Kata Tugas Golongan katayang keempat dalam bahasa Melayu ialah kata tugas. Kata tugas berbeza dengankata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Hal ini dikatakan demikian keranakata tugas tidak boleh menjadi inti frasa. Sebaliknya, kata jenis ini hanyamendukung sesuatu tugas tertentu dalambinaan ayat, klausa dan frasa. Selain itu, kata tugas tidak boleh didampingikata bilangan, kata bantu atau kata penguat. Kelompok Kata Tugas Kata tugasdibahagikan kepada empat kelompok utama seperti yang berikut: Kelompok | | | 1. Kata Penyambung Ayat | | dan, lalu, tetapi, atau, malahan, sambil, serta, kemudian | | 2. Kata hubung pancangan keterangan | kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, untuk, walaupun, sungguhpun, apabila | | 3. Kata hubung pancangan komplemen | | | 4. Kata hubung pancangan relatif | | 2. Kata praklausa | 1. kata seru 2. kata tanya 3. kata perintah 4. kata pembenar 5. kata pangkal ayat | aduh, amboi, cis, oh, eh Berapa, bila, siapa, apa Jangan, usah, sila, minta ya, benar, betul, hatta, maka, alkisah | 3. kata prafrasa | 1. kata Bantu 2. kata penguat 3. kata penegas 4. kata nafi 5. kata pemeri 6. kata sendi nama 7. kata arah 8. kata bilangan | telah, sudah, pernah sangat, amat, sungguh lah, tah, kah, juga, lagi bukan, tidak ialah, adalah di, dari, kepada, pada atas, antara, tepi, bawah dua, ketiga, ketiga-tiga | 4. Kata pascakata | 1. Kata penekan 2. Kata pembenda | sesungguhnya, nampaknya Lajunya, sakitnya, |
Masalah Penggolongan Kata Masalah yangsering dihadapi oleh pengguna bahasa ialah golongan kata yang seringberubah-ubah apabila digunakan dalam ayat. Ada perkataan yang tertentu berubah kepadabeberapa golongan kata yang lain. Lihat contoh-contoh yang berikut: Penggunaan kata dalam - Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita mesti bertindak dengan segera.
- Perigi yang terletak di tepi sawah itu sangat dalam.
- Ketika guru disiplin sampai, hanya mereka berdua berada di dalam bilik kelas itu.
Dalam ayat-ayatdi atas, kata dalam dalam ayat pertama ialah kata tugas, iaitukata sendi nama. Hal ini demikian kerana kita tidak boleh meletakkan katapenguat, kata bantu atau kata bilangan untuk mendampingi kata berikut seperti *sangatdalam hal ini, telah dalam hal ini, atau lima dalam hal ini. Kata dalamdalam ayat (2) sememangnya dapat disertai kata penguat. Oleh itu, kata tersebutialah kata adjektif. Dalam ayat (3) pula, kata dalam ialah katanama yang bermaksud ruang. Kata ini dikatakan kata nama kerana kata ini hadirselepas kata sendi. Selain itu, kata nama hadir selepas kata sendi nama. Ingat!Dalam bahasa Melayu, selain kata bilangan sebagai penentu kata nama, kata sendijuga boleh menjadi penentu bagi katanama. Tegasnya, kata dalam dalam ayat (1) ialah kata sendi, dalamayat (2) kata adjektif, dan dalam ayat (3) ialah kata nama. Dan dan Serta Banyak pengguna bahasa yang keliru tentang penggunaan kata dan dan serta. Sebenarnya, kedua-dua kataitu tidak dapat bertukar ganti dalam penggunaannnya walaupunkedua-dua kata itu ialah kata hubung gabungan. Hal ini dikatakan demikiankerana fungsi dan maknanya berbeza. Kata `dan’ ialahkata hubung gabungan. Dari segi fungsi, kata ini menghubungkan dua perkataan,frasa atau ayat. Contoh: (i) Ibu dan ayah akan ke Mekah pada tahun ini. (ii) Sayaakan mencipta lagu sekolah kita danmenulis liriknya. (iii) Dalammajlis itu, ada orang yang beryanyi danada orang yang menari. Kata `serta’ ialah kata hubung gabungan juga.Walaupun berfungsi sebagai kata yang menghubungkan kata atau frasa, makna yangdidukungnya lebih luas daripada kata `dan’.Dengan maksud yang lebih mudah, makna `dan`terkandung dalam kata `serta’. Lihatbeberapa makna kata `serta’ sepertiyang di bawah ini: (i) dan juga atau dan: Ayat contoh: - Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik serta rajin.
- Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik dan juga rajin.
- Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik dan rajin
(ii) bersama dengan atau dengan: Ayat contoh: - Puan Nurlina serta 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
- Puan Nurlina bersama dengan 40 orang murid akan melawat ke Langkawi
- Puan Nurlina dengan 40 orang murid akan melawat ke Langkawi
(iii) mengikut bersama sebagai temanatau sebagai pembantu; mengiringi; menemani: Ayat contoh: a. Beberapa orang pegawai telah serta beliau ke persidangan itu. b. Beberapa orang pegawai telah mengikutbersama beliau ke persidangan itu. c. Beberapa orang pegawai telah mengiringi beliau ke persidangan itu. d. Beberapa orang pegawai telah menemani beliau ke persidangan itu. (iii) ikutatau turut bersama: Ayat Contoh: a. Padahari tersebut, saya tidak pergi serta kerana saya telah membuat janji temu dengandoktor. b. Padahari tersebut, saya tidak pergi ikut kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor. c. Padahari tersebut, saya tidak pergi turut bersama kerana sayatelah membuat janji temu dengan doktor. Sebagai kesimpulannya, kata `dan’ dan `serta’ berbeza dan segi fungsi dan makna. Oleh itu, kedua-duaperkataan ini tidak boleh bertukar ganti dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kata `dan’ bermaksud serta, kebanyakankata `dan’ tidak boleh digantikandengan kata `serta’. Tegasnya, kata`serta’ bukan sahaja sebagai katahubung gabungan, malah kata ini juga berfungsi sebagai kata lain, iaitu katakerja dan juga kata sendi nama. Ketikadan semasa `Ketika’ bermaksud masa (bukan semasa) atau waktu yang singkat. `Semasa’bermaksud sama masa dengan atau pada ketika yang sama. `Semasa’juga bermaksud sewaktu atau pada ketika. Kesimpulannya, `ketika’ dan `semasa’ adaperbezaan makna atau tidak sama makna. Contoh: - Saya telah ke luar negara ketika masih kecil.
