CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5684|Reply: 15

Momok The Movie

[Copy link]
Post time 19-12-2008 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Momok The Movie taruhan terbaru M. Jamil


      Siapa yang tidak kenal dengan M.Jamil,  pelakon, sutradara dan anak kesayangan seniwati terkenal Datuk Sarimah Ahmad?.

Agak lama beliau telah menyepikan diri. Selama 15 tahun, Jamilbanyak memerhatikan turun naik industri perfileman dengan azam baruuntuk kembali satu hari nanti.

Kini, beliau rasakan masanya sudah sesuai untuk membawa buah tangan terbarunya, 'Momok The Movie.'

Beliau yang mula dikenali menerusi filem Jejak Bertapak pada 1978 ini pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu.

        Pengarah M.Jamil bersama barisan pelakon 'Momok The Movie' ialah Faizal
AF4 dan Mama Rina.


Selain itu, filem Dia Ibuku, Kabus Di Tengah Hari, Ranjau SepanjangJalan dan Riang Tirana berjaya mengangkat nama M. Jamil atau namasebenarnya Mohd. Jamil Zulkifli di persada seni tanahair.

Menurut M. Jamil, 46, kali terakhir beliau membikin filem berjudul Tarik-Tarik yang dibintangi oleh Zarina Zainudin pada 1993.

Walaupun hampir 15 tahun beliau tidak membikin filem baru, namun inisedikitpun tidak melunturkan semangat M. Jamil untuk menghasilkan filembaru, Momok The Movie yang dibintangi nama-nama besar seperti DatukAziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Nabil Raja Lawak musim kedua, FaizalAF4, Abon dan Mama Rina AF6.

Filem bergenre seram yang turut dilakonkan oleh Babyfaralia, Mariam,Lees AF, Mimi Razia dan memperkenalkan Hanis Zalikha, dijangka memasukipengambaran mulai 15 Januari 2009 ini.

Ia mengisahkan Adlin (lakonan Faizal AF4) yang bekerja di Bintulu,Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kalipulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke warung Pak Ajis (Datuk AzizSattar) untuk Mee Calong dan bersembang kosong.

Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya, Mak Ton (Datuk SarimahAhmad), adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulutelah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliausepanjang hayatnya.

        Pengarah M.Jamil di pelancaran filem 'Momok The Movie'.


Bersama Kadir (Abon), teman sekampungnya, Adlin telah ke warung PakAjis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan kadirke Warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olahmenunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebingsungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembangsehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat cerita,Noniswara, gadisIndia pekerja kilang yang diganggu peristiwa seram menaiki bas tanpapemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

"Filem ini mempunyai banyak cerita dalam satu cerita. Pengakhirancerita ini akan merungkai segala-galanya tentang apa yang diceritakandalam cerita itu," kata M. Jamil.

Cerita kisah Pontianak, Pochong (Mariam), Orang Bunian (Hanis), BadiMayat (‘Mohini’/ Chandra Murke-Legenda hantu masyarakat Hindu) (Raji),mayat hidup dilangkah kucing hitam (Babyfaralia) dan sampuk (MimiRazia) menjadi penglipurlara Pak Ajis, Adlin, Kadir dan Noniswara padamalam itu.

Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat daricerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapibercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampaksekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dankata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelahkematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.

Jelas M. Jamil, minat untuk menghasilkan filem yang lebih berceritatentang hantu timbul apabila dia terlibat dalam teater hantu arahanLokman Ghani pada 2002.

        Antara barisan pelakon 'Momok The Movie' ialah Mama Rina AF6 dan Datuk Sarimah Ahmad.


Ketika itu, beliau bekerja di Bernama dan bermula dari situ, beliaujuga mula meminati teater dan idea membuat cerita seram itu meluap-luapmemandangkan beliau sudah lama mengidamkan cerita berunsurkan ‘supernatural’.

"Selang dua tahun selepas itu, saya menghasilkan telefilem Momokdalam bentuk VCD lakonan Zahida Rafik, Aida Aris dan beberapa pelakonveteran iaitu ibu saya dan Aziz Sattar.

"Saya suka ambil mereka berlakon sebab saya lebih mengenalipelakon-pelakon veteran ini berbanding pelakon sekarang.


Jadi, itumerupakan pencapaian saya setakat ini walaupun tidak memenangi banyakanugerah sebagai pengarah terbaik. Kalau ada pun, saya pernah mendapatanugerah Pengarah Terbaik pada tahun 1992.

"Ketika itu, jualan VCD Momok mendapat sambutan penonton. Tetapibagaimanapun, saya masih belum berpuas hati sebab ia dihasilkan dalammasa dan bajet yang terhad. Lagipun, ia bukan diterbitkan oleh syarikatsaya sendiri.

