View: 45006|Reply: 56
|
Jacqueline: Saya tidak benci Raja Bahrain
[Copy link]
|
|
sorry tak jumpa thread raja baharin...
MELBOURNE: Jacqueline Pascarl-Gillespie berkata beliau tidak akan membenci bekas suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrain Shah kerana melarikan anak-anaknya, tetapi menyatakan bahawa tindakan bekas suaminya itu telah melenyapkan peluang seumur hidup untuk bermanja dan memeluk anak-anak.
Beliau yang bertemu kembali dengan anak perempuannya Shahirah dan anak lelakinya, Iddin, selepas 14 tahun terpisah, berkata beliau tidak mahu merosakkan kehidupannya dengan menyimpan dendam terhadap putera raja Terengganu itu.
Raja Kamarul Bahrain melarikan anak-anaknya dari Australia pada 1992 ketika mereka masing-masing berumur tujuh dan 10.
"Saya tidak mahu membuang tenaga," kata Gillespie kepada akhbar Herald Sun. "Kami juga akan berkongsi cucu pada masa hadapan.
"Apa jua perasaan saya mengenai sebarang hubungan antara saya dan dia pada masa depan, biarlah saya pendamkan saja. Saya mahu mengadakan satu garis sempadan di sini -- melihat bentuk kehidupan yang masih wujud di luar tragedi dan kesengsaraan ini."
Gillespie yang berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak lagi selepas perkongsian hidupnya dengan Iain Gillespie musnah, telah menulis cerita lanjutan kepada memoir awalnya Once I Was A Princess dalam buku terbarunya Since I Was a Princess.
Dalam buku itu, beliau menceritakan bagaimana anak perempuannya mengadakan hubungan emel secara rahsia dengannya.
Shahirah menjawab beberapa siri soalan mengenai kehidupannya di Australia sebelum Gillespie, yang menjadi mangsa beberapa panggilan palsu, percaya bahawa Shahirah adalah anaknya.
"Kehilangan anak-anak telah menghancurkan dan dalam masa yang sama merangsang saya melalui cara yang amat tidak dijangkakan," katanya kepada akhbar The Leader.
Di dalam bukunya, Gillespie menceritakan bagaimana beliau menggunakan segala pengalaman negatifnya untuk membina suatu kuasa yang positif.
Beliau menganjurkan satu program celik huruf kanak-kanak di Kenya dan kemudian mengembara ke kawasan kancah peperangan di Bosnia, Kosovo dan Timor Timur, di mana beliau bertugas dalam misi bantuan kemanusian.
"Sepanjang tempoh itu, saya masih berpegang pada harapan untuk memeluk anak-anak saya semula, dan dengan keyakinan paling mendalam untuk terus hidup berpegang pada impian itu yang akhirnya menjadi kenyataan, apabila Iddin dan Shah(irah) kembali menemui saya pada 2006," katanya kepada akhbar itu.
Since I Was a Princess dipasarkan mulai Isnin, dengan sebahagian royaltinya akan diserahkan kepada CARE International, tempat Gillespie berkhidmat sekarang. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Ces...perasan princess konon. Padahal dia tu serdak2 ja. Buku2 macam tulah yang boleh memesongkan pengetahuan orang. Orang putih ni bukannya bijak mana pun. Ada yang rely 100% on media untuk dapat info. Tak pasal2 je Malaysia dikatakan mengamalkan feudelism plak. Menci betul |
|
|
|
|
|
|
|
betul lah tu.. dia pernah kawin dgn raja bahrain..dapat title princess lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 kukulangau's post
kalau dia nak tulis pasal raja baharin n all memories suka hati dia TAPI
jangan burukkan orang melayu-isle-malaysia!!
jangan hanya kerana dia seorang ibu yang kehilangan kasih anak2.. dia di beri simpati sangat. salah! kita jangan lupa yang dia cuba memesongkan akidah anak2 dengan cara agama kristian..... |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan ni nak glamer lebih kot.... padahal bukannya jadiprincess betul pun.. dia ingat nak jadi macam lady d kot...hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
maybe she did feel like a princess during the early years
masa saat bahagia ler tu ....
biarlah dia nak citerkan pengalamannyer
walaupon tindakan raja bahrin dulu nak selamatkan aqidah idin dan shahirah
tapi kesian jugak yea, cuba anak kita dilarikan cemana agaknya rasa |
|
|
|
|
|
|
|
hanya org perempaun yang bergelar ibu saja yang bole merasai penderitaan akibat berpisah dengan anak. Ini tak termasuk ibu yang buang anak.....ini tak ada hati pewut...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
i think she's desperado nak cari duit lebey plus free publicity
hidup kat ausie ni aku perati quite desperado
because dorang ni nak kata barat tak barat asia tak asia
sangkut tengah tengah
tumpang raja negara lain (uk bukan kita) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kukulangau's post
Haha. Exactly. Krisis identity |
|
|
|
|
|
|
|
yg dah lepas pun asik nak kenang2 lagi.. kesian lak.. dah nyesal kot..tu duk sebut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh....nak membuat buku pulak dia ni...harap-harap..it will not add somemore salt to the wound |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Selamba at 28-3-2007 09:11 PM
Aduh....nak membuat buku pulak dia ni...harap-harap..it will not add somemore salt to the wound
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sbenarnye kat dia... mungkin tindakan dia murtad buat org anggap dia yg mengeruhkan keadaan.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak memburukkan org melayu ke anak raja ke.... tapi raja bahrin ni terkenal gak ngan playboy nye walaupun nampak baik... banyak kali kawin cerai walau pun ngan bangsa sendri.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang tindakan raja bahrin betul bawak anak dia lari balik mesia... sebab taknak anak dia murtad ikut jacqueline ni tapi tak kasi jumpa ibu bertahun tahun.... bukan tindakan yg betul ... sepatutnya sebagai dewasa dia bleh bincang ngan exwife tu... jumpa sekali sekala dlm mesia bawak bodyguard pun takpe asal anak tak lupa pada ibu... dosa tulll. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba cari thread yg ada gambar anak prempuan raja bahrin.... banding kan gambar nye dimalaysia dan gambar bersama ibunya diluar negara... |
|
|
|
|
|
|
|
fikirkan lah... ada betul ada salah kitakan manusia.... |
|
|
|
|
|
|
|
shahirah tu jap free hair jap pakai..dulu2 masa sekolah kat trg pakai..
tapi nak ckp lebeh2 kang ape lak..sendirik mau hengat die dulu skolah form 1-3 kat sebuah skolah agama terkenal kat kuala trg..
tak tahulah die nak tunjuk protes ke ape..sebelum ni hidup die mmg kene kontrol..mana2 ader bodygusr..lgpun raja bahrain x jaga anak pun..iddin n shahirah duk dengan mak raja bahrain umah lain..raja bahrain lebeh byk ikut ckp bini die bekas penyanyi yg owner Aryani resort..kalau tak silap dah bekas isteri kot..entahlah..coz dgr cite die kawen lain lg..wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dinahatta at 9-5-2007 10:25 PM
memang tindakan raja bahrin betul bawak anak dia lari balik mesia... sebab taknak anak dia murtad ikut jacqueline ni tapi tak kasi jumpa ibu bertahun tahun.... bukan tindakan yg betul ... sepatut ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|