CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 0

Sakit hati tengok mereka berbisik, jelir lidah

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

SATWIKSAIRAJ dan Shirag (kiri) ketika mengalahkan pasangan negara, Aaron-Wooi Yik semalam. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Kerap kali berbisik sebelum memulakan servis dan ada kala terjilir lidah membuat pasangan beregu badminton India, Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty menjadi tumpuan jutaan peminat badminton di Malaysia.

Perkara itu dapat dilihat di ruangan komen Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM), apabila pelbagai reaksi penonton terhadap pasangan India itu ketika aksi separuh akhir badminton semalam.

Rata-rata dari mereka agak geram dan marah melihat taktik berbisik pasangan India itu.

"Sakit hati je tengok dorang berbisik-bisik," kata Amirah Ibrahim.

"Prannoy India lawan Lee Zii Jia semalam pun sama, taktik penat la taktik spray badan la akhirnya menang menari. Hmm meruap," kata Wam Ahmed Irfan.

"Dua kali berturut turut kalah dengan pasangan bisik-bisik ini, bila lawan pasangan bisik-bisik ini nampak permainan Malaysia macam tidak menentu.

"Harap lepas ini boleh kalahkn pasangan bisik-bisik ini,geramlah tengok kuat sangat bisik-bisik dan tenyeh lantai, " kata Yusrie Yusof

"Itu ok lagi sis. Yang duduk jelir lidah tu adoi. Rase nak hempok," kata Darwisya Mellissa.

"Geli aku lidah terkeluar sorang lagi asyik nak ukur gelanggang," kata Nor Haziq.

Cara beregu India sudah pasti sedikit unik kerana kebiasannya pasangan beregu dunia lain sering menggunakan isyarat tangan namun bagi pasangan India ini pula, mereka memilih kaedah berbisik.

Ada juga berpendapat itu hanya sebahagian taktikal serangan psikologi kepada lawan mereka.

Namun begitu, para peminat badminton Malaysia tetap mengakui kekuatan pasangan beregu India dan mereka sememangnya berada di prestasi terbaik.

"Bisik berbisik memang teknik yang bagus untuk mementalkan lawan," kata Adam Yusof Shiem.

"Pasangan bisik-bisik ini salah satu pasangan yang sukar ditewaskan sekarang ni. Kena ada kelajuan yang luar biasa. Tahniah Aaron Woi Yik," kata Uwaus Qarniyy.

"Pair bisik-bisik padu malam ini (semalam). Bertahan dan menyerang padu . Aaron/Yik buntu. Apapun tahniah dapat pingat gangsa," kata Mizan Aziz.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty 17-21, 12-21 di separuh akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam.

Pasangan negara itu sekadar meraih pingat gangsa dan ia adalah satu-satunya pingat dari kem badminton Malaysia.

Sasaran Aaron dan Wooi Yik selepas ini lebih besar iaitu misi untuk layak ke Olimpik Paris 2024.

Dengan ranking nombor lima dunia ketika ini, peluang nampak cerah tetapi mereka perlu mengekalkan prestasi terutama dari kecederaan agar tidak terlepas slot berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erbisik-jelir-lidah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.314592 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list