CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Sejak Jumaat, Pemandu Grab Ditemui Dah Tak Bernyawa

28-5-2019 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37026| Komen: 307|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kisah seorang pemandu Grab yang hilang dan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu tular di media sosial.

Kereta yang dipandu Mohd Hanafiee Jaafar, 27,  bagaimanapun ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan,  Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad dengan kesan darah di stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.


Foto: Twitter
Harian Metro melaporkan, penduduk di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, gempar dengan penemuan mayat sebelum melaporkannya kepada polis.


Susulan itu polis telah memanggil ahli keluarga untuk mengenal pasti sama ada mayat tersebut adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Foto: Twitter
“Mayat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada mayat itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.

“Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis."

Kemas kini terkini dari rakannya di Twitter menyatakan mayat tersebut merupakan mayat mangsa. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 28-5-2019 12:26 AM
ada gamba kereta mangsa sapa rajin tolong tepek sat
Quote TravellingBear 28-5-2019 12:27 AM
Asek2 berita kena bunuh ramadhan kan... ramadhan terakhir
Quote eifaswan87 28-5-2019 12:27 AM
Innalillahiwainnalilahirojiun...
Quote haznor 28-5-2019 12:27 AM
Kesiannya. Harap Grab Malaysia sediakan skim insurans utk driver.
Quote MeghanK 28-5-2019 12:29 AM
haznor replied at 28-5-2019 12:27 AM
Kesiannya. Harap Grab Malaysia sediakan skim insurans utk driver.

baca2 komen dekat pesbuk, kata nya pihak grab tak bagi apa pon kat driver dorang kalau jadi kes macam ni..sapa keje ngan grab boleh sahkan betul ke tak
Quote MeghanK 28-5-2019 12:29 AM
TravellingBear replied at 28-5-2019 12:27 AM
Asek2 berita kena bunuh ramadhan kan... ramadhan terakhir

semalam nampak adik mangsa share posting pasal abang nya keluar tak balik2
Quote Acikgomen 28-5-2019 12:35 AM
MeghanK replied at 28-5-2019 12:29 AM
baca2 komen dekat pesbuk, kata nya pihak grab tak bagi apa pon kat driver dorang kalau jadi kes ma ...

Sebab tu kena implement permit utk grab driver mcm taxi semua tu. Utk insuran  pemandu dan penumpang
Tapi dah ramai pulak menyalak ckp nak beban kan rakyat cari rezeki bagai
Padahal grab negara lain semua kena ada permit

Quote BreakingBad 28-5-2019 12:40 AM
Edited by BreakingBad at 28-5-2019 01:09 AM

Depan indah permai seberang jalan tu kan ada setinggan paling besar.  Kawasan Sepanggar memang banyak setinggan.
Quote munchkin 28-5-2019 12:40 AM
Thats why stop lah bawak warga asing banyake masuk dalam negara!!!!!!
Quote MeghanK 28-5-2019 12:41 AM
haih porem bongok..nak.tepek gamba tak boleh
Quote Thanatus 28-5-2019 01:01 AM
MeghanK replied at 28-5-2019 12:26 AM
ada gamba kereta mangsa sapa rajin tolong tepek sat

Aku tlg tepek
IMG_20190528_010111.jpg
IMG_20190528_010115.jpg
IMG_20190528_010119.jpg
Quote jepp 28-5-2019 01:01 AM
sah dah kan. dah meninggal. mayat jumpa kat Tuaran katanya.
Quote MeghanK 28-5-2019 01:09 AM
Thanatus replied at 28-5-2019 01:01 AM
Aku tlg tepek

terima kasih
Quote MeghanK 28-5-2019 01:10 AM
Acikgomen replied at 28-5-2019 12:35 AM
Sebab tu kena implement permit utk grab driver mcm taxi semua tu. Utk insuran  pemandu dan penumpa ...

mesia memang..kalau jenis nak buat lesen ke permit ke dorang berat sangat tapi kalau jadi kes2 macam ni dorang salahkan kerajaan dan kampeni balik
Quote slavehunter 28-5-2019 01:13 AM
Kesian la mereka nak kerja cari makan...tapi dari aspek keselamatan dah jadi target utk perompak pula. Berapa sen sangat la mugged driver.
Quote anakmak 28-5-2019 01:15 AM
MeghanK replied at 28-5-2019 01:10 AM
mesia memang..kalau jenis nak buat lesen ke permit ke dorang berat sangat tapi kalau jadi kes2 mac ...

pernah jugak dengar grab driver complaint ttg permit n lesen

sooo kesian nak cari rezeki halal sampai hilang nyawa
yg book grab profile lain
yg naik pulak org lain
berisiko utk 2-2 belah pihak
Quote ikanmasin 28-5-2019 01:23 AM
Innalillahiwainnalilahirojiun...
Quote getahspender 28-5-2019 02:07 AM
aduiiii.. kesiannya. niat dia nak cari rezeki. apelah yg berlaku sebenarnya kan. geram betul lah dengan org perangai mcm setan niyh..
Quote Bangsata_N1 28-5-2019 04:36 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. kesiannya.. harap2 pelakunya dpt diberkas dan dihukum..

Lihat semua komen(307)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.109406 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top