CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2565|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 54 peratus pegawai perubatan awam beralih ke swasta

[Copy link]
Post time 28-2-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 54 peratus daripada 100,696 pegawai perubatan meninggalkan sektor awam untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun berdasarkan data pada 2022.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dalam masa sama, sebanyak 45 peratus pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam untuk berkhidmat di luar negara.

“Seterusnya 28 peratus adalah alasan peribadi, enam peratus pula meninggalkan perkhidmatan awam untuk berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam serta 2.7 peratus dengan faktor melanjutkan pengajian.

“Terdapat 0.8 peratus pula membuka klinik sendiri, manakala 0.5 peratus yang meninggalkan perkhidmatan awam itu tidak memberikan alasan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanyakan punca pegawai perubatan berhenti daripada perkhidmatan kesihatan awam.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengekalkan penglibatan mereka dalam sistem kesihatan awam.

Katanya, ini termasuk gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, malah ia lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam yang lain termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -beralih-ke-swasta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.374343 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list