|
Hari tu baru berborak dengan mama, time tu baru balik breakfast. Terbuka cerita pasal jodoh ni laa.
FYI Mama xtau aku tengah kawan dengan Z sekarang. Dia fikir aku ramai je kawan lelaki tapi tak ada yang special. Dia risau agaknya tengok aku huha sana sini tapi takde yang serious. Pusing sana, pusing sini (adala yang tak penting pun kat cerita ni), aku kata aku jenis dah tak kisah dah. Banyak diskaun ciri-ciri calon suami sebab umur pun dah meningkat. Takyah nak memilih sangat. Cuma parents aku la cerewet,
Kalau nak tau, parents aku ni macam-macam kriteria diorg memilih, taknak lelaki negeri A, B, C la, taknak lelaki kerja X, Y, Z la blablabla. And yes, kalau Abah aku pulak tak nak lelaki non-Malay. Nak jugaak Melayu jadi menantu. Macam-macam haishh.
Mama aku kata dia pun dah banyak diskaun. Cuma dia masih particular kalau lelaki tu ada ciri-ciri gay.
Aisshhh, naluri ibu kan? Aku xpernah bagitau pun dia boleh terdetik dalam hati.
Aku diam je la dengar Mama membebel. Kata dia kalau kawen ni antaranya nak jaga keturunan. Baka gay ni kadang-kadang takut terbawak2 masuk dalam perkahwinan dan menurun ke zuriat. Aku tak tau la sejauh mana betul salahnya ni sebab aku xde kawan gay yang dah selamat kawen. Rata2 kawan aku yg aku tau memang gay tak kawen2 lagi. Kalau cerita pun aku cuma baca yg ada dalam forum je la. Ada yang positif ada yang negatif. Tak tau la.
Sebab perangai parents aku camni, aku tak nak cerita la pasal Z kat diorang. Aku pun dah macam pening dah ni. Nak tinggalkan relationship dgn Z aku memang sayang la. A pun kawan aku takkan nak putus kawan kot. Tapi aku takut jugak kalau lama2 dari skandal suka2 crush aku jatuh sayang kat Z ni. Paraahhh |
|