View: 679|Reply: 0
|
Joe Ee beraksi dalam kesakitan
[Copy link]
|
|
Gimnas negara, Ng Joe Ee menamatkan saingan di tangga ke-11 daripada 23 peserta pada pusingan akhir individu all-around temasya Sukan Asia Hangzhou 2022. – Foto AFP
HANGZHOU: Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan belakang dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Huanglong, malam tadi.
Pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam disiplin bola dan riben itu berkata, kecederaan itu dialami ketika menjalani latihan di Korea Selatan, kira-kira seminggu sebelum Sukan Asia dan mengakui ia menyukarkannya untuk berlatih dengan sempurna.
Namun pemenang pingat perak acara individu all-around Sukan SEA Vietnam berusia 17 tahun itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan mengenai masalah yang dihadapi sewaktu beraksi pada pusingan kelayakan kelmarin dan final malam tadi, kerana mahu mencipta pencapaian terbaik.
"Saya berjumpa doktor dan katanya ligamen saya koyak, jadi dalam minggu lalu sebelum pertandingan saya tidak boleh berdiri dengan ibu jari kaki... amat sukar buat saya dan belakang saya sakit semasa melakukan regangan.
"Ketika pertandingan (kelmarin dan malam tadi) masih dalam kesakitan tetapi saya tetap berusaha kerana saya mahu keputusan yang baik di Sukan Asia," katanya ketika ditemui selepas final.
Pada pusingan akhir, Joe Ee mengumpul keseluruhan 116.250 mata selepas meraih 28.800 dalam disiplin gelung, bola (31.550), belantan (27.700) dan riben (28.200) untuk berada di tempat ke-11 daripada keseluruhan 23 peserta.
Pingat emas dimenangi Takhmina Ikromova dari Uzbekistan selepas mengumpul 131.300 mata sementara perak dan gangsa diraih dua atlet Kazakhstan, Elzhana Taniyeva (130.700) dan Milana Parfilova (130.050).
Mengulas lanjut, Joe Ee yang membuat penampilan sulung pada Sukan Asia berkata, secara keseluruhan dia berpuas hati dengan kedudukan ke-11 selepas menamatkan pusingan kelayakan di posisi ke-12.
"Saya puas hati dengan kedudukan 11 teratas, semoga pada temasya sukan besar akan datang saya akan mendapat keputusan lebih baik," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... ksi-dalam-kesakitan |
|
|
|
|
|
|
| |
|