CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Amalkan Manjakani, Jadi Awet Muda Dan Barulah Power!

29-5-2020 05:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 24791| Komen: 82|Original author: Oleh: Cari-Azza




Nak cantik dan awet muda sebenarnya tidaklah sesusah mana pun. Lebih-lebih lagi jika ikut petua orang dulu-dulu yang cuma menjaga amalan pemakanan dan pantang larang turun-temurun.

Cuma, kenalah amalkan secara konsisten, barulah nampak ia berkesan. Paling mudah, bila petua nak kekal sihat itu hanyalah menerusi amalan pemakanan seperti dikongsikan oleh Rokiah Bahari di portal Mingguan Wanita ini.


Kredit foto : Mingguan Wanita

Petua yang diperoleh daripada arwah nenek yang juga bidan kampung ini cuma mengamalkan makan biji manjakani sebagai ulam untuk kekal sihat dan segar walaupun badan dimamah usia.


Caranya mudah sahaja iaitu ambil sebiji buah manjakani, masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih. Apabila nasi sudah kering, ambil buah tersebut dan potong kecil semasa ia masih lembut. Makan bersama nasi panas. Disebabkan rasanya yang agak pahit, cara terbaik adalah masukkan potongan manjakani ke dalam nasi, lalu kepalkannya dan kunyah perlahan-lahan. Amalkan selalu, InsyaAllah, akan berasa kelainan pada tubuh badan nanti.


Kredit foto : Thanis Lim

Selain digunakan untuk kesihatan tubuh badan, khasiat manjakani sebenarnya lebih dari itu. Ia sangat bagus sebagai rawatan alami untuk mencuci alat sulit wanita. 

Caranya juga mudah, rebus 10 biji manjakani sehingga mendidih. Kemudian sejukkannya barulah dituang ke dalam botol atau bekas khas. Gunakan sebagai pencuci alat sulit yang bukan sahaja mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan, malah boleh mengatasi masalah keputihan. Cuma, sebaik-baiknya ia digunakan dalam tempoh dua hari sahaja bagi menjaga kesegarannya.


Kredit foto : FB

Nak tahu rahsia awet muda wanita zaman dahulu? Mereka minum air rebusan manjakani setiap hari. Cuma perlu rebuskan dua hingga tiga biji manjakani sehingga mendidih, lalu minum setengah cawan setiap hari. Ia mampu menguatkan badan dan juga alat sulit wanita.


Kredit foto : Tip blog

Nah! Banyak khasiat rupa-rupanya dengan manjakani ini kan? Rahsia sudah diketahui, cuma kenalah rajin kan? Jom cuba dulu, baru tahu kan? - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 29-5-2020 06:01 PM
Ohhh..menarik..tp y belum kahwin xpe ke?sbb dlu my mommy x bagi mkn sbb ai belum kawin..katanya utk org2 y dah berkahwin jah..{:run
Quote polluxsstar 29-5-2020 08:43 PM
Erk. Rendam biji manjakani tu dgn nasi, silap2 dgn nasi2 tu sekali rasa pahit. Gile kau nak kunyah. Telan terus je nasi kepal tu. Pahit nak mampos manjakani ni oii...
Baik beli kapsul je.
Quote polluxsstar 29-5-2020 08:44 PM
salmon-suki: Ohhh..menarik..tp y belum kahwin xpe ke?sbb dlu my mommy x bagi mkn sbb ai belum kawin..katanya utk org2 y dah berkahwin jah..{:run


Ha'a my mom dulu pun ckp mcm tu.
Quote eizzlin 29-5-2020 08:47 PM
Jgn.mkn byk..nnt blh cepat menopause
Quote LostStar 29-5-2020 08:52 PM
Skrg ni buh bawang putih time tanak nasi.. ni mai tambah manjakani plak.. sok nk carik la..
Quote Supersirap 29-5-2020 08:55 PM
Info yang sangat bermanfaat untuk diamalkan, terima kasih TT
Quote Tinot7 29-5-2020 09:30 PM
Penipu. Kredit foto Thanis Lim tu ialah gambar chicken rice balls. Mana ada bubuh manjakani dlm tu.

Disertakan resipi chicken rice balls drp Thanis Lim

Amy Beh!I salute you! I reckon it will be a big shame to let you all see the rice balls and not post a recipe - so I searched and found it! Cheers Amy Beh! Here's the recipe taken fromCyberkuali. It includes even the recipe for sauces!

Ingredients
1 chicken about 1kg
5 cloves of garlic, crushed
2cm fresh ginger, crushed
1 stalk spring onion
1 tsp salt

For the rice:
2 cups long grain rice, washed and drained
2 tbsp oil
1 clove garlic, crushed
1/2 tsp salt
2 pandan leaves, knotted
2 1/2 cups reserved chicken stock

Garlic chilli sauce:
5 red chillies, pounded
3 cilipadi (optional), pounded
15g fresh young ginger, pounded
3 cloves garlic, pounded
1/4 tsp salt
2 tbsp chicken stock
Juice of 2 limes (limau kasturi)

Ginger sauce:
40g fresh young ginger, pounded
3 cloves garlic, pounded
1/8 tsp salt
2 tbsp chicken stock
Juice of 2 limes (limau kasturi)

Garnishing:
Cucumber slices
1 stalk spring onion cut into 2cm lengths
1 stalk Chinese coriander cut into 2cm lengths

Method
To prepare the chicken:Rub chicken inside out with salt, then stuff with ginger, garlic and spring onion. Boil water in a deep saucepot and put in the chicken. (the water must cover the whole chicken.)

