CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7486|Reply: 0

[Jenayah] Melaka bentuk ADUN Belia, 28 ahli dilantik Jun

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
(Gambar fail) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - NSTP/ASWADI ALIAS





JASIN: Kerajaan negeri akan melantik 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Melaka, bulan depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ADUN Belia yang mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing itu akan dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa pemilihan.

"Kerajaan negeri membentuk ADUN Belia, mulai Jun depan, untuk mengangkat suara golongan muda dan terbabit sama dalam memberi pandangan terhadap isu dibincangkan pada peringkat kerajaan.

"Kewujudan ADUN Belia itu adalah satu daripada enam inisiatif kerajaan negeri bagi menyokong pembangunan belia di Melaka, yang akan diambil perhatian serius oleh pihak berkenaan supaya aspek kepentingan belia terus dijaga," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Stadium Jasin, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salha Saleh; EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) merangkap ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Seterusnya, Ab Rauf berkata, inisiatif lain untuk pembangunan belia di Melaka ialah melantik wakil belia sebagai Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Di samping itu, beliau juga mahu organisasi kerajaan di seluruh negeri ini membuka peluang kepada golongan belia yang ingin menjalani latihan industri di setiap DUN dan anak syarikat kerajaan negeri.

Katanya, ia secara tidak langsung akan membolehkan golongan berkenaan memperoleh pendedahan awal dalam struktur kemasyarakatan dan kepimpinan.

"Saya mahu kemudahan pembangunan belia di Melaka diberi perhatian semula. Kerajaan negeri mempunyai banyak fasiliti yang boleh dimanfaatkan, contohnya Kompleks Sukan Hang Jebat yang cukup besar dan sesuai dijadikan pusat setempat belia.

"Oleh itu, saya sarankan supaya kompleks terbabit dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan warga belia menjalankan pelbagai aktiviti dan program bermanfaat.

"Pada masa sama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disaran menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Hang Jebat untuk melaksanakan program, khususnya membabitkan anak muda negeri ini," katanya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, semua persatuan belia perlu bergerak aktif melaksanakan aktiviti yang dapat memperkasakan aspirasi pembangunan belia di Melaka.

Justeru, beliau mahu semua anak syarikat kerajaan negeri menyumbang kepada Tabung Pembangunan Belia melalui MGBM, setiap tahun.

"Saya juga mahu semua persatuan belia dapat dikumpulkan dalam satu pusat supaya ada entiti yang benar-benar memantau dan membantu pembangunan belia, seperti persatuan mahasiswa dan persatuan belia Melaka setiap daerah dan cawangan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.043543 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list