Syarikat Walt Disney akan melancarkan perkhidmatan televisyen streamingnya pada 12 November 2019 di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, New Zealand dan Belanda. Memetik laporan Daily Mail UK, ia akan menawarkan filem dan hiburan TV termasuk Star Wars dan francais Marvel serta kandungan ABC dan 21st Century Fox.
Lebih 600 tajuk filem dan hiburan TV termasuk kandungan yang berusia lebih 100 tahun akan tersedia dalam perkhidmatan streaming TV itu dan telah mula didedahkan menerusi bebenang di Tw!tter rasmi Disney Plus. Setiap tajuk tersebut turut boleh ditonton di saluran Youtube Disney.( Awas! Durasi video senarai tajuk adalah selama 3 jam 17 minit) Antara filem francais Marvel Cinematic Universe (MCU) yang tersenarai ialah Iron Man 2008. Ia juga termasuklah kompilasi filem Thor: The Dark World, 2011's Iron Man 3, Guardian of the Galaxy 2014, Ant-Man dan Avengers 2015: Age of Ultron dan filem blockbuster tahun ini, Captain Marvel. Dalam pada itu, gergasi hiburan itu turut mengumumkan tawaran untuk Disney Plus yang turut tersedia di Apple, Google, Microsoft, Roku dan peranti internet Sony. Pasaran streaming TV yang semakin kompetitif akan memaparkan platform HBO Max, Apple dan NBCUniversal serta Netflix dan Amazon Prime. Disney Plus akan dilancarkan pada harga langganan AS$6.99 (RM29.22) sebulan di AS. Tidak pasti adakah perkhidmatan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Jika ada, sudah tentu perkara ini akan menjadi berita gembira buat peminat-peminat mahakarya Walt Disney pelbagai lapisan usia.- CARI |
Artemesiaa replied at 17-10-2019 03:31 PM
Lebih banyak pilihan tentunya lebih baik untuk pengguna
damian_lee replied at 17-10-2019 02:08 PM
aku lebih rela tonton netflix or disney channel
dr tengok youtube yang semakin banyak content sam ...
yayasbs replied at 17-10-2019 04:52 PM
ye..skrg semua dh nk jadi youtuber..ngn retisnya..ngn bekas2 bloggernya..sbb situ lubuk duit..tp t ...
ADVERTISEMENT