Dalam tahun itu juga, Jamil membuat semula skrip filem Momok dengankajian yang lebih mendalam tentang masyarakat Melayu dengan bantuanrakannya iaitu Uncle Seekers. "Kiranya, dalam masa empat tahun ini sayapergi berjumpa dengan tok bomoh dan menemubual orang-orang yang pernahmengalami kejadian misteri ini membabitkan cerita mitos popular rakyatMalaysia.

"Banyak kali saya berulang ke tempat kejadian di Kampung SanggangSeberang, Temerloh yang betul-betul ada pontianak dan pochong. Jadi,itulah keistimewaan Momok The Movie ini.

"Misalnya, orang kampung menceritakan dan menunjukkan tempat sebenardi mana pontianak bergayut dan berbuai di bawah bulan mengambang.Daripada 10 orang yang saya temubual, rata-rata tujuh orang yang sahkanperkara yang sama.

"Momok The Movie mempunyai kekuatan tersendiri berdasarkan ceritaturun-temurun. Saya juga mengambil cerita sebenar daripada nenek sayaberdasarkan daripada cerita tok moyang saya dulu.

"Kemudian saya bukukan cerita tersebut. Pada mulanya, saya mahulancarkan buku tersebut sebagai langkah promosi. "Jika ada yang tahu,saya juga telah mempromosikan filem Momok ini di internet melalui lamanweb dan blog iaitu

www.momokthemovie,com, momokthemovie.blogspot.comtermasuk FaceBook saya (Mohd. Jamil). Setakat ini, saya menerimamaklumbalas yang sangat bagus tentang filem ini.

"Di samping itu, saya juga ada memanggil Mazuin Hamzah, Ziana Zain dan Fauziah Latif untuk berlakon filem ini.

"Malah, Fauziah Latif juga sanggup mengikut saya ke tempat kejadian.Ziana Zain pula tidak berani untuk menerima tawaran ini setelahmendengar cerita tersebut daripada saya.

"Ikutkan memang saya nak Ziana berlakon sebagai hantu saya nampak dia ada karektor yang kita mahukan.

"Kenapa saya mengambil Faizal sebagai watak pencerita? Sebab diamempunyai satu watak yang saya jumpa dalam cerita itu semasa sayamembuat kajian dan dia memang kena dengan Faizal.

"Watak tu memang mempunyai persamaan dengan Faizal yang agak ‘blur’.

"Bukan Faizal sahaja, semua pelakon yang kita ambil telah menjalaniujibakat lakonan di Finas pada tiga minggu lepas. Saya hanyameuar-uarkan berita ujibakat ini di internet iaitu melalui FaceBook danlaman web Finas.

"Saya tak sangka, kira-kira lebih 200 orang yang datang ke ujibakattersebut termasuk pelakon yang sudah ada nama dalam industri ini,"terang M. Jamil dengan panjang lebar.

Tambahnya, walaupun genrenya seram, beliau tidak bermaksud untukmenjadikan cerita ini 100 peratus berbentuk serius sebaliknyamemasukkan 5 peratus unsur komedi di dalamnya. "Namun, tidak bermaknasaya hendak meletakkan watak

Nabil, Abon dan Faizal sebagai pelawak didalam filem ini," ujar Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Dia Ibukuini.

Menurut M. Jamil, untuk menampakkan syot yang ‘real’ dan berkualiti,beliau akan menggunakan teknologi kamera viper dengan 1,000 mega pikselyang digunakan secara meluas di Hollywood dan Asia. "Saya juga akanmenggunakan khidmat pakar dari Thailand untuk teknikal," katanya yangmemiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ijazah Seni dan Teater dariUniversiti Ohio Dominican, Amerika Syarikat.

Memandangkan filem ini menggunakan teknologi dan kepakaran dari luar negara, maka tidak mustahillah jika bajetnya juga tinggi.

"Dari segi bajet, memang agak tinggi. Nasib baik Finas dan beberapapenaja seperti M.A.C Cosmetics, Nestle Products Sdn. Bhd., SriMalaysia, Superbest dan NAZA Motors sedia memberikan sokongan kepadafilem ini.

"Buat permulaan, kita hanya mengeluarkan bajet dalam RM1 juta dahuludan untuk tambahan, kita sedang uruskan yang lain. Angkanya mungkinmencecah lebih daripada jumlah itu," kata Jamil.

Kata pemilik syarikat Galaksi Seni Sdn. Bhd. ini, beliau menjangkakan filem ini selesai pengambaran pada November 2009.
"Bukan kami sengaja lambatkan proses pengambaran filem ini, tetapidi antara masa pengambaran tersebut, kami telah merancang beberapaprogram seperti mementaskan filem Momok ini dalam bentuk teater sempenatayangan amal sebagai langkah promosi," katanya.