- Saya telah ke luar negara masa masih kecil.
- Semasa ibu menuju ke ruang dapur, abang perlahan-lahan melangkah ke luar.
- Pada ketika ibu menuju ke ruang dapur, abang perlahan-lahan melangkah ke luar.
Kata bantu bolehdan dapat Kata bantu ragam bolehdan dapat berlainan makna atau fungsi. Kata bantu ”Boleh” membawa maksudkeizinan, manakala kata bantu dapat membawa maksud keupayaan. Lihat ayattersebut seperti yang di bawah ini: 1.Saya tidak bolehmengikuti lawatan ke Melaka kerana tidak mendapat kelulusan daripada majikan.(Keizinan) 2.Saya tidak dapatmengikuti lawatan ke Melaka kerana tidak mempunyai wang yang cukup. (keupayaan) Justeru itu Penggunabahasa masih menggunakan rangkai kata “justeruitu” kerana menganggap bentuk itu sebagai betul. Bukan itu sahaja, masihbanyak pengguna yang menggunakan perkataan “Justeru” sebagai penanda wacana, sedangkan perkataan itu ialah katahubung. Penggunaan rangkai kata “justeru itu” salahdari segi tatabahasa kerana perkataan ‘justeru” digunakan sebagai penandawacana yang bermaksud “oleh”. Perkataan ‘justeru’ sebenarnya bukan penandawacana, sebaliknya perkataan ‘justeru’ ialah kata hubung. Menurtu Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan`justeru’ bermaksud kebetulan,tepat, kena benar. Ayat contoh: 1. Kenapa justerusekarang ini engkau harus pergi? Perkataan `justeru’ juga bermaksud malahan atau bahkan. Ayat contoh: 2. Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya memujinya. 3. Ayah tidak pernah mengabaikan kami sejak berkahwin lagi justeru ayah sentiasa mengutamakan kamidalam segala hal. Denganperkataan lain atau dalam perkataan lain Pengguna bahasasering keliru tentang penggunaan kata sendi nama dengan dan kata sendi nama dalam.Perhatikan ayat-ayat yang berikut yang dipetik daripada beberapa akhbar dinegara kita: 1. Dengan/ dalam perkataan lain, Islamdiasaskan dengan ilmu pengetahuan dan penjelasan fakta yang bernas, bukandengan doktrin yang rapuh atau paksaan. 2. Dengan/dalamperkataan lain, isu kebanjiran pekerja asing bukan mudah diatasi denganhanya satu tindakan. Masalahnya saling berkait yang memerlukan penyertaan semuapihak untuk menyelesaikannya. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama `dengan’ digunakan untuk maksud cara.Lihat ayat contoh yang berikut: - Saya memotong kek itu dengan menggunakan pisau plastik.
1(a) Saya memotong kek itu denganpisau plastik 1(b) Dengan menggunakan pisauplastik, saya memotong kek itu. 1(c) Dengan pisau plasti, sayamemotong kek itu. Sekarang, marilah kita gantikan kata sendi nama dengan dalam ayat di atas dengan kata sendi nama dalam. - Saya memotong kek itu dalam menggunakan pisau plastik.
2(a) Saya memotong kek itu dalam pisau plastik 2(b) Dalammenggunakan pisau plastik, saya memotong kek itu. 2(c) Dalam pisau plastik, sayamemotong kek itu. Lihatlah ayat 3 pula: - Saya akan menyatakan hasrat itu dengan menggunakan perkataan lain.
3(a) Saya akan menyatakan hasrat itu denganperkataan lain 3(b) Dengan menggunakanperkataan lain, saya akan menyatakan hasrat itu. 3(c) Dengan perkataan lain, sayaakan menyatakan hasrat itu. Gantikan kata hubung `dengan’dengan kata sendi nama dalam: - Saya akan menyatakan hasrat itu dalam menggunakan perkataan lain.
4(a) Saya akan menyatakan hasrat itu dalamperkataan lain 4(b) Dalam menggunakan perkataanlain, saya akan menyatakan hasrat itu. 4(c) Dalam perkataan lain, sayaakan menyatakan hasrat itu. Dengan menggunakan teknik analogi, kita dapatibahawa penggunaan kata sendi nama `dalam’tidak tepat dalam semua ayat tersebut. Kata yang yang tepat ialah kata sendinama `dengan’ yang membawa maksudcara. Pada asalnya, kata sendi nama tersebut ialah kata hubung pancanganketerangan. Namun, selepas berlaku pengguguran kata kerja `menggantikan` kata hubung pancangan `dengan’ telah bertukar fungsi menjadi kata sendi nama `dengan’ yang membawa maksud cara.
|