CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2995|Reply: 0

[Perak] Wanita ulang alik Hulu Bernam ke Perak cari rezeki

[Copy link]
Post time 26-2-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

NOR Baizurah bersama motosikal roda tiga yang ditunggang setiap hari untuk berniaga di tepi Jalan Slim River - FELDA Besout dekat Kampung Kuala Slim. FOTO Rosman Shamsudin

Slim River: Kemampuan seorang wanita menunggang motosikal beroda tiga sejauh kira-kira tujuh kilometer sambil membawa barangan jualan dan meredah jalan yang di kelilingi ladang kelapa sawit dikagumi.

Ibu kepada tiga orang anak, Nor Baizurah Basri, 39, berkata, menjadi rutin hariannya menunggang motosikal berkenaan dari rumah dekat Kampung Seri Keledang, Hulu Bernam, Selangor ke tepi Jalan Slim River - FELDA Besout dekat Kampung Kuala Slim, Perak untuk berniaga rojak buah dan air balang.

Katanya, segelintir orang nampak mudah untuk mengendali sambil menunggang motosikal berkenaan namun pada hakikatnya hanya mereka yang pernah menunggang sahaja yang tahu.

"Saya mengambil masa beberapa hari untuk berlatih menunggang motosikal terbabit sebelum menunggang ke tempat jualan terbabit setiap hari.



"Bukannya mudah, semasa menunggang saya perlu fokus pada motosikal di samping tempat simpanan barang yang terdapat di kiri motosikal juga perlu dikawal seiring dengan motosikal," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Sebelum ini, dia menjalankan perniagaan berkenaan di tepi jalan dekat kawasan kampung yang dia diami sahaja.

Namun selepas menerima bantuan motosikal daripada Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) dia mengambil inisiatif ke tempat jualan baru dengan menunggang motosikal berkenaan.

Nor Baizurah berkata, sebagai wanita bukanlah mudah untuk menunggang motosikal berkenaan apatah lagi kadangkala terpaksa memperlahankan dan terpaksa berhentikan motosikal ketika berselisih dengan kenderaan lain.

"Jalan yang saya lalui bukan sahaja agak sempit malah ada kawasan jalan yang berlubang dan di sinilah memerlukan kecekapan ketika menunggang motosikal berkenaan.

"Mahu tidak mahu saya beranikan diri dan cekalkan hati merentas sempadan negeri setiap hari demi mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan keluarga.

"Aktiviti jualan kini lebih berjalan lancar sejak menggunakan motosikal beroda tiga dan tidak perlu lagi berulang alik ke rumah untuk membawa barangan untuk berniaga," katanya.

Selain rojak buah dan air balang, dia turut menjual buah potong dan sengkuang yang disalut dengan kuah rojak.

Setiap hari bermula kira-kira jam 11.00 pagi dia dibantu oleh sahabatnya, Zenni Ramesh, 44, untuk menjual dan melayan pelanggan di tepi jalan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-perak-cari-rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list