Filem tersebut akan mengambil 99 peratus lokasi penggambaran di Pahang. Sementelah, pengarah ini juga berasal dari sana.
GALAKSI SENI SDN BHD SEDANG MENCARI SEORANG WANITA UNTUK MEMEGANGWATAK PONTIANAK. UJIBAKAT AKAN DIADAKAN PADA 26 DISEMBER 2008. MASA 10PAGI HINGGA 6 PETANG. TEMPAT DI TINGKAT 1, BANGUNAN O'CONNOR. NO 13,JALAN 223, PETALING JAYA

Ciri-ciri perwatakn berumur 18-26 tahun, berambut panjang.Mempunyaiketinggian sekurang-kurangnya 5'5" dan bertubuh langsing. Bagimereka yang berminat, sila hubungi Rena Tan 03-79549200 atau 0196172678.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

telemovie momok 1 ok, momok 2 dan 3 memang hampas
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:28 PM | Show all posts
telemovie tu lawak jer lebih dari seram
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 05:29 PM | Show all posts
bila teringat telemovie dia langsung jadi tak berminat nak tgk yang movie punya.Terbayang2 lagi pontianak kejar kereta pakai kasut tinggi dalam telemovie 1.Stail arahan macam main belasah je.Rasanya hasil movienya nanti mesti setaraf dengan akukaya the movie...haruuu...


*Letih ler nak tgk filem melayu nih.Macam cincai -bincai je buat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 06:47 PM | Show all posts
mcm haram jadah je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 12:51 PM | Show all posts
aku tgk vcd momok1 okla not bad..nak tgkla camne yg movie nyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2008 11:19 PM | Show all posts
nak tgk gak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by Narutah at 19-12-2008 12:57 PM
telemovie momok 1 ok, momok 2 dan 3 memang hampas


momok 2,3 sampai seratus tu bukan arahan M.Jamil. tapi di cilok dek org lain. sebab tu hampas . Aku la yg buatkan (artwork) bunting dan poster utk Momok The Movie ni, Last minit job. Kira tolong2 kawan le ni.. Kesian gak abg Jamil nak layan karenah pelakon2 ni. blood pressure turun naik beb. Tapi aku pun harapkan cerita ni dia buat sebaik mungkin sebab cerita ni ada kekuatan tersendiri. Website dia http://www.momokthemovie.com pun aku buat ala kadar hehe. Yang penting info. Sape2 yg nak follow pasal citer ni ( citer thn depan baru tayang ), bleh la jenguk dekat http://momokthemovie.blogspot.com/ utk tgk perkembangan terbaru cerita. Web dan blog akan sentiasa update sepanjang pembikinan. Kot2 la depa jumpa benda2 mistik, kita try kongsi skali sebab location2 yg Abg Jamil pilih mmg location yang betul2 keras. Ziana Zain sampai tarik diri tu beb. Heheh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #8 azahari77's post

oh, aku ingat taraf2 telemovie tu je. bleh cerita sikit tak pasal movie  ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 21-12-2008 11:40 AM
oh, aku ingat taraf2 telemovie tu je. bleh cerita sikit tak pasal movie  ni?


hrmm, movie ni sama la macam ape yg di laporkan kat atas tu, jalan penceritaan dia. Beza sket dgn momok vcd tu rasanya pada hantu kaum india tu. Kalau tak, patutnya ade skali hantu cina. Tapi tak tau la sebab sy bukan director nya. Cerita ni sebenarnya di garap mengikut kebiasaan kehidupan kita. Dok melepak tak kira kat mana pas tu kita sembang2. Ngikut kata M.Jamil dia nak buat benda ni mengikut gaya mcm mana hantu tu di ceritakan kebiasaan tapi di visualkan dgn tahap penggunaan CGI yg rendah. Mcm Niyang Rapik tu la. Itu la serba sedikit yg sy tau. Kebanyakkan filem melayu mmg hampeh, saya setuju tu. Tapi kenapa jadi hampas? Tu kena selidik lagi. Yg sy tau, Abg Jamil fight utk dapatkan dana daripada Finas utk buat filem ni. Sebab mmg dah ade peruntukan utk pembuat filem melayu tetapi dana tu skang di jaga oleh Bank SME. So bila dah melibatkan bank ni , ade lah politik2 wang terbabit sama ( boleh rujuk kat sini, abg jamil ade cerita pasal ni, http://www.sinemamalaysia.com.my/main/forums/viewtopic.php?p=1383#1383 .
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #10 azahari77's post

hampas? sapa ckp hampas? saya tak ckp pun. apa2 hal saya sokong la film2 malaysia tak kira apa2 genre sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 21-12-2008 12:47 PM
hampas? sapa ckp hampas? saya tak ckp pun. apa2 hal saya sokong la film2 malaysia tak kira apa2 genre sekalipun


