknya.
Namun, bila sudah dewasa anak-anak mula membawa haluan masing-masing dan sibuk dengan dunia mereka sendiri sehingga terlupa dengan jasa dan kebajikan kedua ibu bapanya. Itu belum termasuk bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Bukan sekali dua kisah bagaimana ibu bapa di kampung ditinggalkan begitu sahaja sehingga kelaparan dan serba kekurangan. Memang menyedihkan. Namun berbeza pula dengan cerita seorang netizen ini. Katanya dia berasa pelik pada suatu ketika membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.
"Semasa giliran mereka, saya melihat si suami mengatur barang di atas kaunter dan membayar barangan di setiap troli secara berasingan menggunakan kad kredit. "Apa yang menarik perhatian saya ialah, barangan di troli pertama adalah sama 100% dengan barangan di troli kedua. Barangan di troli ketiga pula lebih kepada barangan wanita dan kanak-kanak," ujar netizen bernama Izman Pauzi ini. Tak mahu tertanya-tanya, dia segera bertanya kepada lelaki tersebut. "Jawab lelaki itu, " Ya, kedua troli ini sama barangannya. 100 'percent' sama!." "Troli pertama untuk rumah saya. Troli kedua pula untuk rumah ibu bapa saya". Jawabnya sambil senyum. Wow, bagaikan tersentak! Siapa yang tidak terkejut dengan perlakuan lelaki tersebut. Bukan sahaja sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk barang keperluan ibu bapanya, namun sesekali tidak melupakan jasa ibu bapanya itu yang telah menyentuh hati ramai netizen. Penulis bersetuju dengan kata-kata Izman, "Saya bukan kagum dengannya yang menghabiskan wang sebanyak RM657.50 untuk sekali berbelanja, tetapi sangat kagum dengan ingatan dan kebaikannya terhadap keluarga yang telah membesarkannya." - CARI |
28
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
25
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imransulaiman replied at 2-2-2017 05:53 PM
So? "Abang Hasanah" ni dapat hidayah tak? Terus belikan barangan dapur untuk ibu bapa dia? Atau lepa ...
shanshero replied at 2-2-2017 06:55 PM
kalo taknak beli pun boleh bagi duit
blanje tiap bulan.
jazaa100 replied at 2-2-2017 07:01 PM
Secepat kilat kau teringat kat abg hasanah....
imransulaiman replied at 2-2-2017 05:53 PM
So? "Abang Hasanah" ni dapat hidayah tak? Terus belikan barangan dapur untuk ibu bapa dia? Atau lepa ...
ADVERTISEMENT