CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fasa Baharu Diana Danielle

13-3-2014 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23457| Komen: 106




SEBUT sahaja nama Diana Danielle, 22, pasti semua akan terbayangkan wajah pan-asian yang dimiliki isteri pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari ini.

Walaupun ramai yang menyedari dari dahulu lagi pelakon filem Magika ini cukup berahsia mengenai cerita peribadinya, namun masyarakat tidak jemu untuk mengetahui perkembangan terbaharu ibu kepada Muhammad ini.

Jika sebelum ini, kelahiran Muhammad menjadi tumpuan, kini masih ramai lagi tertanya tanya, bilakah pelakon cantik ini akan mengadakan majlis akikah serta khatam al-Quran yang pernah dinyatakannya sebelum ini.

“Saya masih belajar menguasai hukum tajwid bersama seorang ustazah, saya tak mahu tergesa-gesa nak habiskan belajar.

“Untuk apa saya nak cepat-cepat habiskan semata-mata nak perkenalkan anak saya pada umum. Jadi biarlah saya tamatkan secara perlahan-lahan.

"Bila saya dah betul-betul bersedia, saya akan beritahu bila tarikh majlis itu nanti,” katanya.

Ditebak mengenai hubungannya dengan ibunya, Norsiah Ramli, yang dikatakan 'dingin' sejak dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Farid, aktres kelahiran Houstan, Amerika Syarikat, ini bagaimana enggan mengulas lagi mengenai perkara itu.

Semakin matang berbicara, Diana berkata, dia tidak mahu lagi diheret dengan kisah-kisah kontroversi, sebaliknya dia mahu lebih fokus dengan karier seninya. Malah wajahnya juga kelihatan berseri-seri ketika diajak berkongsi cerita mengenai anaknya yang kini berusia hampir lapan bulan itu.

“Saya memang sangat gembira kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu. Tumpuan utama saya sekarang pastinya lebih kepada 'Muhammad' dan saya akan berusaha memberikan yang terbaik kepadanya,” kata Diana.

Mengakui tidak mahu melepaskan saat indah menyaksikan cahaya mata sulungnya itu membesar di depan mata, Diana berkata, dia sanggup melepas tawaran lakonan yang datang. Malah akui Diana, inilah masanya untuk dia memberi lebih tumpuan terhadap rumah tangganya.  

Makin selektif

Selepas muncul dengan beberapa buah filem, termasuk Kami Histeria yang baharu saja menemui penonton pawagam awal tahun lalu, Diana tidak merasakan status 'isteri' yang dipegangnya itu akan menggugat karier seninya.

Mengakui masih menerima tawaran lakonan. Diana berkata, dia kini semakin selektif memilih peranan dalam kebanyakan filem yang ditawarkan.  

“Saya tidak mahu berlakon banyak filem untuk terus kekal dalam industri ini. Bagi saya biarlah apa yang saya lakukan itu adalah hasil yang terbaik.

“Memang saya meletakkan ‘standard’ untuk menilai lakonan sendiri setiap kali filem saya muncul di panggung. Itu merupakan kepuasan untuk saya. Ia mestilah bermula dari kekuatan skripnya, pelakon dan pasukan produksi itu sendiri,” kata Diana yang telah membintangi lebih 10 buah filem, termasuklah Magika, Bisikan Azazil, Evolusi KL Drif dan Bohsia.

Menurut Diana, dia perlu bersikap selektif dan 'demand' untuk memastikan kualiti lakonannya terjaga. Jika sepanjang tahun lalu, dia lebih banyak 'berehat', kini dia kembali dengan cabaran baru menerusi filem animasi 3D Supertot Squad, yang bakal ditayangkan di pawagam, pada Mei ini.

"Menerusi animasi ini saya menyumbangkan suara untuk watak adiwira, Elle, yang terpaksa merentasi masa demi menyelamatkan Bumi dan keluarganya.

“Ia satu kelainan dan pengalaman baru kerana ia merupakan filem animasi pertama dalam bentuk 3D.

"Alhamdulillah, saya tidak ada masalah untuk melaksanakannya. Lagipun, filem Supersquad ini turut dibintangi rakan artis yang popular seperti  Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi (Kapten Danny) dan Amran Ismail (Alan)," katanya. Turut berharap agar animasi ini menjadi fenomena kepada peminat cilik, Diana berkata, dia tertarik dengan jalan cerita Supertots Supersquad The Movie, yang mengetengahkan epik berunsur aksi komedi.

"Memang banyak babak peperangan di angkasa lepas dan juga babak cemas, lebih-lebih lagi apabila munculnya makhluk asing,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran filem animasi 3D, Supertot Squad.

