CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hafiz Suip Belum Setaraf Siti Nurhaliza Setuju?

28-1-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28020| Komen: 191

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-28 Hafiz Suip menganggap dirinya terlalu jauh untuk menjadi pengganti kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Hafiz, 24, berkata, masih terlalu awal untuk meletakkan dirinya sebaris penyanyi tersohor itu.

"Masih terlalu jauh untuk saya sampai ke tahap yang diraih oleh Datuk Siti dan saya masih baru dalam industri ini, banyak lagi yang perlu saya pelajari.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan beliau merupakan idola saya dan saya sentiasa menjadikan kejayaan beliau sebagai pembakar semangat kepada saya untuk sampai ke tahap yang lebih baik," katanya kepada mStar Online.


Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Anugerah Juara Lagu ke 28, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam Ahad lalu.

Pada acara itu, lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara AJL 28.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Hafiz turut memenangi Persembahan Terbaik yang melayakkannya mendapat RM10,000.

Dalam pada itu, Hafiz sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga agar tidak mudah bersikap sombong dan riak dengan kejayaan yang dikecapnya.

Mengulas tentang lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz berkata lagu tersebut mempunyai kekuatan daripada segi melodi dan lirik yang dihasilkan.

Dia juga berkata, ketelitian komposer LY semasa proses rakaman lagu tersebut turut menyumbang kepada hasil yang terbaik.

"LY seorang yang sangat teliti dan dia akan suruh saya rakam sehingga dia rasa benar-benar terbaik. Dia seorang yang tahu apa yang dia inginkan dalam sesebuah lagu itu," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 28-1-2014 07:58 AM
kowser!!! malam tuh..sian pencipta lagu n penulis lirik..

kasik lah depa berucap..mcm hafiz menang sorng..

ello! AJL pasal pencipta lagu n penulis lirik..retis..tempelean jeh..
Quote punyukuku 28-1-2014 08:07 AM
skymania posted on 28-1-2014 07:58 AM
kowser!!! malam tuh..sian pencipta lagu n penulis lirik..

kasik lah depa berucap..mcm hafiz menan ...

bak kata Siti :- Excited sgt.. hahaha
sian pencipta lagu kan baru nak berucap ni firstime kan pencipta lagu tak dapat berucap aiyooo huhuhu
sadd....

Quote skymania 28-1-2014 08:08 AM
mmg over pon hafiz...
Quote fifie_olin 28-1-2014 08:09 AM
ct ni dh veteran mn nk sama
Quote alieyrina 28-1-2014 08:10 AM
Bakat dia besaq..attitude tu need to polish more lahh
Quote punyukuku 28-1-2014 08:10 AM
skymania posted on 28-1-2014 08:08 AM
mmg over pon hafiz...

hahah tu kalau tak jaga2 tu memang sgt TEROVER~
Quote punyukuku 28-1-2014 08:11 AM
fifie_olin posted on 28-1-2014 08:09 AM
ct ni dh veteran mn nk sama

Veteran tapi masih Segar seperti Bakat Muda
Quote punyukuku 28-1-2014 08:12 AM
alieyrina posted on 28-1-2014 08:10 AM
Bakat dia besaq..attitude tu need to polish more lahh

yurp setuju!!!
Quote AshkieLa 28-1-2014 08:14 AM
walaupun aku fans hafiz... patutnya lah malam tu dia beri laluan pada komposer berucap..nak kata gugup, dia dh byk kali menang gak dlm AJL... tp xper, small matter je. Aku rasa komposer si LY & Baiduri pun x kisah...diorg pun otai dah kot. Cuma org yg tengok je terlebih sensitip...ekekkekeke
Quote punyukuku 28-1-2014 08:17 AM
AshkieLa posted on 28-1-2014 08:14 AM
walaupun aku fans hafiz... patutnya lah malam tu dia beri laluan pada komposer berucap..nak kata gug ...

Pengajaran buat Hafiz
Quote blackred99 28-1-2014 08:18 AM
mestilah belum, beliau masih muda, tapi perjalanan ke sana tu dah ada.. suara dia mmg sedap walaupun dtg dari AF.. aku harap dia takde la gosip2 liar lagi, biar clean career dia.. go hafiz go!
Quote abbey 28-1-2014 08:20 AM
apa kata pas ni try pulak bwk lagu rancak.... asek ballad jer....
barulah variety gitu...
Quote punyukuku 28-1-2014 08:20 AM
blackred99 posted on 28-1-2014 08:18 AM
mestilah belum, beliau masih muda, tapi perjalanan ke sana tu dah ada.. suara dia mmg sedap walaupun ...

umur 24 kann masih jauh perjalanan tp bakat yg dia ada perlu digunakan sebaik mungkin
Quote punyukuku 28-1-2014 08:22 AM
abbey posted on 28-1-2014 08:20 AM
apa kata pas ni try pulak bwk lagu rancak.... asek ballad jer....
barulah variety gitu...

hohohoho betol gak tu semua lagu dia ballad je kan nk gak tgk Hafiz nyanyi lagu Tradisional , nasyid , dan lain2 yang menguji vokal dia
Quote lantanao8 28-1-2014 08:25 AM
Siti Hurhaliza is still the best!!!!
Quote dubuk 28-1-2014 08:26 AM
hafiz layak
Quote lina21 28-1-2014 08:27 AM

kelebihan hafiz leh bg emosi dekat lagu2 yg dia bawak
kelemahan hafiz tak leh nak control emosi kehappyannya
jadi, lain kali hafiz kena kawal emosi kegembiraan dia
Quote lina21 28-1-2014 08:29 AM
abbey posted on 28-1-2014 08:20 AM
apa kata pas ni try pulak bwk lagu rancak.... asek ballad jer....
barulah variety gitu...

betul tu...teringin nak tgk dia bwk lagu rnacak
duet ngan najwa latif pun ok..hafiz kan masih muda
Quote adelea 28-1-2014 08:34 AM
skymania posted on 28-1-2014 07:58 AM
kowser!!! malam tuh..sian pencipta lagu n penulis lirik..

kasik lah depa berucap..mcm hafiz menan ...

Am 100% agreed with you...

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top