TRADISI NGAYAU DALAM ERA DARURAT 1948-1960
Mayat2 pengganas Komunis yang tewas bergelimpangan dalam satu operasi gerila.
Tahukah anda, sementelahan Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri2 peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu. Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut mayat2 pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.
Anggota keselamatan Komanwel dan askar Melayu yang keluar dari hutan mengangkut mayat pengganas Komunis yang tewas.
Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat2 pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan. Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis. Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Seorang pegawai Royal Marine bergambar dengan dua kepala pengganas Komunis yang dipenggal.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak Laut aka Iban dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters" (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, "‘Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes2 terpencil).
Tentera British Malaya berlatih bersama pahlawan Iban yang merupakan anggota Sarawak Rangers
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik2nya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that the Dyaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa2 menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit2 yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto2 gambar yang mengerikan).
Mayat pengganas Komunis yang tewas di tangan Polis Malaya dalam satu serbuan
|