CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7392|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia komited ketengahkan pertanian mampan

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Foto hiasan.





KUALA LUMPUR: Malaysia komited mengetengahkan pertanian mampan melalui pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), selain promosi pertanian organik serta sokongan kepada pekebun kecil.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd, ketika berucap sempena perasmian Kazan Halal Market di Kazan, Republik Tatarstan, Russia, Rabu lalu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Badrul Hisham Mohd. - Foto Bernama
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Badrul Hisham Mohd. - Foto Bernama

Menurut KPKM dalam satu kenyataan, hari ini, Badrul Hisham berada di Kazan sebagai ketua delegasi kementerian ke Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-15 'Russia - Dunia Islam: Kazan Forum (KazanForum) 2024.'

"Beliau turut menekankan pengukuhan kerjasama dalam industri halal dan kesediaan Malaysia untuk menjalin kerjasama dalam bidang itu dengan Russia," katanya.

Selain itu, KPKM memaklumkan, Badrul Hisham mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Makanan Republik Tatarstan, Marat Zyabbarov, bagi membincangkan kerjasama pertanian antara Malaysia dengan republik berkenaan.

Badrul Hisham juga menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat Russia-Malaysia dalam rangka kerja 'KazanForum 2024: Pertanian dan Keselamatan Makanan sebagai Pemacu Kerjasama Dua Hala' pada Khamis lalu dan sesi meja bulat 'Pembangunan Perkembangan Perolehan Perdagangan Antara Persekutuan Russia dan Negara-negara Dunia Arab-Muslim', semalam.

"Pada masa sama, KPKM turut menyertai Ekspo Halal Russia yang diadakan pada sela-sela KazanForum 2024, melalui pembukaan Pavilion Malaysia sebagai platform untuk mempromosikan pelbagai inisiatif pelaburan dan produk Malaysia ke pasaran Russia serta negara serantau.

"Ia menjadi sebahagian daripada rangka strategi promosi MAHA Go Global 2024 bagi menarik penyertaan pemain industri utama dunia dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada 11 hingga 22 September 2024," katanya.

Menurut KPKM lagi, selain lapan usahawan berkaitan sektor pertanian dan agromakanan sebagai pempamer, pavilion itu turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Education Malaysia Global Service selaku anak syarikat bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KazanForum adalah acara antarabangsa anjuran Russia melalui Kerajaan Republik Tatarstan sejak 2009 sebagai platform bagi memperkukuh kerjasama antara Russia dengan negara Islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052253 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list