CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2500|Reply: 0

Roslinda tak salahkan Sarah

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

SARAH nampak tenang tapi dalaman itu tiada siapa yang tahu. FOTO Ihsan Majlis Olimpik Malaysia

Hangzhou: Pemenang pingat perak dalam acara lompat bergalah di temasya Sukan Asia Doha 2006, Roslinda Samsu tidak menyalahkan anak didiknya, Nor Sarah Adi yang gagal menyerlah di Hangzhou.

Roslinda memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada Sarah kerana bukan sesuatu yang mudah tatkala berdepan dengan kejohanan yang besar seperti Sukan Asia.

Sarah gagal menamatkan saingan dalam ranking kerana tidak mencatatkan sebarang lompatan apabila gagal dalam ketiga-tiga percubaan pada ketinggian 3.80 meter (m).

Roslinda berkata, beliau faham apa yang bermain di fikiran Sarah ketika hari berkenaan.

"Dia nampak tenang tapi dalaman itu tiada siapa yang tahu. Ini pengalaman untuk dia dan juga saya bagaimana untuk kami berdepan dengan situasi yang begini.

"Keadaan penonton yang ramai, banyak acara berjalan serentak bukan satu perkara mudah ditangani.

"Jika sebelum ini tiada siapa yang peduli acara lompat bergalah tapi suasana dalam stadium ketika itu begitu ramai. Ia sangat berbeza. Jadi saya faham apa yang dia rasa," katanya.

Jelas Roslinda, dia membenarkan Sarah bermula dengan ketinggian 3.8m adalah untuk menjimatkan tenaga sekiranya Sarah berjaya untuk percubaan seterusnya.

"Ketika sesi pemanas badan memang dia dapat melepasi 3.8, 4.1m (meter) jadi bila dia yakin dan saya yakin itu sebab kami memilih untuk bermula 3.8m.

"Bila mula pertandingan dia cakap dia lost saya pernah alaminya jadi saya faham, Saya tak banyak tanya.

"Tapi inilah pengalaman. Adakalanya apa yang kita rancang tidak menjadi. Risiko tetap ada," katanya.

Roslinda kini ditugaskan mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh bekas ketua jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Mohd Manshahar Abdul Jalil sebagai jurulatih Sarah bermula April lalu.

Roslinda yang juga pemenang rekod kebangsaan dalam acara itu dengan ketinggian 4.20m itu bagaimanapun yakin, Sarah mampu bangkit seterusnya melakarkan rekod baru acara berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tak-salahkan-sarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.090876 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list