CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek, Menantu Dan Cucu Tak Mengaku Mencuri

14-3-2019 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5789| Komen: 36

Wanita warga emas bersama menantu wanita dan dua cucu lelakinya didakwa mencuri pada pada Jumaat lalu.

Sinar Harian melaporkan, kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencuri dan memiliki barang curi di Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini.




P Neela, 60, S Indra, 39, Raj, 20 dan remaja lelaki berusia 17 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin selepas pertuduhan dibacakan bersama.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai barang bernilai di pasar raya 99 Speedmart Taman Pusing Hijau, Pusing, Batu Gajah antara jam 5 dan 6.30 petang, Jumaat.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 10 tahun dan denda atau penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.


Manakala, mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa gagal membri penjelasan terhadap pelbagai jenis pakaian bertanda harga TF Value Mart yang tidak diketahui pemiliknya.


Foto: Sinar Harian

Barangan itu disyaki dicuri ketika pemeriksaan dilakukan di stesen minyak Petron Pusing, Jalan Pusing-Lahat pada 6.30 petang.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dipenjara setahun atau denda RM1,000 atau keduan-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim memohon supaya kesemua tertuduh yang diwakili peguam S Sundarajan tidak diberikan jaminan.

Mohd Fitri bagaimanapun membenarkan remaja berkenaan diberi jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin, manakala tiga tertuduh lain dibenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April bagi sebutan semula kes. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 10-3-2019 01:24 AM
Jiran ai anak beranak perompak
Quote pokaibanktokyo 10-3-2019 06:39 AM
Tunjuk muka
Quote vee_zara 10-3-2019 06:42 AM
Wow ni yang dipanggil anak beranak pencuri.
Quote cmf_premierleag 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permata
maybe JKM/wakil rakyat bleh tgk apa masalah family ni dan hulurkan bantuan ringankan beban mcm tagline bersamamu tu
tp mencuri tetap salah
Quote Nurul8001 10-3-2019 06:55 AM
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

Tapi, melampau sangat curi sampai berkotak kotak.

Kalau utk keperluan, sekotak dua dah memadai
Quote shernazz 10-3-2019 07:45 AM
Iols tgk dr dolu geng kangkang curi mesti ada susu anmum.
Quote nishikido 10-3-2019 07:47 AM
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

Mula2 i fikir macam sis jugak,mungkin mereka terdesak..tapi bila fikir dari sudut lain,kalau benar mereka terdesak kenapa curik banyak2 sekali gus..cukup dengan seketul dua apa yg betul2 perlu..plus budaya mencuri dorang ni macam run in the family gitew, which is bad.entah2 dorang jual balik barang2 ni..so i don't think they are that desperate.
Quote Skuau 10-3-2019 10:13 AM
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

shieldtox tu...xpyh la curi.....
Quote umbut 10-3-2019 10:20 AM
ninja boy replied at 10-3-2019 01:24 AM
Jiran ai anak beranak perompak

X takut ke. Nanti rumah awak pulak dirompak
Quote umbut 10-3-2019 10:21 AM
shernazz replied at 10-3-2019 07:45 AM
Iols tgk dr dolu geng kangkang curi mesti ada susu anmum.

Dlm kangkang ada apa. Byk pulak tu dikepit
Quote shernazz 10-3-2019 10:43 AM
umbut replied at 10-3-2019 10:21 AM
Dlm kangkang ada apa. Byk pulak tu dikepit

Tu yang iols.pelik tu..
Kuat btol kepit kangkang dia boleh dpt banyak tu...
Jilaka btoi..
Ni nak jual.balik atas nama reject le ni

Anmum reject from kilang..harga mura mura...
Frisolac reject kilang..harga borong
Quote Burong_Hantuk 10-3-2019 10:56 AM
memnalukan betol.terdesak sampai tak peduli dosa pahla
Quote Mary_jane 10-3-2019 11:11 AM
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kementerian tu, pak lebai, imam jenguk2 lah kawasan kejiranan kot ada perlukan bantuan. Sampai mencuri2 begini.
Quote AmandaRollins 10-3-2019 11:54 AM
Classmate i masa sekolah rendah n menengah dulu mak bapak pencuri...menurun kt dia bila da besar..sampai masuk paper kes curi bagai..tapi berlagak nk mampos ingat org2 kg xtaw kegiatan drg..selalu tukar2 hp yg latest(which is curi jgk)
Lps da kena tangkap,dpt keja elok sikit tapi projek kaw2 sampai dpt beli kereta..abis tudung adijuma dia projek pastu jual balik kt org..dah la perangai cm sundal,ada laki mencurang...mmg stok xleh pakai betina mcm ni...
To okt,Please la jgn mencuri,jgn malu nk pinjam dari org or cari keja halal...in sha allah rezeki tambah berkat
Quote teen_angelJB 10-3-2019 12:22 PM
Susu mhal ko curi..
Me yg mampu pun bg susu murah kat anak.sadisss
Quote cmf_premierleag 10-3-2019 01:53 PM
Mary_jane replied at 10-3-2019 11:11 AM
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kemente ...

iya..inilah maksud aku
pihak yg berkenaan kene la turun padang tgk apa masalah family ni
and bantu la apa2 yg patut
Quote robinmosby 10-3-2019 02:35 PM
Mary_jane replied at 10-3-2019 11:11 AM
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kemente ...

Omg macam mana kepit benda besar gituuuu
Quote batmana 10-3-2019 02:40 PM
ketua keluarganya mana?..
Quote fff_cat 10-3-2019 02:57 PM
Wowww... mencuri berkotak2 susu mahal. For sure nak jual balik.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.075376 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top