Filem terbitan Netcarbon Sdn Bhd ini merupakan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia.

Empat skrip Inggeris

Selepas melengkapkan pengajian di National Institute of Dramatic Art (Nida), Diana memberitahu, dia sudah menyiapkan  empat skrip teater dalam Bahasa Inggeris.

Jelas Diana, dia juga terfikir untuk menghasilkan skrip dalam Bahasa Melayu, namun dia perlu menguasai bahasa Melayu dengan sebaik mungkin terlebih dahulu.

“Langkah awal, mungkin saya perlu lebih banyak membaca novel berbahasa Melayu. Namun saya tetap gembira kerana hasrat untuk menghasilkan naskhah sendiri sudah berjaya direalisasikan," katanya.

Tambah anak tiga tahun lagi

Umum menyedari sejak melahirkan cahaya mata pertama, Diana kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini. Menurut Diana, sehingga kini dia masih menyusukan Muhammad sepenuhnya, namun dia tidak menafikan rutin hariannya yang terlalu penat menguruskan anak kecilnya itu membuatkan berat badannya mudah susut.

“Sebenarnya, berat badan saya sama sahaja seperti dulu. Seperti wanita hamil lain, saya juga mengalami penurunan berat badan setelah melahirkan anak.

"Saya juga tidak mengamalkan diet, tetapi setiap kali makan, saya akan lebihkan sayur-sayuran,” katanya.

Ditanya bila lagi bakal menambah cahaya mata, Diana berkata, dia tidak mahu terburu-buru ke arah itu.

Jelas Diana, dan suami sepakat untuk menetapkan tempoh tiga tahun bagi menambah zuriat.

"Itu adalah masa terbaik kerana kami mahu memastikan Muhammad mendapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi daripada orang tuanya.

"Saya akan pastikan Muhammad juga mendapat pendidikan agama terbaik selepas ini," katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote digitizer 12-3-2014 02:47 PM
Ok next DD...xyah blakon pon xpe.xterjejas pon industri
Quote khailya 12-3-2014 02:49 PM
la baru 22ke umur die?
aku igtkan dah nak masuk 30.. huhu
Quote Orange_7491 12-3-2014 02:50 PM
sekepingnyer dia. Ini bukan slim ini sekeping. Nak slim mcam Marion tu slim tp nampak sihat
Quote shanti_priya 12-3-2014 02:50 PM
tak kene gaya rambut gitu
Quote ais_kosong 12-3-2014 02:51 PM
kedingnya la skrg
Quote shernazz 12-3-2014 02:52 PM
lebih kurus dari aku jumpa dia kat mid valley dolu..
isk isk isk....
Quote misskitty 12-3-2014 02:53 PM
laki dia nak dia kurus cengini keeeeeeeee?
Quote juecy 12-3-2014 02:54 PM
Ada satu malam aku tonton Meletop.... Aku tgk si DD ni cam trauma je. Pelik aku tgk dia. Actual bahagia dibuat2 or reality ?
Quote afja 12-3-2014 02:56 PM
kuar je anak terus bhenti bljr kt aussie ke. hahaha

hippo la sgt khen
Quote whadda 12-3-2014 03:20 PM
harap2 panggil la nama Muhammad tu smpai besar... jgn ditukar ke mamat...
Quote aiskrimpelangi 12-3-2014 03:28 PM
eh series ke dia ni 22, aku ingat 28 camtu
Quote alahai 12-3-2014 03:30 PM
sekepingnya badan dia...tak cantik dah kurus sgt...
Quote reenz013 12-3-2014 03:40 PM
cekedingnyer dia ni
Quote miminn 12-3-2014 03:51 PM
dia ni memanglah tersangat kurus. tapi cantik.
Quote chickenwing 12-3-2014 03:52 PM
digitizer posted on 12-3-2014 02:47 PM
Ok next DD...xyah blakon pon xpe.xterjejas pon industri

Nope...i think dia
Quote cikatilia 12-3-2014 03:58 PM
omg.. kurusnya

dulu xmcm nih




Quote SMZ2005 12-3-2014 04:07 PM
dlu lagik santek!
Quote bedahmulutpuaka 12-3-2014 04:23 PM
suke tgk dia time kahwin dulu-dulu...

bam bam, cantik..

sekarang cekeding gila..
Quote enchikfitz 12-3-2014 04:25 PM
Bersaralah DD oi...x de effect pun. Bkn pernah menang award pun, mcm laki kau jugak.

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059733 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top