maksud sy mmg ade yg tahap kualiti nye rendah kalau nak di bandingkan dgn filem budget murah dari luar tapi masih ade kualiti, gitu gak filem dari luar. Cuma kalau kita lihat cerita dari iran kalau tak silap, yg pasal kasut oleh 2 beradik yg dpt mcm2 award tu. Pelik agak susah filem kita nak capai tahap gitu. Apa yg jadi halangan agaknya kan? Kreativiti? Modal? hmm entah lah...satu benda yg menarik masa dok sembang ngan abg Jamil. Dia tanya, "kenapa cerita P.Ramlee org masih boleh tonton berulang, gelak berkali2 pada hal kita dah tau cerita tu"...mmg best ape yg dia cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 08:25 PM | Show all posts
mcm kurang promosi je
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 21-12-2008 08:25 PM
mcm kurang promosi je


betui2 mmg kurang promosi sebab dia baru jer nak mula shooting Januari ni. Cerita ni utk tayangan Disember 2009 kalau takde aral lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 04:51 PM | Show all posts
@Sinepleks: M Jamil kembali dengan cerita momok
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff



Satu lagi filem seram tempatan yang bakal gempar panggung wayang kita

TAHUN ini, nampaknya syarikat produksi terus berlumba-lumba menghasilkan filem Melayu, menyedari potensi besar yang dimiliki filem tempatan. Seandainya tahun lalu menyaksikan kira-kira 25 judul filem tempatan ditayangkan, tahun ini jumlah yang lebih kurang sama pasti akan menggegarkan pawagam.

Pada ketika penggambaran Remp-It V3 terbitan Metrowealth rancak dilakukan, sebuah lagi filem dijadualkan memulakan penggambaran pada 15 Januari lalu. Kali ini, Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB) yang dengan kerjasama Finas menerbitkan filem berjudul Momok the Movie (MTM), sebuah lagi judul seram untuk tontonan penggemar filem tempatan.

Menurut pengarahnya, M Jamil, Momok the Movie pernah dihasilkan dalam format VCD pada tahun 2004 ini mendapat sambutan memberangsangkan.

Ia diilhamkan daripada pementasan teater dan pameran Hantu-Hantu Yang Saya Kenali anjuran Jabatan Antikuiti Muzium Negara pada 2003/04.

"Tidak keterlaluan jika dikatakan Momok ialah pencetus kepada genre filem seram. Selepas Momok, terhasillah filem seram seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Menjerit sehinggalah filem seram terkini yang mendapat sambutan hangat iaitu Jangan Pandang Belakang.

"Filem genre seram juga masih mendapat sambutan hingga sekarang. Saya berkeyakinan Momok the Movie masih relevan dengan pasaran filem ketika ini kerana isu seram ialah isu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas," katanya.

Katanya, Momok the Movie ialah cerita rakyat yang pasti mampu mengembalikan nostalgia orang ramai. Jika ia berjaya dibuat secara visual atau dalam bentuk gambar, persembahannya pasti dibuat sejujur yang boleh berdasarkan cerita dan tempat kejadian sebenar.

"Saya akan lakukan sebaik mungkin mengikut ilmu dan kemampuan yang saya ada, berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang seni dan produksi. Apa-apa kemungkinan sambutannya pula akan menentukan hala tuju saya dalam industri ini," ujar Jamil.

Selain Julia Ziegler sebagai pontianak, Mimi Rahzia sebagai hantu sampuk, Baby Faralina sebagai hantu di langkah kucing hitam, Siti Mariam sebagai pocong, Hanis Zalikha menjadi Puteri Bunian dan Seela Devi Manorajithan sebagai Mohine - hantu badi mayat, pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah, Nabil, Faizal AF4, Mama Rina dan ramai lagi.

Selain Kampung Sanggang Seberang di Temerloh Pahang, lokasi lain bagi filem ini ialah Gunung Senyum, Temerloh, Mentakab, Kuantan dan Pekan, Pahang serta di Teluk Intan, Perak. Penggambaran dijangka akan selesai dalam masa 35 hari.

Pihak GSSB dikatakan membuat persiapan dan perancangan teliti memandangkan Momok the Movie ialah filem yang yang dibuat berdasarkan cerita dan lokasi sebenar kejadian yang berlaku. Khidmat seorang pawang juga digunakan bagi memastikan tiada `gangguan' berlaku di lokasi.

Filem Momok the Movie mengisahkan Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah, selepas berada enam bulan di Bintulu. Kepulangan itu membawa pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya sepanjang hayat.

Bersama, Kadir, teman sekampung, Adlin ke warung Pak Ajis. Pelbagai kejadian dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Apabila sampai di warung terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang diganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam itu.

Cerita kisah pontianak, pocong, orang bunian, badi mayat, mayat hidup di langkah kucing hitam dan sampuk menjadi cerita mereka berempat pada malam itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.847589 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list