Lower the heat and simmer the chicken for 10 minutes. Turn off the heat and soak chicken for 30 minutes in the stock. Remove chicken and set aside to cool. Reserve the stock for the rice.

To prepare the rice:Heat oil and saute garlic until aromatic. Stir in rice and fry for about three to four minutes. Place rice in an electric rice cooker. Add stock, salt and pandan leaves. When rice is cooked and fluffy, scoop out with a ladle and roll into balls (while rice is still hot). Set aside.

To make the garlic chilli sauce:Mix the pounded ingredients with salt, chicken stock and lime juice. Serve in small saucers.

To make the ginger sauce:Mix the ingredients together and serve with the rice and chicken.

To serve the chicken:Rub a little sesame oil and light soy sauce over chicken. Cut into serving pieces and serve with cucumber slices and garnishing of spring onion and chinese coriander.

Quote rosevelvet 29-5-2020 09:39 PM
Xyah susah2. Sangai jer manjakani pastu blend smpsi jd debu. Campur dgn madu. Gentel mcm makjun. Pastu ambik sebiji setiap hari.
Quote CardiGans85 29-5-2020 10:14 PM
Aku muntah mkn biji manjakani ni. X tahan la kot
Quote barfi 29-5-2020 10:54 PM
Tahun 2015- 2016 iols amalkan manjakani ni. Samada rebus buat makan macam tu je dengan nasi atau buat air rebusan dan cucian di bawah.

Yes, memang akan menjadik seperti perawan you.. suami pun puji berganda2.. tapi....
Hormon jadi tak stabil la pulak. Taktau kenapa. Overdose ke apa. Jadi banyak bulan period tak datang. Pastu berat naik mendadak sampai 5,6 kilo dalam masa 2bulan.

Bila stop manjakani ni baru la period datang semula dan berat slowly turun.

Kesimpulannya mungkin bagus utk diamalkan tapi jangan terlampau kerap. Sebulan 2kali dah memadai kot
Quote Potato_kering 30-5-2020 12:11 AM
Pahit la manjakani ni. Tak tertelan. Masa pantang anak kedua. Last guna kat bontot je masa preggy anak yg last ni, sbb buasir masa preggy. Kalau yg pernah preggy tau la tekanan baby dlm perut tu boleh jd punca. Mmg berkesan. Utk sesapa yg ada buasir kekal tu boleh guna.
Quote Cik_dumbo 30-5-2020 01:15 AM
rosevelvet replied at 29-5-2020 09:39 PM
Xyah susah2. Sangai jer manjakani pastu blend smpsi jd debu. Campur dgn madu. Gentel mcm makjun. Pas ...

Sangai berapa lama? Hihih
Quote Kuasaberganda 30-5-2020 02:00 AM
nak awet muda minom la bergelen gelen air yang dijerang. pooodahh.
Quote rainbowrainz 30-5-2020 03:55 AM
Amalkan tahajud InsyaAllah berseri2 muka nti org ingat belasan tahun
Quote CiliPadiSedap 30-5-2020 04:41 AM


Biasa makan manjakani apollo je..
Quote rosevelvet 30-5-2020 06:40 AM
Cik_dumbo replied at 30-5-2020 01:15 AM
Sangai berapa lama? Hihih

Dlm 10 minit
Quote telracs 30-5-2020 06:53 AM
CiliPadiSedap replied at 29-5-2020 08:41 PM
Biasa makan manjakani apollo je..

Hahaha.....ini manjakani sedap namanya....
Quote telracs 30-5-2020 06:56 AM
salmon-suki replied at 29-5-2020 10:01 AM
Ohhh..menarik..tp y belum kahwin xpe ke?sbb dlu my mommy x bagi mkn sbb ai belum kawin..katanya utk  ...

Memanglah.....actually manjakani ni tujuan utamanya untuk mengetatkan cik V kepada ibu-ibu yang dah melahirkan anak....kepada yang masih perawan, menangis kesakitan yang amat pula nanti malam pertama....heeeeeeeeeeee....
Quote telracs 30-5-2020 07:00 AM
Tinot7 replied at 29-5-2020 01:30 PM
Penipu. Kredit foto Thanis Lim tu ialah gambar chicken rice balls. Mana ada bubuh manjakani dlm tu.
...

Agaknya tt just nak tunjuk macam tulah contoh nasi yang telah dikepalkan bersama manjakani, cuma silapnya tak dituliskan caption begitu di bawah gambar.... <<< think positif.....hehehe

Tapi, still laaa....niat tidak menghalalkan cara....eh, betul ke fhrase tu?

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069512 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top