Post Last Edit by BotakChinPeng at 30-7-2011 19:30
Wa tak kisah kalau Malaysia gagal ke piala dunia disebabkan kekurangan pemain handalan; tapi jika kegagalan hanya berpunca dari tabiat jurulatih yang gemar meninggalkan pemain terbaik di bangku simpanan,kita semua tak boleh berdiam diri saja lagi. . Dengan segala kelincahan pemain kebangsaan yang dimiliki ketika ini, sebarang ketua jurulatih hanya pelu turunkan saja kesemua pemain terbaik sedia ada untuk menewaskan pasukan bertunjang pemain import seperti singapura. Tapi tugas
semudah itu pun rajagopal tak mampu lakukan. Apa yang dia heran sangat dengan Sharbinee Alawi & Ismail Faruqi hingga sanggup mengenepikan Khairul Fahmi & Amirulhadi ketika perlawanan pertama di singapura ? Di bukit Jalil pula apabila Malaysia perlu menjaringkan dua gol, rajagopal bertindak macam bodoh saja memasukkan Gurusamy sedangkan pemain tengah yang lebih berbisa menyerang seperti Ashaari Shamsudin lebih layak. . Kelemahan minda rajagopal amat ketara dari awal lagi iaitu ketika pemilihan pemain untuk kempen kalayakan piala dunia.Gary Steven Robbat jauh lebih bagus dari segi serangan serta pertahanan tapi mengapa Gurusamy yang dipilih ? Sweeper terbaik Malaysia Norhafiz Zamani Misbah yang mampu memantapkan barisan pertahanan juga langsung tak dipedulikan. Memandangkan pertahanan malaysia masih lemah, lebih baik gunakan saja tiga pemain pertahanan tengah; Norhafiz sebagai sweeper serta Muslim & Fadli untuk menangkis hantaran bola tinggi pihak lawan.Di bahagian tengah, Amar Rohidan yang kurang berguna pula perlu digantikan dengan Gary Steven Robbat. Rajagopal bukan saja sering mempersiakan beberapa bakat baru & lama tetapi juga terlalu bengap untuk mengatur strategi permainan & formasi pasukan. . Memang jelaslah sekarang : Kelemahan Utama Bolasepak Malaysia = Rajagopal . Jika FAM tidak bertindak tegas memecatnya, Malaysia akan terus dirundung kehampaan.Jurulatih yang bijak tak akan hadapi kesukaran melayakkan Malaysia ke piala dunia. Malah Malaysia juga berpotensi menjuarai Piala Asia 2015.Tapi jika rajagopal terus kekal sebagai jurulatih? untuk layak ke piala Asia pun Malaysia tak akan mampu |